Followers

Monday 9 September 2013

Operator Bank Negara Adalah Warga Bangladesh, Terlibat Dalam Penipuan Dalam Telefon ??!! @PDRMsia


"Aiseyh Men, nasib baik u tak terkena", Itulah kata kata Uruk pada seorang kawan baik Uruk yang tinggal di daerah Kerian, juga adalah seorang guru teknikal yang baik dan berdedikasi.

Pada awalnya, Cikgu itu menceritakan bagaimana satu panggilan telefon tollfree 1-300-80-8888 yang diterimanya baru baru ini membuatkan beliau berasa tidak senang duduk sehinggalah beliau menceritakan hal sebenar kepada Uruk.

Ceritanya bermula apabila beliau dihubungi seseorang yang mendakwa dia dari pihak AM Bank dengan menyatakan beliau mempunyai hutang tertunggak kad kredit sejumlah RM6K kesemuanya atas pembelian emas di KLIA baru baru ini.

Namun cubaan untuk mengelirukan dan mendapatkan 'Particular' beliau gagal apabila seorang dari rakan beliau mengatakan ini mungkin satu sindiket yang dirancang pihak tertentu untuk menggunakan identiti beliau yang mempunyai rekod bersih dalam pengurusan kewangan beliau.

Oleh demikian, apa yang Uruk tidak berpuas hati adalah mereka berkemungkinan adalah Geng Sindiket 'Black Money' dengan menggunakan nama Bank Negara Malaysia. Mereka 'AM Bank' kononnya memaksa beliau (Cikgu) supaya menghubungi pihak 'Bank Negara" di Nombor 03-2788 5038 (Unit Laporan) untuk diperjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku, namun tidak sempat beliau memberikan 'Particular' tersentak hati beliau ingin membuat laporan kepada Polis terlebih dahulu mengenai apa yang diperkatakan oleh pihak 'AMBank' tersebut.

Uruk mengesyaki nombor yang diberikan adalah palsu dan tidak kena mengena dengan Bank Negara Malaysia, dan ianya direka dan disambungkan melalui sistem 'Automatic voice operator' untuk menjawab panggilan juga kemudiannya akan disambungkan terus ke 'on duty' operator yang kemungkinan menyamar sebagai operator Bank Negara. @ Semak di klik : Bank Negara Telelink (Laman sesawang sebenar)

Uruk mulai menggatur langkah untuk menghubungi nombor telefon yang diberikan oleh pihak 'AMBank' itu. Apa yang Uruk syaki mereka ini sebenarnya adalah satu sindiket 'Professional' yang mungkin melibatkan 'Gang' antarabangsa memalsu dan membuat salinan identiti dengan meminta segala latarbelakang mangsa untuk dimasukkan maklumat ke kad kredit palsu dan sebagainya.

Saksikan Kebiadapan Operator yang menggelarkan diri mereka sebagai Unit Laporan Bank Negara Malaysia :


Uruk berharap agar mereka yang terlibat ddidalam sindiket ini segera ditahan dan disiasat kerana menipu dalam kes yang melibatkan penipuan wang dan kredit kad atau seumpamanya. Tindakan tegas juga perlu diambil supaya tiada lagi kes penipuan dengan sindiket seperti ini.


UrukHai











No comments:

Post a Comment