Tuesday, 19 February 2013

[VIDEO] Apabila Kak Mah Berpidato, Nurul Ijah Terkucil Dalam Kain ??!!


Bahasa Melayu mampu dieksport dan diperkembangkan melalui saluran formal di institusi pengajian tinggi utama di luar negara.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pengantarabangsaan bahasa melalui Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) dilihat mendapat sambutan luar dugaan dikalangan pelajar di kebanyakkan universiti terkemuka.

Katanya, pertandingan itu merupakan satu acara tahunan terulung yang bermatlamatkan untuk memartabatkan citra negara bangsa selain kedaulatan Bahasa Melayu di persada dunia.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mencetuskan idea mengenai pertandingan ini mahu melihat satu usaha berterusan di jalankan bagi mengumpulkan para pelajar yang mendalami ilmu Bahasa Melayu.

“Para pelajar yang menyertai pertandingan ini seterusnya akan beradu kekuatan minda, bertanding untuk memilih seorang peserta yang terhebat sebelum dinobatkan sebagai pemidato terbaik dalam Bahasa Melayu di dunia,” katanya.






UrukHai.

No comments:

Post a Comment