Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas bekas Nasharudin Mat Isa digugurkan secara sah walaupun bekas Naib Presiden Pas itu mendakwa sehingga sekarang belum menerima surat perlucutan jawatan dalam Majlis Syura Ulama parti itu.
Nik Abdul Aziz berkata, soal tidak terima surat itu soal nombor dua kerana yang pentingnya 'lafaz cerai' sudah berlaku.
"Lafaz cerai sudah dibuat, kalau surat cerai tak sampai pun ia tetap dah cerai... surat tak sampai tu soal nombor dua," katanya kepada pemberita semalam.
Ketika diminta mengulas tindakan Nasha mempertikaikan Majlis Syura Ulama Pas, Nik Abdul Aziz berkata, hal itu tidak mendatangkan masalah kepada parti.
"Dia nak pertikai, pertikailah... saya pengerusi (yang mempengerusikannya mesyuarat), ia adalah keputusan muktamad Majlis Syura dan saya sebagai pengerusi majlis itu tetap dengan keputusan itu," katanya.
Nasha sebelum ini menjelaskan beliau masih belum menerima surat berhubung perlucutan jawatannya secara rasmi dan menganggap pengguguran itu tidak mengikut prosedur.
Nasha berkata, beliau mengetahui mengenai penggugurannya sebagai ahli Majlis Syura Ulama yang dikatakan diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu itu melalui media.
P/s : Upss..,Bukan Tuan Sabariah rupanya, Ustaz Nasha Daaa....jangan marah haa....haa lagi satu, nampak sangat kerana politik dan bukan demi memperjuangkan Agama kalau statement dia kat atas tu dan kalau macam tu..,lain kali tukarlah boh Puak-pemisah Agama Islam Semalaysia lah...(PAS)!!
Pro lah sikit, sebab Ustaz Nasha selalu mengikuti program PM ?, kemudian pecat dia dari Majlis Syura dan buang beliau dari PAS ? kenapa tak buang saja si Hj Hadi tu walhal kalau nak diikutkan Hj Hadi yang banyak membuat kesilapan kerana tidak menyokong Majlis Syura berkenaan Penggunaan Kalimah Allah..
UrukHai.
No comments:
Post a Comment