Monday, 4 February 2013

Uruk Dah 'Fed-up', Ini Semua Salah UMNO ??!!

Uruk Hai

Yang cakap semuanya kawan-kawan Haji Hadi dan Nik Aziz. Tapi....Yang salahnya UMNO. Apa kaitannya?

Ayat standard pemimpin pembangkang dan para macainya....INI SEMUA SALAH UMNO.

Akibat terlalu lama bersahabat dengan 'syaitan', akhirnya Hadi Awang memilih jalan untuk menjadi manusia paling 'munafik' di penghujung karier politiknya.

Setelah tersepit sekian lama dan tiada jalan keluar dalam polimek isu kalimah Allah ini, Hadi Awang menggunakan pendekatan yang sering digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk lari dari masalah yang membelenggu dengan menyalahkan pihak lain. Pihak itu tentunya ialah UMNO.

Menyalahkan UMNO dalam apa jua isu atau pergolakkan yang melanda parti komponen dalam Pakatan Pembangkang seperti sudah menjadi perkara lazim bagi mereka. Para pemimpin Pembangkang ini tidak pernah sekali pun mengakui kesilapan yang telah dilakukan apabila timbul kekeliruan di kalangan masyarakat.

Seperti yang kita sedia maklum, cadangan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibangkitkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan sempena sambutan Hari Natal lalu.

Sepatutnya, Hadi Awang perlu mendesak Lim Guan Eng memberi penjelsan dan menarik semula kenyataan yang pernah dibuatnya sebelum ini dalam isu pengunaan kalimah Allah oleh pihak gereja dalam buku bible terbitan bahasa Melayu.


Sebagai seorang tokoh politik yang berimejkan serban dan jubah, tindakkan menuding jari kepada pihak lain apabila masalah menimpa diri bukanlah satu sikap yang terpuji. Adalah lebih mulia dan bermaruah jika Hadi Awang mengakui kesilapanya dan memohon maaf kepada rakyat dan umat islam di atas segala kekeliruan ini.

Masih belum terlambat untuk Hadi Awang memperbetulkan keadaan. Isu kalimah Allah ini hanya akan selesai jika Hadi Awang selaku Presiden PAS mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menyatakan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah dengan menjadikan keputusan Majlis Syura Ulama yang telah dibuat sebelum ini sebagai panduan.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment