Followers

Saturday, 23 March 2013

[VIDEO] Rafizi 'Hilang Kewarasan' Sewaktu Di Ajukan Soalan Mengenai Video Dato T ??!!


Sebelum pergi lebih lanjut,rasanya elok kita ramai-ramai ucap tahniah pada Papagomo.Bab video yang dia dedah itu lain cerita.

Ini bab martabatnya sudah naik satu darjat sama level Datuk Seri Anwar Ibrahim yakni,Hamba Allah yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri Malaysia.

Hang hebat Papa...Depa iktiraf hang sebagai orang yang boleh goncang kedudukan Anwar.

Cuba fikir kalut PKR kerah orang-orang di ibupejabatnya selidik dan selongkar latar belakangnya.

Kita tidak perlu ambil ijazah sains politik untuk apa yang orang putih kata 'discredit the source'.

Mereka yang belajar ilmu saikoloji juga boleh buat andaian riak ini jelas petanda ada orang sedang gabra.

Sebab itu syok tengok Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli tampil dengan wajah ala-konfiden habis buat sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya untuk mendedahkan latar belakang Papagomo.

Ini berkaitan dengan sejarahnya semasa berkhidmat sebagai anggota polis dulu dan namanya tercatat serentak sebagai pengundi biasa dan pengundi pos (atas kad polis).

Kesimpulannya begini.Rafizi hendak mengajak seluruh rakyat agar jangan percaya langsung pada pendedahan Papagomo tentang bos besarnya,Anwar - kerana dia mempunyai latar belakang yang 'tercalar'.

Agendadaily sudah menghubungi Papagomo sendiri untuk bertanya bab pendedahan Rafizi itu.Dia sudah menjelaskan kedudukan sebenar yang akhirnya buat sama-sama tertawa.

Tak kira apa sekali latar belakangnya.Bagi Papagomo isu yang didepan mata sekarang ialah pendedahannya tentang seorang pembesar pembangkang yang dia dakwa mempunyai aktiviti moral yang sangat menjijikkan.

"Aku ini kucing senak saja.Aku tertirap tepi jalan pun tidak bawa apa-apa kesan pada rakyat dan negara.

"Cuba bayangkan orang yang aku tuduh ada moral kotor macam Anwar jadi Perdana Menteri.Fikir sudah kesannya pada nasib dan depan negara,"katanya.

Atas sebab ini perbualan menerusi telefon itu diselang seli dengan deraian hilai ketawa mengenangkan susah payahnya puak PKR nak kondem dia untuk kasi tegak benang Anwar.

Juga ini ada sikit pesan kepada Rafizi,lain kali kalau ingat nak buat sidang akhbar KENA ADA TELOR untuk jawab soalan.

Kalau ingat nak baca kenyataan dan jawab soalan-soalan 'selamat' sahaja lebih baik email kenyataan media agar tidak payah wartawan buang masa ke ibupejabat PKR.

Seperti biasa ketegangan timbul antara wartawan Agendandaily dengan Rafizi semasa sidang akhbar hampir setengah jam itu.

Orang kanan Anwar ini memulakan sidang akhbarnya dengan  membaca kenyataan hasil penyelidikan mereka tentang latar belakang Papagomo...blah...blah...blah.

korang tengok video di bawah pula..





UrukHai.

No comments:

Post a Comment