Gambar Hiasan
Polis semalam mengesahkan cakera padat yang didakwa mengandungi skandal adegan seks Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan bersama seorang wanita oleh pihak pembangkang tidak mempunyai sebarang rakaman visual, sebaliknya hanya berbentuk audio.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, cakera padat yang dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur itu juga perlu dirujuk ke beberapa negara lain yang mempunyai kepakaran digital bagi meneliti kesahihannya.
“Cuma ada suara, yang lain tiada. Itu yang saya diberitahu. Saya tidak mengatakan ia merupakan cakera kosong.
“Kes-kes melibatkan siber ini bukan senang kerana siasatan akan mengambil sedikit masa, mungkin dalam tiga ke empat bulan," katanya.
Artikel Penuh : http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130118/je_04/Cakera-video-seks-Ganesan-hanya-rakaman-audio#ixzz2ILajIcKr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sumber Laksamana Jebat.
UrukHai.
No comments:
Post a Comment