Sunday, 23 December 2012

Rakusnya Azizan Dan Nafsunya ??!!



Kerakusan di tahap melampau untuk membolot kekayaan hasil balak negeri Kedah secara mudah itu menjadi salah satu dosa kerajaan negeri pimpinan Azizan Razak, yang tidak dapat dimaafkan oleh seluruh rakyat negeri Jelapang Padi itu.

Sebenarnya, gambar dibawah merupakan salah satu gambar yang berjaya dirakam ketika tinjauan dari udara dilakukan di sekitar hutan simpan kekal bernilai tinggi kira-kira 200 meter dari empangan Tasik Pedu yang menjadi kawasan tadahan air utama bagi kawasan utara semenanjung.


Dulu ketika Kedah ditadbir BN di bawah Datuk Seri Syed Razak, pernah ada cadangan untuk membalak di kawasan tersebut secara sistematik yang melibatkan 3 batang balak secara berjadual. Namun mengenangkan anak cucu dan alam sekitar, hasrat tersebut dibatalkan secara total.

Namun tidak sampai 5 tahun Kedah ditadbir PAS, kawasan yang diharamkan BN untuk sebarang aktiviti balak itu telah “didogolkan” Azizan Razak tanpa rasa bersalah dan secara automatik landskap di kawasan itu bertukar wajah!

Lanjut Mengenai Ini Klik Sini.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment