Walaupun keyakinan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dalam konvensyen negeri, namun setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng mengingatkan ahli-ahli parti supaya jangan mengambil mudah potensi saingan politiknya. Lim (kiri) mengingatkan mereka supaya jangan memandang ringan kemampunan BN dan Umno, bukan sahaja untuk memenangi majoriti dua pertiga di peringkat pusat tetapi juga untuk menawan semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau mengingatkan mereka supaya jangan memandang rendah keberkesanan pembohongan, ancaman dan politik wang serta sentimen perkauman dan melampau.
Berucap merasmikan konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini, Lim mendakwa bahawa Umno adalah pakar dalam taktik-taktik kotor tersebut. Lim berkata, pemimpin dan ahli-ahli DAP tidak takut kalah tetapi tegasnya, rakyat Pulau Pinang tidak boleh kehilangan masa depan mereka kepada Umno dan BN. "Jika kita kalah, rakyat juga akan rugi," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Beliau menambah bahawa pilihan raya akan datang akan menentukan bukan sahaja nasib DAP tetapi nasib rakyat.
Lim memberi amaran jika BN kembali berkuasa di negeri itu, Umno akan memastikan semua "program emas" Pakatan Rakyat untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah, akan tidak ada lagi. Umno, dakwanya, akan memastikan pembaharuan demokrasi dan langkah-langkah integriti akan digantikan oleh rejim yang menindas dan zalim yang korup.
Umno juga, dakwanya, akan memastikan kerajaan yang mesra rakyat akan digantikan oleh kerajaan yang didorong oleh kroni.
P/s : Ada teloq ka LGE ni?? HHHaaaaarrrrrkkkk TTTuuuiiiihhh !!
Sumber Tasek Gelugor Portal.
UrukHai.
Base on his statement...proven that this guy
ReplyDeletealias@ biawak....talking nonsense. Advice him to see himself at the mirror first.