Followers

Tuesday 19 March 2013

Kalau Bang Non Gay Sekalipun Korang Peduli Apa ??!!


MALAYSIA tidak seperti negara-negara barat yang mempunyai ramai pemimpin yang boleh diketengahkan untuk menerajui negara mereka ke arah pencapaian yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara.

Maka itu kalau mereka meletakkan kriteria yang ketat termasuk persoalan moral dalam penentuan siapa yang layak menjadi pemimpin, itu adalah kerana kelebihan tersebut.

Buktinya, walaupun dalam masa yang sama rakyat negara mereka dibenar untuk memilih kecenderungan seksual masing-masing seperti seks sejenis dan sebagainya, pemimpin negara/politik dilarang malah ada yang dipecat kalau mempunyai kecenderungan seperti itu.

Tapi di negara ini lain.

Tidak ramai di kalangan pemimpin politik yang mempunyai kemampuan untuk memimpin negara ini menjadi sebuah negara yang lebih baik dari sekarang, sebuah U-topia dunia yang diidam-idamkan rakyat di negara-negara yang sekelas dengan kita.

Negara dimana sebahagian besar pendapatannya dibelanjakan untuk subsidi dan kesenangan rakyat, rasuah dihapuskan dan sebagainya.

Maka itu, kalau ada seorang pemimpin yang mampu dan pemimpin tersebut kebetulan mempunyai kecenderungan seksual yang pelbagai, so what?

Pemimpin yang punyai kecenderungan seperti itu adalah 100 kali lebih baik berbanding pemimpin yang straight tapi bergelumang dengan korupsi, penyelewengan dan rasuah.


Persoalan yang kita patut tanyakan, adakah rakyat lebih rela mempunyai pemimpin yang korup dan hanya menggunakan jawatan dan kedudukan masing-masing untuk kepentingan sendiri berbanding dengan pemimpin yang jujur, ikhlas serta sanggup keluar masuk penjara demi membela nasib rakyat tapi hanya mempunyai sedikit kelemahan dari segi kecenderungan seksualiti?

Uruk berpandangan, kecenderungan seksualiti adalah hak individu dan pilihan masing-masing yang telah ditentukan Tuhan, tidak ada apa yang dapat mengubah hakikat tersebut.

Untung dan bertuahlah kepada pemimpin yang mempunyai kecenderungan seksual yang normal, tapi kalau ada pemimpin dengan kelainan yang disebabkan apa-apa jua keadaan, rakyat perlulah menerima keadaan tersebut dengan seadanya.

Nukilan ini terhasil setelah laman ini melihat serangan berterusan ke atas kecenderungan seksualiti Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum akan datang dan kami yakin tidak akan berhenti. Daripada buang masa membuat penafian yang tidak ada kesudahan, kami rasa lebih baik rakyat belajar menerima keadaan tersebut yang telah ditetapkan Tuhan.







UrukHai.

No comments:

Post a Comment