Monday, 18 March 2013

Lahad Datu : Kapal Perang Indonesia Di Sempadan Negara ??!! #LahadDatu


Baru-baru ini mungkin ada yang pernah terdengar dan terbaca tentang satu artikel yang memungkinkan Kiram III memohon pertolongan dari negara jiran kita Indonesia Klik Sini, mengenai bantuan ketenteraan Indonesia supaya bersama-sama Kiram III untuk menyerang Sabah. adakah Indonesia sedang bersama-sama Kiram III untuk menyerang kita ??

Apa yang mengejutkan, pagi semalam adalah dengan kehadiran kapal perang Indonesia yang lengkap bersenjata menuju kearah sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina. 

Berita yang menggemparkan ; Sepasukan keselamatan Negara yang sedang mengawal perairan Tawau - Kedudukan kapal perang Indonesia berada didalam keadaan yang mencemaskan apabila pasukan keselamatan negara terlihat beberapa buah kapal perang yang lengkap bersenjatakan perang menuju kearah mereka pagi tadi .

Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina.


Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa. 

Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil.

Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat. Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat.

P/s : Indonesia pun meluat kat puak Rejim Kiram III ni...


UrukHai.

1 comment:

  1. ada dua biang masalah di malaysia, dua-duanya dedengkot segala masalah di malaysia..indonesia dan Anwar ibrahim.... pakailah kacamata kuda itu untuk melihat semua perspektif. maka kamu jd malaysia sejati... hidup indonesia!!! hidup anwar!!!

    ReplyDelete