Wednesday, 27 February 2013

Pakatan Mula Goyah, BN Akan Menang Pilihanraya Di Penang PRU13 Kali Ini !!


Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan kekal berpegang pada formula agihan kerusi pada 2008 di mana DAP bertanding 19 kerusi negeri, PKR (16) dan PAS (5) untuk berdepan Umno yang bakal bertanding 15 Umno, Gerakan (13), MCA (10) dan MIC dua kerusi.


Ia bagi mengelak sebarang kemungkinan konflik dalam gabungan tersebut, sebagaimana yang berlaku dalam Pakatan di Johor baru-baru ini di mana pemimpin DAP dan PKR bertelagah secara terbuka kerana berebut kerusi yang bertindih.

"Kami akan kekalkan status quo di Pulau Pinang," kata . Pengarah Pilihan raya DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kanan), sambil menambah bahawa keputusan itu adalah muktamad dan menolak sebarang kemungkinan berlaku konflik berkaitan dengannya.

Bagaimanapun, DAP tidak mengambil mudah pilihan raya umum kali ini, dengan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berterusan mengingatkan semua pihak supaya bersiap sedia untuk berdepan dengan serangan lawan.

Kebimbangan Lim adalah munasabah, terutama dengan laporan penilaian dalaman BN yang menunjukkan ia sudah 90 peratus bersiap sedia untuk merebut kerusi yang majoriti pengundi Melayu.

Terdapat 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, di mana 29 dimenangi Pakatan. Sekiranya DAP dapat mengekalkan semua 19 kerusi yang dimenanginya sebelum ini, maka Pakatan memerlukan PKR dan PAS menyumbang dua lagi kerusi untuk kekal berkuasa di negeri itu. 

Persoalan yang lebih besar ialah sama ada Pakatan akan dapat mengekalkan majoriti dua pertiga, iaitu sekurang-kurangnya 27 kerusi.

Difahamkan, kajiselidik dalaman Pakatan juga menunjukkan bahawa ia mungkin mampu meraih hanya 25-30 peratus undi Melayu yang diharapkannya, meletakkan ia pada risiko kehilangan kerusi majoriti Melayu dan kerusi pengundi bercampur, yang kebanyakannya dipegang oleh PKR dan PAS.

"Ini adalah kerana (BN) sedang memainkan isu perkauman di Pulau Pinang," kata Lim. merujuk kepada dakwaan Umno bahawa kerajaan negeri dan DAP telah meminggirkan orang Melayu dan kedudukan Islam terancam oleh kewujudan mereka.

BN melihat peluangnya untuk menawan semula Pulau Pinang melalui kawasan majoriti Melayu yag dikuasainya sejak Merdeka.

Bagi Pakatan, menurut spekulasi, PKR merancang untuk menggugurkan atau memindahkan semua penyandang bukan Melayu di Pulau Pinang - sesuatu yang dilihat sebagai merugikan gabungan itu.

Kerusi terbabit ialah Tambun (dipegang oleh timbalan ketua PKR negeri dan exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang), Bukit Tengah (Liew Chee Wen), Kebun Bunga (Jason Ong Khan Lee), Pantai Jerejak (Sim Tze Tzin), Batu Uban (S Raveentharan) dan Machang Bubuk (Tan Hock Leong).

Law mungkin dipindahkan ke Bukit Tengah untuk menangani "cabaran terbesar" dari BN, yang dilaporkan merancang untuk membariskan pengerusinya, Teng Chang Yeow (kiri) di situ, manakala ia Sim, seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, akan bertanding kerusi Parlimen Bayan Baru.

Dengan kerusi Pantai Jerejak ditawarkan kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon, maka "kuota" bagi kerusi DUN bukan Melayu untuk PKR Pulau Pinang akan 
berkurang dari lima kepada empat.


Sumber MPP Online


UrukHai.

2 comments:

  1. PKR terutama pengurusannya perlu berhati dengan mainan politik DAP yang mahu menguasai Kerajaan PP selepas PRU 13 ini dengan menaja calon2 bebas berbangsa cina .Anwar selepas ni jangan melopong sudahlah.

    ReplyDelete
  2. Ha...ha..ha...Jangan la dok mimpi di siang hari BN oi. Mana mungkin dapat menawan PP kembali jika asyik dok bergaduh sesama sendiri. Teng pengerusi BN negeri tu bukan anak jati PP. Dia orang Johor sama macam Guan Eng. Apa dah takda ke anak jati PP yang boleh memimpin PP. DR Teng Hock Nam takan nak buka peluang untuk Teng jadi KM. UMNO pula masih dok bercelaru nak pilih calon. Contoh Balik Pulau, Dr Helmi takan memberi laluan untuk Shahdan jadi calon kerna Shahdan adalah tokoh yang dapat mengambil tempat Dr Helmi sebagai ketua bhagian. Bayan Baru pula takan Rahim Saibo nak beri laluan pada Mansor bergitu juga sebaliknya. Nibong Tebal . jika Fuad tak dicalonkan maka akan pasti kuncu kuncu Fuad akan sabotag. Permatang Pauh lagi huru hara. Jalil letak kat mana pun akan kalah. Jika ketua bahagian tak dicalonkan apakan beliau akan memberi jalan mudah unutk yang dibawahnya menang. Kita perli sedar pas aje pelihanraya UMNO akan mengadakan pemilihan pada peringgkat bahagian. Kepala batas, jika mamak Merican yang dicalonkan maka pasti rasa tidak puas hati dari golongan lama di bahagian akan merasa kecewa. Azhar dah tua takan nak duduk lagi lan Saidin yang dah kaya raya masa BN perintah....apa sumbangan dia di Kepala batas. Tasik Glugor...bekas ketua bahagian Sharif Omar tentu nak letakan ahli keluarga atau pun kenalan yang rapat gan dia untuk bertanding. Nor Mohamad....bukan nya ahli UMNO tegar. Dia cuma memperkayakan mamak2 ahli kaum nya saja seperti Faris anak Mohedeen (Mohedeen adalah ahli parti sosialis tegar) Haja menantu Barkat stor, kaum keluarga dan kerabat Pesuruhanjaya Kehormat Bangla Dan kaum keluarga AKN, Sejak Nor Mohamad jadi menteri mereka itu lah yang buat duit ratusan juta ringgit.

    ReplyDelete