DAP sudah begitu sinonim dengan sikap rasis, chauvinis, kiasu dan memusuhi Islam-Melayu. DAP juga tidak pernah berselindung mengenai agenda mereka untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu di mana secara terbuka menolak sebarang darjah kebesaran dari Institusi tersebut. Tindakan itu kita ambil sebagai simbol penolakan total terhadap Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Secara amnya, rakyat Malaysia cukup kenal siapa DAP. Namun, jika kita merasakan yang kita sudah cukup mengenali DAP melalui deskripsi di atas maka, ia agak kurang tepat.
Ini kerana, terdapat satu perkara lagi mengenai DAP yang mana ramai di kalangan masyarakat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu masih belum arif atau sedar iaitu mengenai agenda Kristianisasinya.
Yang lebih arif mengenai agenda Kristianisasi DAP ini adalah dari kalangan kaum Cina. Antara blog yang rajin mendedah serta mengupas secara terperinci dan sinis mengenainya ialah, helenang.wordpress.com dan juga shuzheng.wordpress.com. Mereka mendedahkan bagaimana ceramah-ceramah DAP di hadapan kaum Cina sering meletakkan garis pemisah jelas antara ‘orang Melayu-Islam’ dan ‘orang bukan Melayu dan bukan Islam’ dan kemudian menyeru agar ‘bukan Melayu dan bukan Islam’ agar bersatu-padu, secara tersiratnya, untuk menentang ‘Melayu-Islam’ (UMNO).
Pendedahan mereka di perkukuhkan dengan pendedahan-pendedahan oleh blog-blog berbahasa Melayu terutamanya di Pulau Pinang serta laporan semasa di media berkaitan kes murtad yang berleluasa.
Antara pendedahan oleh blog-blog tersebut ialah mengenai mesyuarat tertutup DAP yang jelas menyebut agenda menjadikan Malaysia negara Kristian, serta program-program politik yang dihadiri paderi-paderi atau pastor dari serata negeri. Kes-kes murtad yang terdedah juga membuktikan agenda ini benar wujud apabila pemimpin-pemimpin DAP pantas membela pihak gereja dan cuba menutup taktik kotor mereka, sehingga akhirnya berjaya memastikan PAS menyingkirkan Dato’ Dr. Hasan Ali.
DAP menyangkal pendedahan ini tetapi lebih banyak mengambil sikap membisu agar perkara ini tidak menjadi besar. Memandangkan pendedahan lebih banyak dilakukan oleh blog berbahasa Inggeris oleh blogger berbangsa Cina, maka DAP percaya yang rahsia agenda besar mereka ini masih dalam keadaan selamat. Apatah lagi dengan sikap PAS yang memilih untuk membela DAP dalam kebanyakan isu, termasuk isu murtad, maka DAP yakin mereka tidak perlu bimbangkan sebarang tindak-balas dari pihak Islam.
Benar, selagi Pakatan Rakyat terus menjadi pembangkang, dan selagi PAS dan DAP memerlukan satu sama lain untuk menawan Putrajaya, maka agenda kristianisasi DAP mungkin boleh terus-terusan diremehkan oleh PAS dan ditutup oleh DAP dari pandangan ramai.
Walaubagaimanapun, selagi ‘pusat penyebarannya’ iaitu Subang Jaya, Selangor masih berada di bawah kekuasaan PR, yakni DAP, dan selagi sumber kewangan mereka terus bertambah dan semakin kukuh, maka selagi itulah ia akan berkembang di negara ini di mana tidak mustahil akan mencetuskan persengketaan antara agama di suatu hari nanti.
Atau lebih buruk dan malang bagi Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat ditakdirkan menang dalam PRU-13. Memandangkan PR mengambil prinsip “menang dahulu fikir kemudian” maka kita boleh menjangkakan kekecohan di dalam parlimen yang berlanjutan dan tiada kesudahan. DAP pastinya konsisten serta tegas ingin membentuk negara sekular manakala PAS pula berdegil ingin menyerapkan Islamisasi di dalam perlembagaan sekular tersebut yang mana pasti dibantah oleh DAP.
Negara akan berada dalam keadaan terumbang-ambing arah tuju selama beberapa lama menyebabkan pelabur menjadi ‘cuak’, dan akhirnya menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.
Seterusnya, kita menjangkakan pemimpin PAS mengalah kepada DAP bagi memastikan kedudukan jawatan dan kewangan mereka selamat. Sifat mengalah PAS kemudiannya membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong mereka serta semua rakyat yang beragama Islam termasuk yang menyokong UMNO kerana tidak sanggup negara ini menjadi negara sekular.
Hanya dalam masa tidak sampai setahun dari pengambilalihan kuasa, iaitu pada tahun 2014, demonstrasi mula menjadi sesuatu yang rutin dan bertambah buruk seiring dengan kejatuhan ekonomi negara.
Apa yang dijangka berlaku jika PR memerintah ini adalah tidak jauh berbeza dengan keadaan yang membawa kepada keganasan Reformasi di Indonesia. Krisis ekonomi yang buruk telah menggandakan kepayahan hidup rakyat Indonesia yang telah sedia susah dan miskin akibat kelemahan pemerintah. Kesusahan hidup telah membangkitkan kemarahan dan seterusnya keperluan untuk melepaskan kemarahan tersebut.
Rasa tidak puas hati yang telah lama terbuku di dalam hati rakyat kebanyakan terhadap kaum Cina-Kristian yang menguasai ekonomi negara itu, menjadi pemangkin kepada kemarahan yang meluap-luap. Kemarahan kemudiannya dilepaskan dengan kaum Cina disembelih, dirogol, dirompak dan disiksa, sekadar untuk memuaskan hati. Akhirnya, apa yang bermula sebagai krisis ekonomi bertukar menjadi penghapusan etnik dan seterusnya ‘perang Islam-Kristian’.
Jika ini berlaku di Malaysia di mana DAP secara dasarnya berdiri atas perjuangan Kristianisasi, maka tidak mustahil apa yang bakal tercetus ialah satu lagi ‘Perang Salib’.
Pastinya, ada di kalangan PAS yang mempersoalkan artikel ini sebagai satu imaginasi atau usaha terdesak menakut-nakutkan rakyat dari mengundi PR. Namun, dengan rekod sedia ada dan terdedah serta boleh dicapai dengan sedikit usaha dan keinginan untuk mencari kebenaran, persoalan mengenai ‘cuba menakut-nakutkan’ tidak harus timbul sama sekali, kerana anda sememangnya wajar merasa takut.
Satu-satunya persoalan yang mungkin wajar ditanya jika ini berlaku ialah, apakah agaknya pendirian Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya yang terus percaya bahawa UMNO itu kafir? Apakah mereka akan berjuang di belakang DAP, atau bersama UMNO dan umat Islam yang lain untuk mencapai cita-cita syahid?
Sumber SGB.
UrukHai.
No comments:
Post a Comment