Followers

Monday, 1 July 2013

Nasi Kandar, UrukHai Dan MMI...


Assalam dan salam sejahtera hendaknya bagi semua rakan-rakan bloggers dan followers Uruk..,
lama rasanya tak menulis, rindu akan PRU13 lalu sewaktu bersama-sama memperjuangkan matlamat iaitu satu kemenangan BN di PRU13,..

Bagi memulakan kisah Uruk, Pernah Uruk dan MMi lalui sebelum ini, meh sini Uruk nak cerita sedikit mengenai Hub Nasi Kandar yang terdapat di Pulau Pinang,

Buat pengetahuan pembaca semua, artikel ini adalah artikel pertama yang Uruk tulis, rasanya macam ada yang tak kena dengan penulisan tersebut, namun apabila diajar dan diolah semula oleh MMi ianya berjaya di 'Publish'kan ke dalam blog MMi yang boleh dianggap Otai bagi Uruk.

Siapalah Uruk sekiranya tiada MMi,...(bodek nampak)...kekeke..

“MISI LOST & FOUND , URUK & MMI PART 1"

Pulau Pinang merupakan hub Nasi Kandar yang paling terkenal dan menarik malah memukau hati dan anak tekak si pemakannya , jadi tak heranlah kalau peminat-peminat Nasi Kandar di seluruh negara tertumpu ke Pulau Pinang kerana di sinilah terletaknya “THE REAL NASI KANDAR” in da house,...haha.
Diantara semua Nasi Kandar yg pernah “URUK” dan MMI santap , kali ini ia begitu berbeza dengan Nasi Kandar lain yang pernah kitaorang makan macam di DEEN Jelutong,TAJUDIN di Little India,RAMZAN Masjid Kapitan Keling,Nasi Kandar IMIGRATION,SHARIFF di Gelugor dan lain-lainnya (kalau nak tulis kat sini panjang sangat) rasanya inilah diantara yang terhebat mengikut laporan daripada anak tekak "URUK" lah !..
Bagi orang Pulau..,semestinya anda semua pernah mendengar  NASI KANDAQ MISAI di Lebuh Tamil (correct me if im wrong) “URUK” dan rakan-rakan seperjuangan bersama MMI , kita pergi terjah disinun..tempatnya agak tersorok tapi setelah pusing dua tiga round akhirnya sampai jugak,....yang lambat tu bukan apa , semua sebab sikap Guan Eng lah yang “DOUBLE STANDARD” membenarkan bangsanya berniaga ditepi-tepi jalan sehinggakan sukar untuk “URUK” selit dengan “Heli” kitaorang...ternyata sikap rasist LGE ini tak pernah luntur..nak harap Chot ka? dia boleh buat apa???!! kira dok kalut nak jadi Duta Malaysia ke CHINA ja.....Hampeh!!.
Inilah heli URUK kalau ampa nak tau !
Antara yang menarik apabila kami sampai di Lebuh Tamil,peerrrrgghh kitaorang dilayan mesra si penjaga "parking" yang agak berumur berbangsa Cina (pemalu orangnya tak mau gambarnya ditangkap) siap bukak pintu lagi kat “URUK” sempoilah rasa macam AL JUBURY lah pulak..haha,selepas kita orang masuk ke kedai dan masing-masing bertanyakan adakah benar ini NASI KANDAQ MISAI?!!(mood dok tengok muka masing-masing) dalam bahasa Melayunya Terpingga-pingga...YES betoi! Mamu Misai dok habaq kat kami...jadi tanpa membuang masa “URUK” dan MMI pun “boh lauk lah”...antara yang terbaik lauknya mesti TELUR IKAN dan SAMBAL NYIOR (sambal kelapa) kata MMI pada “URUK”. 
Setelah nasi dan segala lauk pauk masuk ke anak tekak...Alhamdullilah syukur sedap wei !! diketemukan kami dengan NASI KANDAR MISAI kerana sejak sekian lama mendengar akan nama dan nikmatnya akhirnya kitaorang sampai jugak di tempat yang dimaksudkan hinggalah selepas makan, rakan “URUK” beristifarlah...sebab apa?...dia kata “Menggah”makan ikut Nafsu....hehe kitaorang tersenyum..Besarnya nikmat Allah SWT berikan.
Tu dia !!
Ternyata keistimewaan Nasi Kandar yang kitaorang santap kali ini ialah Lauk nya iaitu “SAMBAL NYIOR”dan TELUR IKAN memang sedap..tak percaya? hangpa pi santap tengok..tak tipu hangpa haaiihh...lauk-lauk yang lain tak kurang hebat tapi pastikan kuah mesti campur punya....ayam goreng yang “URUK” santap memang terbaik kalau makan seketul tu kira nasi tambahlah ceritanya...apa pun “URUK” berharap agar ia terus mengekalkan warisan perniagaan MISAI secara turun temurunnya disitu...oh!! “URUK”terlupa...dari segi harga yang kitaorang santap memang berbaloi-baloi macam iklan KAMDARlah pulak..hahaha.

Ni bukan kempen tapi rekomen kepada peminat nasi kandar !! Boleh kata “URUK” RASIS ka kalau rekomen ?..tak kot ! sebab yang berniaga pun bukannya orang Melayu pun.Mamak Penang yob...kalau nak ikut diorang ni berbangsa India Muslim.”URUK” pulak? Melayu Piauw beb..Rasis ker?? haha bab puak-puak Pastor nak spin yang bukan-bukan pasal identiti bangsa Melayu tu biaq pi kat depa lah sebab selalu sangat puak-puak tu label “UMNO P.Pinang dengan UMNO Mamak”!..Bodoh piang !!
Kena ingat terpulang pada citarasa masing-masinglah kalau bab makan ni yer..Apa-apa pun kalau bab Nasi Kandaq Pulau Pinang , Misai diantara yang terbaik kitaorang makan...
Sebut pasal makan NASI KANDAQ dan Ayam goreng ni “URUK” nak cerita sikit , sebagai orang Islam kita dituntut untuk memilih makanan yang halal apatah lagi kalau bab hukum halal haram ni , bukan apa setiap yang kita jamah tu bakal menjadi darah daging kita jadi jangan buat main-main.  Lainlah macam MAT SABU tu “DIA LEBIH SUKA MAKAN BABI DENGAN GUAN ENG DARI MAKAN AYAM DENGAN NAJIB”...itulah katanya...sekurang-kurangnya kita ni dan “URUK” sendiri orang Islam, tahu jugak akan hukumnya Haram dan Halalkan?...syukurlah kita tak sesat macam PUAK2 PAStor ni...apa punya BAHALOLlah MAT SABUN ni....!!Nama ja berjuang atas Parti Islam..”URUK” tengok PAStor ni ISLAM tang mana tak tauu???!!menghalalkan yg HARAM adalah...!!
Jadi sepanjang perjalanan "Lost & Found" "URUK" dengan kawan-kawan kali ini banyak pengajaran yang dapat kami pelajari selain daripada berjaya menemui kedai nasi kandar MISAI , "URUK" juga melihat bagaimana orang buta (Melayu) dipimpin oleh MAMAK untuk masuk ke kedai dan duduk untuk makan.Bagaimana terjalinnya hubungan diantara seorang lelaki Cina separuh usia dan bisu dengan mamak nasi kandaq MISAI yang cukup menginsafkan kita bahawa ikatan dan jalinan sesama kita rakyat Malaysia sebenarnya boleh direalisasikan.
Moral of the story,kalau nak sesuatu benda tu kita kena usaha dan "URUK" rasa semuanya terletak di hati dan sanubari kita samada mahu menjadikan sesuatu itu indah ataupun mahu menjadikan sesuatu itu sebagai masalah.
Pulau Pinang banyak memberikan pengalaman kepada manusia seperti "URUK" dan Agen Media MMI kerana perjalanan kali ini memberikan satu pengalaman paling berharga yang mungkin tak dapat dinikmati oleh orang lain.
Apa pun kena usaha , jadi jangan lupa usahakan pada PRU13 nanti kita bagi balik Pulau Pinang dekat BN senang sikit nak mai makan nasi kandaq MISAI tak payah nak selit-selit celah gerai haram bangsa Guan Eng.
Apa depa ingat kipas heli "URUK" murah ka ???

Klik Uruk Di MMi


UrukHai.

No comments:

Post a Comment