Followers

Tuesday 26 February 2013

Hadi Kecewa, Nik Ajis Menitis Air Mata...Konvensyen Hambar Kekecewaan Jelas...??!!


Perwakilan di konvensyen Pakatan Rakyat memberikan sambutan hambar kepada desakan Lim Guan Eng supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Sambutan dingin itu menyerlahkan isu kepimpinan Pakatan Rakyat susulan keengganan PAS untuk mencalonkan Anwar secara terbuka bagi jawatan tertinggi itu.

Sebilangan besar perwakilan yang hadir hari ini adalah akar umbi PKR dan PAS dan dewan persidangan agak “sunyi” apabila Guan Eng menyatakan sokongan bulat beliau untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Jika kita mahu selamatkan negara, kita perlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Guan Eng.

Pengisytiharan terbuka Guan Eng yang saban kali diulang sebelum ini bertentangan dengan ketetapan tidak rasmi PAS yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

Hanya kira-kira 300 orang mengisi dewan apabila Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution memulakan ucapan, sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan PAS belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik menjadi PM jika PRU memihak kepada Pakatan Rakyat.

"Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.

"Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan... bergantung kepada keputusan," katanya kepada Antarapos semalam.



Kredit Sumber


UrukHai.

No comments:

Post a Comment