Bermula dengan penyebaran gambar lucahnya bersama seorang lelaki yang dipercayai bekas teman lelakinya di internet pada Januari 2008, Zarina bagaimanapun menafikan wanita dalam gambar itu adalah dirinya.
Seterusnya, gambar Zarina berbaju mandi di sebuah pantai peranginan tersebar meluas di internet dan Zarina mengakui itu adalah gambarnya dan memohon maaf.
Tidak terhenti setakat itu sahaja, pada 2011, Zarina ditahan dalam satu sekatan jalan raya sempena Ops Perayaan Tahun Baru Cina berhampiran Terminal Tambang Murah, LCCT dan mengaku mengambil dadah jenis ketamin dan syabu.
Manakala pada tahun lalu, nama Zarina terpalit dengan kontroversi akibat pergaduhannya dengan tiga selebriti iaitu Aliff Aziz, Faezah Elai dan Awal Ashaari. Zarina juga menarik perhatian ramai apabila tampil di majalah FHM Indonesia edisi Oktober dengan gaya separa bogel.
Terbaru, pada 30 Disember lalu, Zarina telah ditahan bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, dan didakwa di Mahkamah Majistret pada Rabu lalu atas tuduhan memiliki dua biji pil dadah disyaki eramin 5 seberat 0.6 gram di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, jam 5.30 petang.
Selepas dua hari berada di dalam Penjara Kajang selepas tiada pihak menjaminnya, Zarina akhirnya bebas selepas dijamin adik perempuan tirinya.
Sementara itu, menerusi Media Hiburan yang berjaya menghubunginya, Zarina memaklumkan bahawa dia akan membuat sidang media khusus untuk memberi penjelasan mengenai kes itu.
“Kepada semua wartawan, bagilah peluang saya berehat dulu. In sya-ALLAH, dalam minggu depan saya akan jelaskan kesemuanya,” katanya ringkas.
Manakala Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi pula berkata, Zarina berkemungkinan dipecat sebagai ahli Seniman jika didapati bersalah.
“Buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum membuat keputusan. Namun, jika didapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli dan tidak akan dibenarkan lagi untuk berlakon,” kata Zed.
Sumber klik : Noreason.
P/s : Macam-macam hal Artis ni noo!!
UrukHai.
...muka mcm Zarina Anjoulie ni sebenarnya dia nak 20 org lelaki balun dia serentak!... tu lah pasal dia berperangai mcm2 tu... tul tak??...
ReplyDelete