Followers

Monday 18 March 2013

Filipina Ancam Hantar Tentera Ke Malaysia ??!! #LahadDatu #OpDaulat

Gambar Hiasan

Filipina Ancam hantar tentera ke Sabah Kerajaan Filipina mungkin berhak menghantar pasukan tenteranya ke Sabah untuk menjaga keselamatan rakyatnya yang didakwa didera dalam operasi keselamatan Malaysia di sana, menurut seorang senator Filipina semalam.

Penyiar berita ABS-CBN dari Filipina melaporkan dalam lamannya semalam Senator Miriam Defensor-Santiago berkata pasukan tentera adalah dibenarkan untuk menyelamatkan rakyat mereka jika Malaysia tidak dapat menjamin keselamatan mereka walaupun undang-undang antarabangsa menghalang penggunaan tentera tersebut.

“Selagi boleh, kami mahu elak menggunakan tentera,” kata Santiago yang dipetik oleh ABS-CBN semalam.“Tetapi jika ini sikap Malaysia... maka kita hendaklah mendapatkan pengecualian,” kata bekas pengerusi jawatankuasa hal ehwal luar Senat Filipina itu, sambil menegaskan penggunaan tentera adalah jalan terakhir yang akan diambil Filipina.  Klik untuk selanjutnya Anak Seberang


UrukHai.

1 comment:

  1. Senator yg bingai.. Rakyat Filipina masuk secara haram.. tiba2 tuduh Kerajaan Malaysia yg buat salah.. Mmg Haram Jadah la puak2 nih.. Sama mcm AnuWar Gay Tua.. Puihhhhh...

    zoRRo...

    ReplyDelete