Followers

Monday 4 February 2013

Esklusif : Tudia...YB Ustaz Shabudin Yahya 'Penampar' Karpal Singh ??!!


Keputusan Majlis syura di dalam Pas adalah keputusan yang tertinggi. Maka apabila ahli majlis syura Pas telah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah secara jelas maka sewajarnya pandangan pemimpin-pemimpin Pas, pandangan peribadi dan individu perlu diketepikan demi meletakkan kepentingan dan keutamaan suara ahli majlis syura.

Namun apa  yang mengecewakan adalah apabila keputusan majlis syura yang merupakan keputusan yang tertinggi di dalam Pas diketepikan begitu sahaja oleh Karpal Singh.

Hal ini juga tidak sepatutnya berlaku. Ini menunjukkan bahawasanya mereka tidak menghormati keputusan majlis syura menegani isu tersebut.

Begitulah ceritanya, Apa yang terjadi sepatutnya diselesaikan dengan baik dan bijak bukan dengan campur tangan orang luar seperti Karpal Singh mengenai keputusan Majlis Syura dan lain-lain keputusan.

Namun sebenarnya itulah yang berlaku diantara Pas dan DAP, mereka sememangnya tidak bersependapat dalam apa jua keputusan yang dibuat demi menjaga nama individu masing-masing dan bukannya kerana Agama dan Bangsa yang diperjuangkan.

Pas sekali lagi gagal dalam menerangkan kepada DAP mengenai isu-isu yang diputuskan oleh Majlis Syura.

Bagaimana mahu memerintah sekiranya masalah-masalah sebegini pun tidak dapat diatasi dengan baik ? 

Selain dari itu YB Ustaz Shabudin Yahya dalam temubualnya dikawasan menyatakan pendapat beliau mengenai Isu Pemecatan Nasharudin dan Majlis Syura Klik :



UrukHai.

No comments:

Post a Comment