Wednesday, 23 October 2013

PAS Terlalu Kemaruk Mahu Menakluk Sg. Limau, Harakah Mengeluarkan Kenyataan Fitnah ??!! #PRKSGLIMAU #VOTE4BN


Bertubi-tubi Harakah menerbitkan isu untuk menyemarakan adu-domba antara Mahathir VS Najib. Harapan meraka adalah satu untuk memecah-belahkan perpaduan UMNO dan sekaligus mendapat mamfaat besar dalam PRK Dun Sungai Limau. Tetapi sayang amat sayang jarumnya tidak jalan. Biarpun isu-isu ini dimainkan.

Najib, Muhyiddin usaha bendung kemarahan Mahathir
Analisa|Harakahdaily, 21 Okt 2013 
Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tewas. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tewas meskipun ibunya terpaksa memberikan wawancara yang amat jarang untuk berkempen untuk anaknya. 
Ini menyebabkan Mahathir marah walaupun beliau berkata sudah menjangkakan kekalahan Mukhriz. 
Tapi itu tidak menyebabkan Mahathir menjadi lebih marah. Yang bakal membuat Mahathir 'meletup' adalah hakikat bahawa anaknya kini ketinggalan berbanding Khairy Jamaluddin, orang yang paling tidak disukainya dalam Umno.

Umno tidak mahu lagi dengar cakap Mahathir
Harakahdaily, 21 Okt 2013 
KUALA LUMPUR: Beberapa minggu yang lalu, Tengku Razaleigh Hamzah menyebut bahawa Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi untuk memenangkan Mukhriz. Orang tidak mahu dengar Dr Mahathir. 
“Hari ini, pendapat Tengku Razleigh Hamzah telah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi. Mukhriz kalah lagi,” tulis Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya, semalam 
Menurutnya, beberapa tahun lalu, bila Mukriz lawan KJ untuk jawatan ketua pemuda, Mukhriz tewas, maknanya, Dr Mahathir pun tewas
Tetapi itu hanyalah kaedah adu-domba Harakah menjalankan jarum. Hakikatnya dalam UMNO tiada siapa yang menang atau kalah dalam pertandingan diantara abang-adik dalam satu bumbung. Semuanya tetap masih sama-sama memerlukan satu sama lain untuk kekuantan UMNO Barisan Nasional bila berhadapan dengan rintangan cabaran dan juga musuh rakyat. 

Setiap ahli UMNO tetap menjadi sebahagian dari kemenangan itu. Ini dibuktikan dalam perpaduan jentera yang turun padang di Dun Sungai Limau bercampur dengan kalah dan menang dalam PAU13. Mereka sepakat di bawah UMNO. Jadi Harakah hendak meroyan apa lagi?

Lagi dan Kredit Pecah Palak Mikir

UrukHai.

Lagi Seorang Korban Di Cameron Highlands


CAMERON HIGHLANDS 23 Okt. - Pasukan keselamatan mengesahkan angka kematian akibat banjir lumpur berikutan air empangan melimpah di Lembah Bertam di sini awal pagi ini meningkat kepada tiga orang.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, dua mangsa yang maut akibat lemas adalah pekerja warga asing di ladang sayur iaitu lelaki Bangladesh, Md. Jahanjir Alam Fazlor Rahman, 27, dan wanita warga Indonesia yang dikenali sebagai Kesmat, 46.

Beliau berkata, seorang lagi mangsa, Tam Tuck Chooi, 51, meninggal dunia akibat serangan jantung kerana terkejut dengan kejadian itu.






Seorang lagi pekerja wanita Indonesia, Jarwati, 17, masih hilang dan gerakan mencari mangsa sedang berjalan. - UTUSAN ONLINE

Lagi Klik MMI

UrukHai.

Thursday, 17 October 2013

Calon/Penyandang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Siapa Datuk Azeez Rahim Ni ??!! #AzeezRahim4MT @Azeezrahim


Kenali Siapa gerangan Panglima Putera 1Malaysia ini 


Datuk Abdul Azeez berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sejak 2008 hingga kini. Beliau adalah Ahli Parlimen Baling, Kedah merangkap Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling. Beliau berpengalaman luas dalam bidang perniagaan dan korporat serta merupakan Pengerusi Eksekutif di beberapa buah syarikat.

Selain itu, Datuk Abdul Azeez juga merupakan penasihat di beberapa syarikat tersenarai awam. Pada tahun 2011, beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH. Beliau diberi jawatan penting di dalam dua anak syarikat TH iaitu sebagai Pengerusi TH Real Estate LLC dan Ahli Lembaga Pengarah Theta Edge Berhad dari tahun 2012 hingga sekarang. Beliau dilantik sebagai Pengerusi TH pada 1 Julai 2013.

Datuk Abdul Azeez sangat berminat dan aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan sukarelawan. Beliau telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia pada 2010 setelah mendapat persetujuan daripada YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Beliau terlibat secara langsung dalam semua siri bantuan kemanusiaan di Negara-negara yang ditimpa bencana alam.

Sememangnya beliau berjiwa rakyat !!


Jangan lupa ya, Beliau Calon no.15 #Azeezrahim4MT !!


UrukHai.

Saturday, 28 September 2013

Rokok Naik Isnin Ini !!


Harga setiap kotak rokok akan mengalami peningkatan yang agak ketara bermula Isnin ini.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd. melalui iklan yang diletakan di dalam beberapa akhbar utama hari ini.

Melalui peningkatan tersebut, harga baru sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.


Jenama rokok yang terlibat dengan harga baru berkenaan adalah Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Peter Stuyvesant dan Pall Mall.

Hampir saban tahun, harga rokok dinaikkan namun ia nampaknya tidak juga memberi kesan pada perokok.

Bila ditengok balik, ternyata ia lebih mahal daripada purata harga sepinggan nasi di kedai. Itu pun makan nasi dapat juga kenyang, kalau hisap rokok.. silap-silap dapat penyakit adalah!

Nampak gaya, makin kedekutlah para perokok lepas ini. Sesiapa yang selalu suka minta rokok sebatang mungkin awal-awal lagi akan dipangkah kawan-kawan.

Bagaimanapun bagi perokok tegar dan tidak memilih jenama, mungkin tidak terasa apa-apa dengan kenaikan ini memandangkan mereka boleh meneruskan tabiat menghisap rokok bebas cukai yang mempunyai bermacam-macam nama dan dijual pada harga semurah RM3 sahaja. 



UrukHai.

Isteri Mat Yo Bakal Dikenakan Tindakan Kerana Membuat Laporan Palsu ??!!

Cuba lihat laporan yang dibuat isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam dan kemudian tengok klip yang memperlihatkan dengan jelas bahawa dia yang sebenarnya memaki hamun pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Subang Skypark, Subang.

Ini apa yang dilaporkan isteri Mat Yo.



Jom Lihat Laporan Polis Isteri Mat Yo...

PADA 12/09/13 JAM LEBIH KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK. SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KE ARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA. LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI. SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA. SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA.

Ini pula video kejadian;


Bukankah laporan isteri Mat Yo sama sekali berlainan dengan kejadian sebenar yang dirakam Aisya sendiri? Siapa maki siapa? Kenapa dalam laporan polis lain yang disebut?

Andai kata video itu tidak ada, mungkin Azman Mohd. Nayan yang didapati bersalah dan dikenakan tindakan?

Agak nyata isteri Mat Yo jelas telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Dan jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mungkin ada antara kita yang perlu membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat melihat kembali kandungan laporan dengan kejadian sebenar.

Ia perlu dilakukan untuk keadilan semua pihak termasuk seorang lelaki tua 5 anak yang hanya berkerja sebagai pengawal keselamatan.


UrukHai.

Demi Maruah, Janda Parah Dan Patah Kaki !!


Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol.

Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah.

Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta.


Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut. – HARIAN METRO


UrukHai.

Thursday, 26 September 2013

Polis Pulau Pinang Tahan Seorang Komunis DAP ??!!


Polis menahan dua lelaki yang baru tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Pulau Pinang dari Bangkok, Thailand kerana membawa beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Malaya (PKM) malam semalam.

Kedua-dua mereka yang berusia 59 dan 66 tahun ditahan sebaik sahaja tiba dari negara jiran menaiki pesawat Thai Airways yang mendarat pada pukul 9.50 malam.

Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, hasil pemeriksaan polis, dua lelaki itu membawa masuk beberapa barang seperti cakera padat, buku, video, cenderahati yang tertera perkataan 'Kenangan Abadi Almarhum Chin Peng'.

"Polis menahan mereka kerana berada dalam keadaan mencurigakan dan setelah memeriksa dua bagasi yang dibawa, kita menemukan pelbagai barangan itu.

"Buat masa ini kita sedang menyiasat latar belakang dua lelaki ini. Lelaki berusia 59 itu berasal dari Hong Kong manakala yang berusia 66 tahun itu rakyat tempatan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Bayan Baru lewat malam tadi.

Menurut Abdul Rahim, kedua-dua mereka kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 2012.

"Kedua dua suspek tiada mempunyai hubungan persaudaraan dan polis sedang menyiasat motif mereka membawa masuk barang tersebut," katanya. 


UrukHai.

Pelik Pelik : Berenang Sejauh 2KM Didalam Karung Mayat ??!!


Seorang lelaki Bulgaria berusia 59 tahun mencuba untuk mencipta rekod baru berenang merentasi dengan diikat kaki dan tangan di dalam sebuah beg.

Jane Petkov yang turut dikenali sebagai Lelaki Amfibia di negaranya Bulgaria berkata untuk berjaya melakukannya ia memerlukan tahap fokus yang tinggi dan tekni khas bernafas untuk menjayakannya.

Percubaan itu dilakukan Petkove pada 10 September lepas di Tasik Orhid di Macedonia.

Petkov terjun ke dalam tasik dari dalam sebuah bot di tengah-tengah tasik dan berenang ke tepi tasik.

Tangan dan kakinya diikat sebelum beliau dibungkus di dalam sebuah beg menyerupai beg mayat yang tebal. Beliau diikat sekali lagi dengan lilitan di sekeliling beg itu bagi memastikan beliau tidak boleh menggunakan kakinya untuk mengayuh.

Cubaan itu dianggap berbahaya dan berisiko apabila doktor yang memeriksa Petkov mendapati beliau dalam keadaan yang sedikit lemah kerana usianya.

Dalam renangannya, Petkov berenang seperti gaya seekor ikan lumba-lumba.

Beliau mengambil masa 2 jam 47 minit untuk berenang sejauh 2 kilometer dan sampai di tepi tasik.

“Saya berasa begitu sejuk ada satu kilometer pertama tetapi semuanya kembali normal selepas itu, jika suhu air lebih panas, saya boleh berenang sejauh 10 kilometer lagi,” katanya.

Setiap aspek percubaan itu dirakamkan dari atas sebuah bot dan rakaman itu akan dihantar ke pejabat Guiness Records di London.



UrukHai.

HOT : Pengakuan Ikhlas Pengawal Keselamatan Yang Dimaki, Ditendang Isteri Mat Yo !!


Kejadian seorang isteri pemain bola sepak kebangsaan memaki hamun seorang pengawal keselamatan menjadi viral apabila video yang dimuat naik oleh wanita tersebut mendapat perhatian ramai hari ini.

Pelbagai kata biadap yang dilemparkan oleh isteri Nor Shahrul Idlan Tallaha atau dikenali sebagai Mat Yo terhadap pengawal di Lapangan Terbang Subang Skypark, di sini.

Bagi mendapatkan kisah sebenar bagaimana isu ini boleh tercetus, wartawan Mynewshub.my berjaya menjejaki pengawal keselamatan yang dimaki hamun menerusi video berdurasi selama 55 saat itu.


pakcik5

Menurut Azman Mohd Nayan, 49, kejadian berlaku pada jam 12 tengahari pada 12 September lalu.

Katanya, dia menegur tindakan pasangan tersebut yang meletakkan kereta mereka di kawasan yang tidak sepatutnya.

Jelasnya, pada mulanya pasangan tersebut dilihat berborak hampir 10 minit.

Lalu, kata Azman, dia meminta mereka meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya jika mereka hendak berada lama di situ.

” Saya cakap pada mereka sekiranya lambat lagi, mereka perlu ‘park’ kereta di tempat sepatutnya.

” Dia kemudiannya memaki hamun saya, kata saya ‘tak guna’ sampailah perkataan jantan dayus pun keluar.

” Muka cantik tapi tiada adab, suaminya yang ada di sebelah hanya mendiamkan diri tidak berbuat apa-apa,” jelasnya  di sini hari ini.

Selepas insiden tersebut, Azman berkata, pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak mahu bersalam dengannya walaupun dia cuba berbuat demikian.

pakcik4

” Lepas itu saya nak pergi jumpa lelaki dia, nak minta maaf lebih kuranglah, mungkin saya pun terkasar atau apa-apa.

” Bini dia tetap rakam gambar saya dan maki hamun saya. Saya tak boleh terima dan saya tak nak dia ambil gambar saya, saya tepislah gambar tu (kamera).

” Lepas tu dia keluar, dia tendang saya, lelaki dia tolak saya,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut insiden itu, Azman berkata, dia tidak begitu mengenali lelaki tersebut adalah Mat Yo kerana tidak mengikuti perkembangan bola sepak tanah air.

Difahamkan kedua-dua pihak yang terlibat telah pun membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

pakcik3

“Dah report dah, saya buat report, dia pun buat report, sekarang ini saya tunggu (tindakan) dari dia.

“Di sini ada CCTV, bila polis dah tengok, bos saya dah tengok, semua orang dah tengok memang betul bini dia tendang saya (di celah kangkang). Suami dia tolak saya,” jelasnya lagi.

Menurut Azman, isteri Mat Yo juga mendakwa dirinya seorang kerabat sambil menunjukkan plat kereta Mini Cooper yang dipandunya mempunyai lambang kerabat diraja.




UrukHai.

Sah Tun Faisal Disabotaj ??!! @NajibRazak @Muhyiddinyassin @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O #TF4MT


Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO No.60, Tun Faisal Ismail Aziz tiba-tiba hilang dari senarai pencalonan selepas pengumuman oleh Sekretariat Jawatankuasa Pemilihan UMNO petang tadi. Lihat senarai di blogAPA (klik!)

Alasan yang dikemukakan kerana Tun Faisal tidak pernah menjadi AJK Bahagian. Adakah pihak Sekretariat Pemilihan terlalu bahalol tidak mengetahui calon ini adalah salah seorang EXCO Pemuda UMNO yang mendapat endorsement dari Ketua Pemuda sendiri, YB Khairy Jamaluddin [LIHAT VIDEO INI -KLIK!]



Mana yang lebih penting oleh UMNO antara seorang AJK Bahagian atau EXCO Pemuda?? Terdapat ribuan AJK Bahagian di Malaysia tapi berapa kerat yang menonjol memperkasakan UMNO?? Keputusan Sekretariat Pemilihan seolah-olah memperkecilkan jawatan Exco Pemuda.

20 orang AJK untuk 191 bahagian UMNO seluruh Malaysia = lebih 3,000 orang boleh bertanding jawatan MT selepas ini jika mengikut teori dan syarat lapuk oleh Sekretariat Pemilihan, tanpa perlu ENDORSEMENT atau membuktikan apa-apa kredibiliti & jasabakti dalam perjuangan UMNO!

Diharap DS Najib Razak dan YB KJ yang diberikan laporan setiap bulan berkenaan strategi dan gerak-kerja parti yang diusahakan oleh Tun Faisal Ismail Aziz sepanjang perjuangan menghadapi PRU13 lalu mengambil perhatian serius berkaitan isu ini dan mencari jalan penyelesaian paling bijaksana.

Ada individu dalam Sekretariat Pemilihan yang dikenali terlalu bias & prejudis terhadap Tun Faisal sedangkan beliau sendiri bertanding Ketua Bahagian di Melaka... Nantikan senarai penuh 7 Oktober nanti dengan keputusan yang mendamaikan hati semua pihak, atau kita sama-sama saksikan PETAKA SIBER 800 skala ritcher akan berlaku.


UrukHai.

Tuesday, 24 September 2013

Seramai 304 Anggota Kongsi Ditahan Sejak Ops Cantas Beroperasi !!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberkas 304 anggota kongsi gelap menerusi Ops Cantas Khas yang dilaksana sejak 17 Ogos lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Beliau berkata polis juga membuka 236 kertas siasatan mengenai pertubuhan kongsi gelap terbabit. 
"Antara anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan ialah Geng 04 sebanyak 60 orang, Geng 08 (110 orang), Geng 18 (12 orang) dan Geng 36 (60 orang)," katanya dalam sidang media, di sini semalam. 

Menurutnya setakat hari ini, polis menahan 11,036 individu di bawah operasi itu selain merampas 23 laras senjata api, 14 pucuk senapang angin buatan sendiri, satu bom tangan, 1,238 butir peluru dan pelbagai senjata lain.

 

Katanya daripada jumlah yang ditahan itu, 47 disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959 (PCA), manakala baki di bawah kesalahan-kesalahan lain. 

"Walaupun kita dah tahan ramai tetapi kita tidak dapat meneruskan tindakan di bawah PCA kerana tidak diluluskan pihak pendakwa raya tapi mereka dituduh di bawah kesalahan lain di mahkamah," katanya. 

Ops Cantas Khas dilaksana oleh PDRM bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi. 

Mengulas lanjut, Khalid berkata polis kini giat memburu pesalah trafik terutama pemandu kenderaan komersial seperti lori dan bas yang tidak membayar saman tertunggak. 

"Jadi mulai sekarang saya nasihatkan buat semakan dan mana ada saman tertunggak sila jelaskan segera, tak lama lagi bila kita akan ambil alih Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) nanti, lagi mudah kita mencari mereka ini," katanya. 

Sementara itu, Pemangku Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMM KL), Datuk Daud Daros berkata pihaknya mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana berjaya dalam usaha membanteras penjenayah tegar sejak pelancaran Ops Cantas Khas. 

"Tindakan itu berkesan meningkatkan kepercayaan masyarakat perdagangan dan industri Malaysia dan telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pasukan polis. DPMM KL harap pasukan polis meneruskan tindakan itu sehingga ke akar umbi," katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA 


UrukHai.

Ada Rahsia Diantara Khairul Azwan @AzwanBro Dengan Anak Yatim ??!!


Mendengar cerita tentang anak anak yatim, yang bapa dan ibunya telah meninggal dunia adalah suatu cerita yang mungkin membuatkan kita berasa hiba tentang bagaimana hidup mereka dimasa akan datang, betul tak?

Mari Uruk ceritakan sedikit tentang anak yatim ni, Anak yatim dalam bahasa Inggeris disebut 'orphanage'. Mengikut istilah pula, anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan yatim piatu yang bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.

 Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam

Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.

Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri: 

“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri.

Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”

Walaubagimana pun masyarakat Melayu Malaysia mempunyai satu lagi istilah iaitu Yatim Piatu yang dimaksudkan sebagai mereka yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa, walaupun sebenarnya istilah ini tidak ada dalam syariat Islam. 

Anak yatim adalah anak yang kematian ibu bapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh, atau anak yang kematian bapanya sebelum  ia menjangkau baligh.  Islam mewasiatkan umat manusia supaya melakukan hubungan banik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi hak-hak mereka.

Firman Allah yang bermaksud:

“ Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” ( Al- Dhuha)
“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” ( al- Maun)
Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakand alam surah An- Nisa ayat 6.

Kewajipan sosial

Menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta benda secara berlebihan (lihat surah al-Fajr, ayat 15-20).

Penjagaan Terhadap Anak Yatim

Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis. 

• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim 

• Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”. 

• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil” 

• Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).

• "Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.  Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka."

“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (At-Tabhrani)

• Sabda Nabi lagi, Anak-anak yatim akan mempunyai kedaulatan besar di akhirat kelak. Menyakiti dan menzalimi mereka dosanya tidak terhingga, Kita amatlah digalakkan memberikan pertolongan apa saja termampu.

Memakan harta Anak Yatim

Di dalam AI-Quran ada tercatat sesiapa yang memakan harta anak yatim dia seolah-olah menyalakan api di dalam perutnya, Tuhan memberi amaran keras kepada mereka yang cuba mengkhianati anak-anak yatim.

RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah.

Begitulah serba sedikit apa yang terkandung didalam ajaran Agama Islam kita sendiri apakah yang dipanggil anak yatim.

Di arus yang moden ini ramai diantara kita yang kadang kadang terlupa tentang tanggungjawab kita terhadap anak yatim akan tetapi tidak bagi seorang hamba Allah yang baik budi pekertinya dan sanggup menghabiskan masanya melalui Akedemi Pemuda Umno Malaysia tak lain tak bukan adalah adalah Khairul Azwan Bin Dato` Harun atau lebih dikenali dengan Azwan Bro, juga adalah Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak.


Beliau juga seorang yang prihatin apabila menaikkan Akademi Pemuda yang terdiri daripada 15 orang pekerja sukarela yang terdiri daripada golongan pendidik, penyelidik serta profesional muda dan para belia. Antara misi adalah bertanggungjawab mencadangkan strategi berlandaskan politik pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Akademi Pemuda yang digerakkan beliau juga menjalankan aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO sejajar dengan agenda mendidik dan memperkasakan ahli UMNO di peringkat akar umbi. Melalui platform ini juga beliau menggerakkan beberapa kerja-kerja kebajikan melibatkan anak-anak yatim di sekitar negeri Perak.

Bila meneliti kerja-kerja yang dilakukan beliau, kenapa beliau tidak diberikan perhatian? Adakah kerana beliau seorang yang 'low-profile' lalu kisah serta kerja-kerja yang dilakukan beliau tidak perlu dihebohkan atau dicanang kepada para pemuda di peringkat akar umbi?

Kerana dari apa yang saya lihat, beberapa exco Pemuda sekarang ini 'berkokok' lebih tapi kerja 'zero'. Lihat sahaja bagaimana exco-exco tertentu ketika perhimpunan Agung UMNO tempoh hari? Ada yang tidak segan silu memaparkan kain rentang mengalahkan Perdana Menteri. Dengan tujuan untuk mempopularkan diri sendiri di kalangan perwakilan. Walaupun pada hakikatnya penduduk di tempat beliau sendiri meluat dengan muka beliau. 

Ada juga beberapa exco dikalangan Pemuda setiap kali PRK dan adanya Presiden Parti, maka muka dialah yang dilihat ke hulu ke hilir dengan tujuan menampakkan yang mereka kuat bekerja untuk parti. Inilah barah yang perlu dibersihkan dalam barisan Pemuda UMNO. 

Untuk pemuda UMNO Malaysia, ciri-ciri yang ada pada Saudara Khairul Azwan inilah layak dijulang sebagai pemimpin, walaupun tidak selalu diberikan perhatian, tugas dan amanah tetap beliau laksanakan dengan jayanya di Perak.

Buat Khairul Azwan Harun, teruskan bekerja demi kepentingan rakyat. InsyaAllah rakyat Perak bersama anda. Walaupun Uruk bukan dari Perak. Hehehe. Good luck bro!


UrukHai.

Siapa Pemimpin Pembangkang, Peguam Hak Asasi Yang Mahu Membela Koperal Zal-Azri??!!


ZAL- AZRI Abdul Somad adalah anggota polis berpangkat Koperal dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Berasal dari Pulau Pinang, beliau baru berusia 31 tahun dan telah 15 tahun berkhidmat dalam pasukan.

Pagi semalam, beliau bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian berkenaan ditugaskan untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng.

Serbuan ke kawasan kilang dibuat setelah polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu.

Mereka berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun.

Bagaimanapun kira-kira pukul 8.30 pagi semalam, seorang daripada suspek cuba melarikan diri.

Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan berlakulah pergelutan, namun dalam kekalutan tersebut, suspek telah menghentak kepala mangsa dengan sebiji batu.

Suspek yang dapat melarikan diri selepas pergelutan itu, bagaimanapun berjaya ditahan di Krubong pada pukul 10.50 pagi semalam.


Takdir telah menentukan…Zal-Azri menghembuskan nafasnya yang terakhir kesan daripada kecederaan yang dialaminya, meninggalkan seorang balu dan dua anak yang masih kecil.

Dan sehingga artikel ini ditulis, belum nampak sebarang tanda-tanda ‘suara’ pembelaan, mahupun takziah keluar dari mulut wakil rakyat pembangkang terutama peguam-peguam PKR yang selama ini cukup ‘nyaring’ bila ada penjenayah yang ditembak mati.

Kenapa dan mengapa?

Adakah kedudukan anggota polis seperti Zal-Azri dalam masyarakat lebih hina bagi mereka sehingga beliau langsung tak layak mendapat pembelaan, atau setidak-tidaknya simpati daripada mereka?

Adakah hak asasi itu hanya layak untuk dinikmati mereka yang bergelar gangster, dan bukan mereka yang sanggup bergadai nyawa demi negara seperti Zal-Azri dan rakan-rakannya?

Adakah Zal-Azri perlu ‘masuk’ dalam Geng 04, Geng 08, Geng 360 (sekadar menyebut beberapa nama kumpulan samseng), baru ‘peranan’ mereka akan diiktiraf oleh peguam dan ahli-hli politik ini?

Rasanya sudah tiba masanya PDRM menyiasat kemungkinan saling kaitan penjenayah dengan golongan seperti ini.

Sudah terang lagi bersuluh, bila mana ada saja penjenayah yang ditembak mati, mereka akan keluar beramai-ramai menuntut bela.

Tak cukup di rumah, mereka akan berarak ke balai polis, bahkan sepanjang jalan hingga ke tanah kubur pun mereka akan menjerit-jerit menuntut keadilan.

Kalau rasa ia masih belum dapat memuaskan hati mereka, mereka akan menuju ke parlimen, kemukakan saman di mahkamah dan sebagainya.

Itu belum campur mengadu ke SUHAKAM dan media antarabangsa.

Dan SUHAKAM seperti yang diduga, akan turut SAMA NAIK membela kumpulan-kumpulan ini.

Sayang sekali…. di bumi yang bernama Malaysia, yang disanjung adalah mereka yang melakukan nista, tetapi yang diperlekeh adalah mereka yang bergelar wira.

Selamat jalan perwiraku, Koperal Zal-Azri Mohd. Somad.

AL-FATIHAH



UrukHai.

Sunday, 22 September 2013

Jeff Ooi Terang Terangan Menyokong Komunis !! Tidakkah Kita Sedar DAP Sebenarnya Komunis Juga ??!!


Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP sudah pun menunjukkan taat setianya dengan perjuangan Komunis yang selama ini menjadi pengganas di bumi Malaysia apabila secara terang-terangan menuatnaik gambar beliau memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.

Inilah sikap pemimpin DAP walaupun kehadiran mereka itu di katakan sebagai peribadi tetapi atas nama pemimpin dan Ahli Parlimen Jelutong adakah tindakan beliau itu boleh di terima oleh rakyat khususnya mereka-mereka yang disebut di atas tadi ?

Jelas Jeff Ooi langsung tidak mengambil endah tentang perkara yang sepatutnya menjadi keutamaannya atau paling tidak mengambil sikap menghormati mereka-mereka yang sudah pasti trauma kerana keganasan komunis satu ketika dulu.

Pada ketika kerajaan dan seluruh rakyat MALAYSIA telah menyatakan pendirian untuk tidak membenarkan waima abu Chin Peng sekalipun di bawa balik ke bumi Malaysia , pemimpin seperti Jeff Ooi secara terang memilih untuk memberikan penghormatan kepada bekas pengganas negara seperti Chin Peng.Fikirkan !! Lagi Klik MMI

Diantara kepemimpin muda UMNO yang lantang bersuara mengenai isu Chin Peng ini adalah WanBro (Ketua Pemuda Perak), menolak dan menentang habis habisan soal abu si malaun Chin Peng yang boleh dikatakan Chin Peng adalah seorang pengganas dan tidak mempunyai apa apa jasa di bumi kita yang tercinta malaysia !! baca petikan dari blog AzwanBro sendiri dibawah :-


Pergerakkan Pemuda UMNO Perak, bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Abu Mending Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia. 
Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata Chin Peng bukanlah pejuang kemerdekaan seperti yang digambarkan oleh pemimpin pembangkang sebaliknya dia adalah seorang ‘Terorist’. 
“Berhubung dengan desakan daripada pihak pembangkang terutama pemimpin DAP yang mahukan abu Ching Peng ini dibawa ke Malaysia. 
“Kami bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang tidak membenarkan abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke negara kita. 
“Kerana Ching Peng ini merupakan seorang terorist bermakna walaupun beliau sudah meninggal tetapi terorist tetap dianggap terorist dan kita tidak boleh menerima terorist itu datang ke negara kita walaupun dalam bentuk abu. 
Beliau menambah, rakyat perlu sedar akan akibat tindakan Chin Peng di dalam Parti Komunis Malaya telah menyebabkan begitu banyak nyawa terkorban. 
“Kerana yang lebih penting adalah kita mengetahui disebabkan tindakan Ching Peng dalam Parti Komunis Malaya itu telah menyebabkan ramai yang terseksa dan dia tidak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan. 
“Bagaimanapun perkara ini sering diputar belit oleh pihak pembangkang dengan mengatakan kononnya Chin Peng telah berjuang menghalau British dari negara. 
“Kita perlu ingat balik, tindakan komunis yang enggan meletakkan senjata walaupun setelah negara kita merdeka dan akibat daripada tindakan itu ramai rakyat yang diseksa oleh mereka. 
“Bagaimanapula tindakan itu boleh dianggap sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan selepas negara kita merdeka pun mereka masih mengangkat senjata,” katanya ketika mengulas mengenai tindakan pemimpin pembangkang yang mahukan abu Mendian Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.

UrukHai.

Saturday, 21 September 2013

Pembangkang Pasti 'Terlopong" Bila Terkena Pada Diri Sendiri !!


Begitulah luasnya mulut puak-puak pembangkang apabila di sumbat dengan temberang serta caci maki dari pemimpin mereka tatkala berdiri di mana-mana podium untuk berhujah.Dah jadi perkara biasa ada saja ceramah maka sudah pasti kata-kata kesat akan di sulam masuk ke halwa telinga para pencacai pembangkang dan tersengih serta terloponglah mana-mana rongga yang ada seronok bukan kepalang.

Namun semua itu akan hanya berlaku apabila mereka berdepan dengan perkara-perkara yang menjadi makanan mereka umpamanya sewaktu berhimpun beramai-ramai kononnya atas dasar keadilan , duduk beramai-ramai melayan celoteh pemimpin boneka taraf Three Stooges macam Mat Sabu dan macam-macam cara lagi selain dari menjadi pak pacak kepada si putar belit Anwar.

Jangan lupa ada juga yang terjerit-jerit demi kelangsungan dendam hitam yang terkesumat dalam sanubari Nik Ajis sejak dulu kerana bencikan UMNO.

Dan ada kalanya puak-puak pencacai ni terlopong bila mana Dayangku Intan melontarkan suaranya tanpa alunan muzik ish ish macam-macam puak ni boleh buatkan ?

Tapi dalam banyak-banyak tu ada ketikanya puak-puak ni langsung tak berani bersuara apatah lagi nak bergelak sakan.Habis semua TERDIAM mulut kena kunci dan mereka-mereka itu bukan pencacai biasa tapi ketua-ketua pencacai semuanya.

Tak percaya ampa tengok video kat bawah ni ..


Sunyi sepi jakan ? Hahahaha kena balun kaw-kaw punya dengan Zul Kulim , mana pi habis puak-puak yang pandai bercakap sangat tu ??

Suka nak bagitau dan nak ambil contoh pemuda UMNO ja , lagi berani dari puak-puak pencacai ni .Tengok KJ sudahlah sampaikan budak gebu si Rafizi tu pun hilang punca Klik Sini.

Fathul Bari dalam keadaan bersahaja tanpa emosi mampu melontarkan pandangan dengan baik bukan macam Nasrudin si ketua pemuda PAS tu siap kena sailang dengan Karpal lagi klik Sini.

Ada sorang lagi yang steady bila bab nak berdepan dengan puak pembangkang ni dan melihat cara dan pendekatan beliau bukan sahaja sudah menempelak puak-puak pembangkang tetapi membuktikan Pemuda UMNO mempunyai pemimpin yang jauh lebih profesional jika nak di bandingkan dengan puak-puak gebu dalam Pakatan Haprak.


"Tak payah ganggu MB dan exco-exco mereka nak melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat , Debat dengan saya saja" !!! 

Macam nilah yang kita nak, bukan melopong bila senang, tutup kunci langsung tak bersuara bila masa susah !!

Untuk rekod Khairul Azwan Harun atau Azwanbro merupakan Ketua Pemuda Negeri Perak dan merupakan calon untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi pemilihan 2013 kali ini.

Azwanbro harus di ketengahkan dan beliau sejak Perak jatuh ke tangan pembangkang sampai ke hari ini beliau tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk memartabatkan Agama , Bangsa & Negara apatah lagi meninggalkan parti keramat UMNO.


Sumber MMI


UrukHai.

Thursday, 19 September 2013

SERAM MALAM JUMAAT : 'Rakaman Sebelum Arwah Meninggal Dunia' ?!!


Sedang Uruk berjalan jalan di You Tube Uruk tetiba merasakan yang Uruk lama sudah meninggalkan cerita cerita seram yang selalu Uruk buat dulu, jadi malam ini Uruk ingat nak create entry pasal video seramlah.

kisahnya sahabat You Tube itu bermula begini : 
Segalanya bermula selepas 2 minggu arwah abang saya meninggalkan kami sekeluarga.Sejujurnya,saya dan keluarga amat berasa sedih di atas pemergiannya.Arwah ketika hidup ialah seorang yang amat rajin,baik hati dan menghormati orang yg lebih tua darinya.Arwah juga gemar merakam video dengan videocam pembelian ayah ketika hari jadinya yang ke-18. 
2 minggu telah berlalu sejak pemergiannya,pada suatu malam,hati saya tergerak untuk
membuka dan melihat-lihat komputer riba kepunyaan arwah abang saya.Ketika saya menonton semula segala video-video rakaman arwah,saya terjumpa beberapa video yang saya anggap aneh dan mencurigakan.
 
INI ADALAH RENTETAN RAKAMAN YANG ANEH DIRAKAM OLEH ARWAH ABANG SAYA KETIKA DIA MASIH HIDUP DAHULU.

Video #1


Video #2


Video #3



Agak pelik dan misteri bukan ? uruk bukannya mahu menakut nakutkan pembaca tapi apabila kita lihat sendiri rakaman arwah itu, sebenarnya ada cerita yang disembunyikan sewaktu arwah masih hidup.

Apa apa pun kita ini hanyalah manusia biasa dan ingatlah ajal maut kita hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

UrukHai.

Jelas Pembohongan DAPigs Demi Kuasa Dinasti Lim !!


Nampaknya pendedahan pertama telahpun dibuat oleh ahli DAP dari johor ni, Klik Sini. jadi apa yang memuaskan buat masa ini adalah, kita tahu bagaimana sistem pengundian oleh DAP yang sememangnya memanipulasi undi demi kemenangan Dynasty DAPigs ni. jom kita baca pendedahan beliau.
Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng. 
Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa. 
Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.
Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan. 
i)              Cawangan sijil A
ii)             Cawangan sijil B
Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung. 
Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC. 
Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi. 
Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi
B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.  Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya. 
Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa. 
Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC. 
Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai  anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP. 
Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP. 
Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP. 
Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang. 
Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP. 
Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ? 
Berjumpa dalam episod yang akan datang.

UrukHai.

"This Balls Belong To Lim Dynasty" ??!!


Biasalah mungkin semua orang dah tahu yang DAP ini sememangnya menipu dalam apa jua gerak kerja yang dilakukan oleh DAP dan rakan sekutunya PR itu sendiri, kalau tidak mana akan pokok bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya ya tak?

Uruk mendapat maklumat semalam  mengatakan seorang ahli DAP dari johor yang berbangsa cina telah berani mati kehadapan untuk mendedahkan segala-gala melalui penulisannya di dalam sebuah blog  klik : http://thedapinsider.blogspot.com/. Beliau bertekad untuk menceritakan segala-galanya mengenai kejahatan keluarga Dinasti Lim yang kini bagai terumbang-ambing untuk mempertahankan legasi mereka agar terus berkuasa dalam DAP.


Ahli DAP ini juga menceritakan bahawa beliau sering diganggu oleh taiko-taiko upahan belaan dinasti Lim sehingga terpaksa membawa diri lari ke Indonesia. Ikuti kisahnya dibawah ini:
Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.
Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.
Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. 
Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

UrukHai.

Wednesday, 18 September 2013

Kali Ini Tentera Filipina Pula Gempur Puak MNLF Dari Udara !!


Tentera Filipina melancarkan kempen serangan udara menggunakan helikopter penyerang terhadap pemisah Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang masih bertahan selepas lapan hari di bandar selatan ini. Dua helikopter tentera melancarkan roket ke arah pemisah MNLF di beberapa kawasan dekat pantai di sini, kata wartawan agensi berita.

“Serangan udara ini dibantu tentera darat bertujuan mengenakan tekanan ke atas musuh,” kata jurucakap tentera, Lt-Kol Ramon Zagala. Penggunaan helikopter itu adalah serangan udara pertama sejak tentera Filipina melancarkan serangan mulai Jumaat lalu bagi menamatkan tentangan pemisah yang menggunakan tawanan sebagai perisai manusia. Ditanya mengenai potensi orang awam terperangkap kerana kempen udara itu, Zagala menekankan ia adalah ‘serangan tepat’.

Awalnya, Zagala berkata, hampir 100 pemisah MNLF masih menentang askar kerajaan di dua perkampungan nelayan berkenaan, seminggu selepas mereka masuk ke Zamboanga bagi menuntut kemerdekaan. Zagala berkata, pemisah terbabit tidak akan mampu menentang tentera kerajaan lebih lama lagi.

“Mereka masih ada peluru dan menembak kami,” katanya sambil menegaskan pihaknya semakin hampir menang selepas menawan semula beberapa kedudukan musuh. “Kami tahu keadaan ini semakin hampir ke penghujung dan mereka cuba lari. Ada di kalangan mereka cuba menyamar orang awam, jadi adalah penting ketua kampung membantu kami menunjukkan siapa bukan orang sini,” katanya lagi.

Pemisah MNLF bersenjata berat masuk ke kawasan pusat bandar itu pada Isnin minggu lalu bagi mensabotaj rundingan antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bertujuan menamatkan konflik beberapa dekad lalu. Selepas wakilnya melawat Filipina, agensi hak asasi manusia New York, Human Rights Watch menyuarakan kebimbangan atas nasib orang awam yang terperangkap dalam konflik.

Kira-kira 300 orang awam di sebuah kampung berlindung dalam sebuah bangunan kilang ais selepas lari dari rumah dan ada yang enggan berpindah bagi menjaga harta benda, kata agensi itu. Hampir 70,000 sudah lari dari medan perang. Zamboanga terletak 850 kilometer di selatan Manila.

MNLF melancarkan kempen gerila untuk mencapai kemerdekaan sebelum menandatangani perjanjian damai pada 1996 yang member autonomi terhad. Pengasas MNLF, Nur Misuari menghantar anggotanya ke Zamboanga selepas menuduh kerajaan mengetepikan kumpulannya selepas mula berunding dengan MILF yang meminta kawasan autonomi diperluaskan. - AFP


UrukHai.

Thursday, 12 September 2013

Wanbro Diantara Calon NKPUM Yang Professional !! #OneBro4NKP @azwanbro


Khairul Azwan Dato Harun, juga dikenali dengan panggilan azwanbro, individu yang tidak asing bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak selain menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak sejak 2008.

Dilantik sebagai Pengerusi Akademi Pemuda UMNO Malaysia yang bertanggungjawab mencadangkan strategi berlandaskan politik bagi Pemuda UMNO Malaysia.

Bersama 15 orang sukarelawan yang terdiri daripada golongan pendidik, penyelidik, belia serta profesional muda, beliau menjalankan aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO sejajar dengan matlamat mendidik dan memperkasakan ahli UMNO akar umbi.

Khairul Azwan b. Dato Harun dilahirkan pada 19 Oktober 1976. Menuntut di Cardiff University of Wales dalam jurusan Perakaunan dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda. Seterusnya mendapat Ijazah Sarjana (Master's Degree) Strategic Management di Open University of Malaysia.

Memulakan kerjaya pertama pada tahun 1999 di Ernst & Young, akauntan berkanun di Kuala Lumpur. Menjawat jawatan kanan di Jabatan Bussiness Insurance and Corporate Recovery. Beliau terlibat didalam tugasan khidmat nasihat korporat melibatkan beberapa syarikat senaraian awam dan GLC.

Pada tahun 2004, Azwan menjadi Pegawai Khas kepada Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir yang ketika itu merupakan EXCO Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak. Ketika ini Azwan adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Setelah YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak, Azwan sekali lagi diberi kepercayaan oleh Dr Zambry untuk membantu beliau dengan melantik Azwan sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada MB Perak.

Pada tahun 2010, Azwan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR), sebuah yayasan kebajikan negeri yang diasaskan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Zambry Abd Kadir, Menteri Besar Perak.



Kredit KM


UrukHai.