Saturday, 10 August 2013

Tidak Puas Hati Kerana Bekalan Air Untuk Mandi, Mangsa Mati Dibunuh !!


Baru-baru ini kita sering mendengar akan perkhabaran kes dimana berlakunya kejadian tembak menembak dan kes bunuh yang melibatkan kongsi gelap dan bermacam-macam lagi kes jenayah yang dilaporkan oleh media.

Tumpuan kita hanya pada pihak Polis yang menjalankan tugas bagi menangini kes sebegini, jadi tak perlu kita risau akan kewibawaan pihak Polis dalam menjalankan tugas bagi memastikan keadaan sekeliling aman dan tenteram.

Di Kuala Lumpur semalam, lebih kurang jam 10.30 malam  di rumah kongsi, kawasan tapak pembinaan perumahan Seksyen 2 Bandar Mahkota Cheras.

Menurut sumber, ianya berpunca dari keluarga mangsa (mungkin isteri mangsa) meminta agar paip air dari rumah suspek di tutup sementara supaya beliau dapat alihkan aliran air ke takungan rumah kongsinya untuk mandi namun suspek, yang di katakan dari Madura enggan membenarkannya. Maka terjadi pertengkaran.

Suspek, warga Madura yang di kenali dengan nama Gemuk tidak berpuashati dengan pertengkaran tersebut lalu mengajak beberapa rakannya yang lain untuk menyerang mangsa, warga Vietnam d rumah kongsi mangsa yang tidak jauh dari rumah suspek.

Mangsa cedera parah dengan tikaman di dagu menembusi mulut dan mati di tempat kejadian selain dari beberapa kesan tetakan d badannya.

Rakan mangsa turut cedera terkena senjata dalam usaha beliau untuk membantu si mati. 

Menurut sumber lagi, suspek dan rakannya melarikan diri dan kini di buru pihak Polis.



UrukHai.

No comments:

Post a Comment