Nah Telur aku Mahfuz... |
ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar membuat pengumuman lebih awal tarikh pembubaran Parlimen dan mengundi, selewat-lewatnya pada hari pertama Januari tahun depan.
Alahai keciknye Jib... Hehe... |
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman awal itu penting supaya rakyat dapat membuat persediaan dan tidak terlepas menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi.
“Najib mesti berani umumkan tarikh bubar Parlimen dan tarikh hari mengundi, rakyat Malaysia berhak tahu lebih awal. Beliau tidak perlu takut berdepan ‘hari perhitungan’ daripada rakyat,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak sewajarnya melengahkan pengumuman tarikh itu kerana ia kelak menyusahkan rakyat .
“Sepatutnya sistem pilihan raya di Malaysia harus lebih berani dan demokratik dengan menjadualkan lebih awal tarikh bubar Parlimen,” katanya.
Mahfuz berkata, pengumuman awal sangat penting bagi melancarkan penjadualan pergerakan percutian rakyat, khususnya pengundi yang akan meraikan Tahun Baru Cina termasuk umat Islam yang berhasrat mengerjakan ibadah Umrah.
“Ia juga bagi mengelak beban kos berganda jika rakyat sedang bercuti perlu pulang mengundi di kampung, selain mengelak pengundi Islam terlepas peluang jika bertembung tarikh umrah dengan hari mengundi,” katanya.
Mahfuz mempersoal sikap Najib yang masih berdiam diri, sehingga membuatkan rakyat tertanya-tanya apakah mereka perlu menunggu sehingga penghujung tempoh penggal.
“Bukan sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pihak keselamatan perlu lakukan persiapan awal, rakyat juga perlukan persiapan berdepan PRU14, seperti pengundi berdaftar perlu pastikan mereka tidak terlepas peluang mengambil bahagian dalam menentukan masa depan negara,” katanya.
Menurutnya, PRU14 akan diadakan pada 2018, memandangkan Dewan Rakyat akan terbubar pada 24 Jun 2018.
“Parlimen akan terbubar pada 24 Jun 2018, ini termasuk beberapa Dewan Undangan Negeri yang terbubar lebih awal daripada tarikh itu jika Najib masih tidak bubarkan Parlimen sebelum Jun 2018. Sebab itu proses pilihan raya hendaklah memudahkan rakyat menjadualkan pergerakan mereka dan perlu umum lebih awal,” katanya.
UrukHai
UrukHai
No comments:
Post a Comment