Tuesday, 9 April 2013

Bukti Pas Songlap Tabung Mangsa Lahad Datu Pula ??!! #TolakPR #PeaceSabah #GE13 #PRU13


Sejak bermulanya pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah 12 Februari lalu, Pas dan pakatan pembangkang terus-terusan mempolitikkannya malah parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam menutup sebelah mata apabila pimpinan parti sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuduh ia sebagai sandiwara UMNO.

Sehingga saat berita ini ditulis, tiada mana-mana pimpinan Pas yang menyatakan secara terbuka tidak bersetuju, membantah atau menolak kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua bahawa kononnya ia adalah sandiwara semata-mata. Sedangkan, tuduhan itu telah pun mengguris perasaan rakyat Malaysia terutama keluarga pasukan keselamatan negara yang bertugas memerangi pengganas di Lahad Datu.

Selain itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu ceramah di Ulu Tiram, Johor malam semalam masih mempolitikkan insiden pencerobohan itu.

Beliau mendakwa ia berpunca daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak memajukan Lahad Datu sebaliknya ia masih dibelenggu kemiskinan. Sedangkan, jelas umum mengetahui bahawa kumpulan pengganas Sulu itu datang menceroboh kerana ingin menuntut lebih pampasan daripada Sabah.

Banyak lagi hujah Pas dan pakatan pembangkang untuk menghalalkan perbuatan mengaut keuntungan daripada politik kotor mereka dengan menabur tuduhan dan dakwaan songsang berhubung insiden pencerobohan itu.

Namun, yang peliknya, ketika Pas menerusi pemimpin-pemimpinnya masih memaki-hamun kerajaan dan pasukan keselamatan berkaitan insiden itu di pentas-pentas ceramah mereka, parti itu tampak semakin bercelaru pendirian apabila kini melancarkan tabung bagi membantu perwira di Lahad Datu.

Ia dikendalikan oleh Dewan Pemuda Pas pusat dan dinamakan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu. Lebih mengelirukan apabila akaun Maybank untuk menyalurkan sumbangan tidak sama dengan nama tabung itu sebaliknya atas nama Tabung Rakyat Prihatin.

Promosi mengenai tabung itu dilakukan oleh Pas menerusi lidah rasmi online parti itu, Harakah Daily dan ia boleh dilihat menerusi URL http://bm.harakahdaily.net/index.php/home.

Tiada salahnya Pas melancarkan tabung itu jika dari awal parti tersebut dan para pemimpinnya bersikap positif dan lebih patriotik serta berpolitik matang, iaitu sama-sama menyokong dan memberi semangat kepada pasukan keselamatan yang dikerah memerangi kumpulan pengganas itu, lebih-lebih lagi ia melibatkan maruah negara.

Pelancaran tabung tersebut sudah pastilah tujuannya untuk disalurkan bagi membantu keluarga perwira atau anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu.

Tetapi tindakan melancarkan tabung itu dilihat seolah-olah langkah terpaksa dan terdesak parti itu untuk menarik kembali sokongan dan perhatian orang ramai setelah menyedari majoriti rakyat Malaysia kini sedang berang dan kesal dengan tindakan pembangkang yang terus-terusan mempolitikkan insiden pencerobohan berkenaan.

Pas mungkin baru terbuka mata dan menyedari bahawa patriotisme rakyat secara umumnya di seluruh negara kini pada tahap memuncak ekoran insiden pencerobohan oleh kumpulan pengganas Sulu itu.

Ini kerana di mana-mana saja dari kedai-kedai kopi, di pejabat-pejabat sehinggalah ke lounge hotel-hotel terkemuka, kebanyakan rakyat bercerita mengenai pencerobohan itu dan masing-masing sentiasa ingin tahu perkembangannya dan nasib setiap pegawai serta anggota pasukan keselamatan yang terlibat.

Pelancaran tabung tersebut hari itu sebenarnya tidak lebih sekadar gimik politik Pas untuk menunjukkan parti itu juga prihatin dengan apa yang berlaku walaupun lain ceritanya di pentas-pentas ceramah mereka.

Apa pun tujuan yang tersurat atau tersirat, Pas perlulah memastikan wang yang dikutip itu benar-benar sampai ke tangan keluarga perwira atau perajurit terbabit. Ini penting untuk parti itu membuktikan bahawa ia benar-benar ingin membantu, bukan sekadar tempelen politik.


UrukHai.

1 comment:

  1. Duit masuk kat akaun PARTI ISLAM SE MELAYA . Teruk punya perangai menangguk di air keruh. Kutip derma untuk diri sendiri menggunakan kesusahan orang lain. Makan duit haram banyak sangat pasal tu hati terlalu hitam pekat.

    ReplyDelete