Sunday, 21 April 2013

Anuwar Hampir Rebah Di 'Tolak' Penyokong Sendiri Di Permatang Pauh ??!! #PG13 #TolakPR #GE13 #PRU13


Menyedari yang pemimpin tertinggi tidak akan melayan sebarang ‘cabaran debat’ yang membuang masa, maka, ia dijadikan modal politik yang digemari PR apabila ketandusan isu atau ingin mengalih perhatian.   Setiap kali terkantoi, maka akan adalah cabaran debat yang dibuat oleh pembangkang terhadap Perdana Menteri oleh Anwar Ibrahim.

Terbaru Anwar mencabar lagi, kali ini melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 11 April lalu yang mempelawa Anwar dan Najib untuk membentangkan manifesto masing-masing dalam program debat yang berlangsung 8.45 malam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor.

Anwar menyatakan persetujuannya untuk hadir tetapi Dato’ Seri Najib telah mengabaikan sahaja jemputan itu, seperti sewajarnya dan seperti yang dijangka.

Kita tahu bahawa BERSIH adalah rangkaian Anwar sendiri dan tentunya jemputan dibuat atas dasar berat sebelah.  Namun, itu bukan soal utama untuk Dato’ Seri Najib mengabaikan cabaran tersebut.

Apa yang lebih penting ialah debat tersebut tidak akan membawa apa-apa signifikan apabila kedua-dua manifesto boleh dibentangkan dan dicapai oleh segenap rakyat Malaysia melalui media.  Rakyat boleh menilai malah mengkaji dan menganalisis sendiri setiap butiran tanpa perlu menonton Anwar berdrama di atas pentas menonjolkan kepetahannya bercakap sedangkan kita cukup tahu yang beliaulah yang hampir membangkrapkan negara pada tahun 1997/98 dahulu.

Justeru, sikap pembangkang memperlekehkan Dato’ Seri Najib kerana tidak menyahut cabaran itu adalah tidak lebih dari tukang sorak yang mempunyai masa ‘lebih’ untuk dibuang begitu saja.

Walaupun Anwar begitu angkuh mencabar Dato’ Najib, kita merasa pelik kerana beliau tidak berani menyahut cabaran orang yang lebih ‘kecil’, iaitu Dr. Mazlan yang merupakan ‘lawannya’ di Permatang Pauh dalam PRU-13 ini.  Kita boleh merujuk perkembangan perkara ini di dalam twitter Dr. MAZA.

Dr Mazlan Ismail adalah Pegawai Memerintah, Semboyan Pakar Diraja Telekom(AW) dengan Pangkat Leftenan Kolonel.  Semboyan Pakar Diraja Telekom dianggotai oleh 1000 anggota Telekom Malaysia yang bertanggungjawab terhadap Rangkaian Telekomunikasi Negara sewaktu kecemasan.

Dr. Mazlan merupakan antara anak kebanggaan Permatang Pauh kerana pencapaian cemerlangnya.   Beliau memiliki ijazah dalam bidang Elektronik komunikasi dari Universiti Salford, UK.  Juga mempunyai Masters dalam Operational Telecom dari Universiti Coventry, UK serta PHD Kejuruteraan dari UTM atas biasiswa TM yang mana membuktikan yang beliau sememangnya seorang yang bijak.  Berkhidmat dengan TM sejak 1983 dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus Besar.

Berdasarkan latarbelakang Dr. Mazlan yang cukup memberangsangkan, maka tidak hairanlah Anwar Ibrahim menolak untuk berdebat dengan beliau. Alasan Anwar menolak cabaran ini adalah kerana menganggap isu-isu Permatang Pauh adalah tidak signifikan.  Sekali gus, menunjukkan betapa Anwar memandang rendah akan masalah rakyat di kawasannya sendiri.

Nampaknya, bagi Anwar, rakyat Permatang Pauh hanya perlu mengundinya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jangan sekali-kali mengharapkan beliau menjadi ‘wakil’ kepada mereka.

Mungkin, Anwar melihat tugas wakil rakyat terlalu rendah bagi dirinya yang duduk sebaris dengan Mandela, Ghandi atau Suu Kyii.

Anwar tidak sedar bahawa jika kawasan sendiri juga tidak mampu dijaga, bagaimana kita boleh mengharapkan beliau menjaga seluruh negara?

Kita tahu, bahawa Anwar sebenarnya pengecut dan beliau hanya berani mencabar Dato’ Seri Najib  kerana seorang Perdana Menteri pasti tiada masa untuk melayan karenahnya.

Sedangkan, buat masa ini, lawan Anwar adalah Dr. Mazlan, bukan Dato’ Seri Najib kerana Anwar perlu terlebih dahulu melepasi ‘halangan’ Permatang Pauh dan menjuarai isu kawasan tersebut, sebelum bercakap tentang isu negara.

Ini kerana, jangankan isu negara, isu-isu negeri Pakatan Rakyat juga Anwar jelas tidak punya kawalan langsung.  Malah, untuk membahagikan kerusi juga Anwar tidak ada kuasa yang jelas.  Di sana-sini ada saja ‘pemberontakan’ dalaman yang menentang pilihannya.  Justeru, apakah layak Anwar mencabar seorang Perdana Menteri untuk berdebat tentang Manifesto Pilihanraya?

Kita tahu bahawa Anwar Ibrahim memang petah bercakap, dan Dato’ Seri Najib pula bukan jenis yang bercakap banyak.   Sepatutnya, perbezaan karektor ini sahaja sudah cukup untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan.

Bukan kita tidak tahu bahawa orang yang terlalu petah bercakap akan sering tersilap cakap kerana tidak sempat berfikir.  Orang yang terlalu petah bercakap juga sering dikaitkan dengan sikap tidak boleh dipercayai.  Apatah lagi yang suka bercakap besar, tidak pernah mengaku salah dan tidak mungkin meminta maaf, iaitu sifat-sifat negatif yang wajib ditentang.

Yang kurang bercakap pula seringkali merupakan seorang yang bijak kerana lebih banyak mendengar dan berfikir.   Sifat ini menjadikan mereka seorang yang rendah diri dan oleh kerana itu, lebih dipercayai.

Justeru, tindakan PR memperlekeh Dato’ Seri Najib kerana enggan melayan cabaran debat Anwar adalah tindakan bijak.  Melayan orang yang hanya tahu bercakap tetapi telah terbukti gagal dan penuh skandal seperti Anwar, pastinya hanya membuang masa.



Kredit MKP

UrukHai.

No comments:

Post a Comment