Saturday, 28 September 2013

Rokok Naik Isnin Ini !!


Harga setiap kotak rokok akan mengalami peningkatan yang agak ketara bermula Isnin ini.

Pengumuman mengenai perkara itu dibuat pihak Commercial Marketers and Distributors Sdn. Bhd. melalui iklan yang diletakan di dalam beberapa akhbar utama hari ini.

Melalui peningkatan tersebut, harga baru sebungkus rokok pek 20 jenama utama adalah antara RM10.50 hingga RM12.00.


Jenama rokok yang terlibat dengan harga baru berkenaan adalah Dunhill, Benson & Hedges, Kent, Lucky Strike, Rothmans, Peter Stuyvesant dan Pall Mall.

Hampir saban tahun, harga rokok dinaikkan namun ia nampaknya tidak juga memberi kesan pada perokok.

Bila ditengok balik, ternyata ia lebih mahal daripada purata harga sepinggan nasi di kedai. Itu pun makan nasi dapat juga kenyang, kalau hisap rokok.. silap-silap dapat penyakit adalah!

Nampak gaya, makin kedekutlah para perokok lepas ini. Sesiapa yang selalu suka minta rokok sebatang mungkin awal-awal lagi akan dipangkah kawan-kawan.

Bagaimanapun bagi perokok tegar dan tidak memilih jenama, mungkin tidak terasa apa-apa dengan kenaikan ini memandangkan mereka boleh meneruskan tabiat menghisap rokok bebas cukai yang mempunyai bermacam-macam nama dan dijual pada harga semurah RM3 sahaja. 



UrukHai.

No comments:

Post a Comment