Followers

Thursday, 24 January 2013

DAP Terus Sombong Dan Roboh Hak Milik Orang Melayu UMNO ??!!



Uruk amat bersimpati atas apa yang berlaku kepada Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) Bahagian Jelutong yang mendakwa kerugian hampir RM150,000 berikutan premis yang dijadikan bilik gerakan mereka sejak 15 tahun lalu dirobohkan tanpa notis oleh pihak tidak dikenali.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Sharipah Aminah Syed Mohd. berkata, beliau hairan bagaimana kerja-kerja meroboh itu boleh dilakukan sedangkan status bilik gerakan berkenaan masih dalam perbincangan bersama pemilik tanah, Duta Mas Permai Sdn. Bhd..

Menurut beliau, pihaknya mahu mereka yang terlibat tampil menjelaskan perkara tersebut dalam tempoh seminggu atau berdepan tindakan lanjut.

"Saya tidak tahu siapa yang merobohkan dan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Apa yang penting mereka yang terlibat tampil menjelaskan bagaimana kerja meroboh itu boleh dilakukan tanpa sebarang notis dan saya hanya diberitahu seorang penduduk kira-kira pukul 8 pagi Ahad lalu.

"Disebabkan kerja-kerja meroboh itu, beberapa peralatan seperti mesin jahit, alat pendingin hawa dan almari hilang, jadi siapa yang mahu bertanggungjawab?" katannya.

Sharipah Aminah menambah, pihaknya kecewa memandangkan bilik gerakan itu turut dijadikan pusat operasi pilihan raya parti dan pusat aktiviti masyarakat terutamanya untuk golongan wanita.

Berikutan tindakan itu juga, kata beliau, pihaknya terpaksa mencari premis baharu memandangkan pilihan raya umum semakin hampir selain memastikan aktiviti kemasyarakatan tidak terganggu.

"Sepatutnya mereka datang berjumpa atau sekurang-kurangnya memberi notis awal, bukannya terus roboh tanpa kami dimaklumkan terlebih dahulu," ujarnya.

Selain itu, jelasnya, bilik gerakan tersebut sebelum ini dijadikan pusat tuisyen untuk murid sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan serta kelas membuat kek dan menjahit.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment