Isu saman menyaman ni sudah menjadi perkara biasa dalam dunia politik hari ini.Bukan saja melibatkan pemimpin politik dari kedua-dua belah pihak tetapi turut mengheret barisan blogger sama ada pro kerajaan mahupun pro pembangkang.
Itulah lumrah dalam dunia berpolitik hari ini , memetik peribahasa yang berbunyi "Kalau Takut Di Lambung Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai" ianya bolehlah disamakan dengan mereka-mereka diluar sana sama ada mahu terlibat dalam dunia politik mahupun terlibat dalam dunia maya kerana kita tidak tahu bilakah kita akan atau mungkin menjadi mangsa kepada politik itu sendiri.
Bagi Uruk hanya 3 perkara sahaja yang menyebabkan Anwar membuat keputusan menarik balik saman tersebut.
PERTAMA suasana politik hari ini yang tidak memihak kepada Pakatan Haprak.
KEDUA gagalnya himpunan shamsidar baru-baru ini.
KETIGA dan TERPENTING kerana saksi yang bakal di tampilkan oleh Khairy Jamaluddin adalah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Senator Ezam Mohamad Nor.
Jawapan mudah kepada penarikan balik saman ini adalah kerana timbulnya saksi bernama EZAM MOHAMAD NOR.
Jelas sekali Anwar Ibrahim TAKUT untuk berdepan dengan Ezam Mohamad Nor bekas Setiausaha Politiknya sendiri.Soalnya mengapa ? kerana Anwar GENTAR , dalam keadaan Pakatan Haprak yang semakin berantakan beliau juga bimbang kes ini bakal mencetuskan isu baru yang bakal menelanjangkan manusia bernama Anwar Ibrahim dan seterusnya melumpuhkan Pakatan Haprak.
Sumber Klik MMI.
UrukHai.
No comments:
Post a Comment