Friday, 19 April 2013

Tok Min Tetap Setia Pada BN !!



Dato Jasmin Mohamed bekas ADUN Sungai Dua Tasek Gelugor yang baru-baru ini turut terlibat dalam isu panas rentetan kenyataan Dato Seri Sharif Omar bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor yang tetap mahu bertanding dan mengugut BN supaya mencalonkan beliau kini mengeluarkan kenyataan di akaun facebook miliknya menjelaskan keadaan sebenar.


Kenyataan Dato Jasmin dilihat dapat menjernihkan keadaan seterusnya membuktikan pemimpin tempatan yang disayangi rakyat Tasek Gelugor itu tetap setia bersama Barisan Nasional walaupun tidak di calonkan semula.

Secara peribadi mengucapkan syabas kepada Dato Jasmin kerana pendirian beliau cukup bermakna disaat Barisan Nasional bakal berdepan dengan PRU13 yang semua pihak tahu PRU paling sengit dalam sejarah pilihanraya negara.

Malah segala jasa beliau selama ini menabur bakti di Tasek Gelugor khususnya di DUN Sungai Dua akan terus di kenang malah akan sentiasa terpahat di hati rakyat.

Lanjut mengenai ini Klik MMI


UrukHai.

2 comments:

  1. Tak padan nak paut dengan kuasa selama-lamanya.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan. Apple Biru telah berpindah url di apple-bru.blogspot.com. Mohon pautan semula.tq

    ReplyDelete