Kerajaan Jepun meminta Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap pihak membuat dakwaan palsu berhubung pembayaran pampasan RM207 bilion kepada mangsa buruh paksa di Thailand ketika Perang Dunia Kedua dahulu.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan negara kuasa besar itu kepada Malaysia.
Katanya, tindakan pihak tidak terbabit termasuk memalsukan memo dikeluarkan seorang pegawai Perbendaharaan yang sudah berpencen berhubung pembayaran pampasan itu sedangkan ia tidak benar, mencalar imej negara. Baca Sini.
"Mengenai memo itu kita sudah buat laporan polis dan kita harap polis mengambil tindakan dalam soal ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kaunter Servis Barisan Nasional (BN) Tambun di Pejabat UMNO Bahagian Tambun di sini, hari ini.
Kalau nak berpolitik pun buatlah cara yang terhormat sebab kalau ada cacat dan cela dimana-mana kita tak akan lokek untuk memohon maaf. Lihat saja YAB PM beliau dengan bersahaja memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya sebelum ini beliau dan kerajaan ada membuat kesilapan di mana-mana.
Kredit MMI.
P/s : Upss..Ingatkan dah nak lari dah.., rupanya masih didalam negara..cumanya masih dok sembunyi lagi kot hehehe...
UrukHai.
No comments:
Post a Comment