Manifesto Pakatan Rakyat yang dirangka dan dinamakan Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat. Dibuat tanpa kajian terperinci termasuk tersasar dari kerangkaan jangka pendek dan panjang untuk pertumbuhan ekonomi negara.
Pakatan Rakyat terus menjadi bahan kritikan apabila manifesto mereka dibidas sebagai tidak praktikal dan bakal memufliskan negara.
Bagaimana Pakatan akan membiayai janji-janji manifesto mereka?
Manifesto Pakatan Rakyat terang-terang tidak disertai dengan rancangan menyeluruh, malah banyak perkara telah pun dilaksanakan oleh kerajaan, contoh ETP/GTP.
Harus diingat rakyat terutama dari Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah sudah serik dan menolak manifesto Pakatan, dan menuduh Pakatan tidak akan menunaikan janji-janji mereka lagi. Manifesto 2008 pun Pakatan tak terbuat. Lupakan saja Manifesto 2013 ini. Pakatan Manifesto: Tindakan populis terlampau Pakatan mahu beri percuma serta turunkan harga pelbagai jenis barangan/perkhidmatan tapi tidak beritahu bagaimana mereka hendak biayai semua itu. Jika separuh manifesto pakatan terlaksana, negara akan muflis.
Jika Pakatan Rakyat bertindak melaksana segala ini tanpa mempedulikan kemampuan negara akan memyebabkan negara akan alami difisit hingga RM233bilion dan yang pasti setelah menggugur dan menutup sumber pendapatan negara seperti Lynas, menghapuskan cukai kereta, memansuhkan PTPTN, dan banyak lagi bakal menyebabkan negara kekurangan dana dan sumber pendapatan. Akibatnya level yang wajib bayar cukai akan diturunkan keparas hingga petani nelayan kena bayar cukai hingga 80% rakyat terpaksa membayar cukai. Atau Petronas menjadi mangsa tidak dapat melebarkan cari gali baru kerana kekurangan dana dan akhirnya pendapatan semakin berkurangan.
Lepas itu apa? Adakah negara perlu melutut depan IMF memohon bantuan dan pakai dahulu dan bayar kemudian? Bayar dengan apa kalau dah miskin, hendak bayar dengan aset atau menjual aset utiliti negara seperti yang pernah berlaku di Indonesia?
UrukHai.
No comments:
Post a Comment