Followers

Friday 30 August 2013

CM LGE Lidah Biawak Berdalih Mengenai Isu Filem Tanda Putera ??!!


KERAJAAN negeri Pulau Pinang hari ini menafikan mengharamkan tayangan filem kontroversi Tanda Putera yang dijadualkan tayangannya di pawagam hari ini. Klik Sini (Arahan dari siapa agaknya?)

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri hanya memberikan nasihat dan tiada tindakan akab diambil sekiranya pawagam di negeri ini terus menayangkan filem itu.

"Ia seperti tiada tindakan dikenakan kepada orang ramai yang melanggar nasihat pelancongan, begitu jugalah tidak ada tindakan akan diambil sekiranya pihak pawagam tidak mengikut nasihat tayangan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata nasihat itu diedarkan kerana filem berkenaan sudah melampaui batas dalam penggunaan dana awam untuk menyebarkan kebencian berbanding menyemai keharmonian dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

Filem Tanda Putera diarahkan oleh Datin Paduka Suhaimi Baba, diserang dan diselar kerana didakwa salah fakta dan rasis berkenaan kejadian 13 Mei 1969 itu.

Bagaimanapun Suhaimi mempertahankan filemnya dengan berkata biarpun ia sebuah filem fiksyen tetapi ia masih dihasilkan berlandaskan cerita sebenar kejadian itu.

Dua hari lalu, Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berkata ia adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab apabila sebuah filem meletakkan kesalahan tertentu kepada sesebuah kaum.

Beliau berkata dengan menghasilkan babak kontroversi, pengarah filem itu mungkin menjejaskan misi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.




UrukHai.

No comments:

Post a Comment