Saturday, 31 August 2013

Anwar Ibrahim Tiba-Tiba Gelabah Kerana Ops Cantas Kenapa ??!!


Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat melancarkan perang besar-besaran bagi membasmi gangsterism di negara ini, tiba-tiba timbul pula cerita Anwar Ibrahim mahu berunding dengan Kerajaan BN bagi mencari penyelesaian masalah negara.  

Dakwa Anwar Ibrahim, “Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,”

Cubaan Anwar Ibrahim mendakwa dirinya menyelamatkan negara daripada masalah isu kaum dan ketegangan agama? Atau sebaliknya? atau ada pemimpin PR yang sudah tidak tahan dengan operasi Ops Cantas PDRM yang menenggelam punca pendapatan dan dana tertentu?


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kesediaannya mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencari titik penyelesaian berkaitan masalah negara.

Menerusi ucapan perutusan bersempena sambutan kemerdekaan ke 56, Anwar turut meminta satu pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya ketika menyampaikan perutusan itu di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan, perbincangan dijangka akan melibatkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.

Katanya, PR juga menerima keputusan Pilihan Raya Umum e 13 (PRU13) yang berakhir 5 Mei lalu di sampung akan melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

 “Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.

“Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik.

“Bagi mencapai hasrat itu, maka penting kerajaan BN mengurangkan defisit fiskal serta menangani rasuah serta telus dalam pemberian tender,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah menggesa PR menerima keputusan PRU13 sebelum mengadakan sebarang perbincangan bersama BN. (PerakNews)



UrukHai.

No comments:

Post a Comment