Friday, 1 February 2013

Dato Siti Orang Pertama Ambil Bl1M ??!!


Gambar Diatas Ehsan JPJ Pahang Tahun 2000

Hakikatnya kita semua rakyat Malaysia yang perlu patuh dan akur pada undang-undang biarpun kita seperti Dato Siti sekalipun, kerana undang-undanglah yang dapat memastikan semua rakyat Malaysia dapat hidup aman, makmur dan sentosa.

Begitu juga bagi rakyat, terutamanya anak muda, mudah dan beruntunglah mereka apabila kerajaan telahpun melancarkan Program BL1M yang pastinya mampu menambat hati anak-anak muda bagi memastikan mereka terus selamat diatas jalanraya. Klik Sini.

Namun Dato Siti sebenarnya bukanlah yang berkesempatan mengambil pakej tersebut dan ia adalah hanya untuk tatapan bersama dan dijadikan Ikon untuk remaja yang tidak mempunyai lesen membonceng motosikal.

Seperti Uruk katakan tadi, sebenarnya undang-undang adalah sebahagian dari hidup kita yang perlu kita patuhi dan ikuti, juga haruslah perlu kita tahu bahawa hanya undang-undang sahaja yang dapat memastikan Malaysia di tahap keselamatan yang  TOTAL  tidak kira siapa kita. Sekiranya kita mahu bandingkan Malaysia dengan Negara luar, kita Malaysia jauh lebih efisyen dari segi keselematan Negara dan keselamatan jalan rayanya.

Pada mamat-mamat rempit, adik-adik, cepat-cepatlah rebut peluang ini dan perlu diingat hanya Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang mampu memberikan yang terbaik bagi semua lapisan masyarakat di Malaysia ini.


P/s : Dato Siti pun ader lesen motor..,korang tak nak ke? Comey Dato Siti waktu tengah 'Test' JPJ noo...hehe


UrukHai.

No comments:

Post a Comment