Followers

Friday, 23 November 2012

Hidup Baru Perlu di Mulakan!!..Allahhuakhbar !!


GAZA CITY - Sebaik pengumuman mengenai gencatan senjata berkuatkuasa 9 malam semalam waktu tempatan (3 pagi waktu semalam Malaysia) iaitu selepas lapan hari serangan yang menyasarkan wilayah itu, pendudukGaza kini sedang giat membersihkan kesandari peperangan itu.

Dalam pada itu, penduduk Gaza mendakwa kemenangan berjaya dicapai pihak mereka selepas Israel dilaporkan telah bersetuju untuk mengakhiri kesemua bentuk sasaran pembunuhan manakala Hamas pula akan menghentikan serangan ke atas Israel.

Menteri Luar Mesir, Kamel Amr mengumumkan perkembangan ini pada satu sidang media Kaherah bersama dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton.

Clinton turut menyertai perundingan bersama merundingan gencatan senjata.

Pengumuman mengenai gencatan senjatadisambut dengan besar-besaran di jalan-jalan utama lewat malam tadi danmenaikkanharapan baru bagi penduduk Palestin dalam hubunganantara Israel dan Hamas.

Kini, kedua-dua pihak dalam proses membentuk satu rundingan perjanjian yang akan membuka sempadan wilayah Palestinyang dikepung.

"Hari ini adalah berbeza, kopi yang diminum pada pagi tadi juga terasa berbeza dan saya rasakita sedang menuju ke permulaan yang baru," kata Ashraf Diaa, seorang jurutera, 38, dari Gaza City.

Bagaimanapun, perjanjian dan permusuhan yang mendalam di antara para pejuang masih kabur namun, masih ada yang yakin bahawa pertumpahan darah akan berakhir.

Minggu lalu, Israel telah melancarkan serangan untuk menghentikan serangan roket dari Gaza dan melepaskan kira-kira 1,500 serangan udara ke atas sasaran Hamas.

Dalam masa sama, Hamas dan kumpulan militan Gaza juga membalas serangan ke atas Israel dengan ratusan roket.  Apa yang berlaku merupakan pertempuran terburuk sejak serangan Israel ke atas Gaza empat tahun lalu.

Serangan yang tidak henti-henti sejak lapan hari lalu telah membunuh 161 rakyat Palestin, termasuk 71 orang awam, dan lima Israel. Israel turut memusnahkan simbol utama kuasa Hamas seperti pejabat Perdana Menteri dan balai polis di Gaza City.

Walaupun kehilangan nyawa manusia yang tinggi, Hamas tetap mengiktiraf mereka menang dengan berlakunya gencatan senjata itu.

"Rakyat jelata berkumpul beramai-ramai di jalan-jalan malam semalam untuk meraikan kejayaan itu dan menghantar mesej kepada seluruh dunia bahawa Gaza tidak boleh dikalahkan," kata seorang jurucakap, Sami Abu Zuhri.

Walaupun harapan untuk melihat sempadan Gaza masih jauh namun, Hamas akan terus menuntut perkara itu  dalam perbincangan yang akan datang. Minggu lalu, Gaza menjadi mula menjadi tarikan lawatan oleh Menteri Luar Turki dan beberapa pemimpin dari negara Arab - kontras terhadap pengasingan Hamas pada masa lalu.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment