IPOH 22 Dis. - Lebih 2.3 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 17 Dis lepas, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata, daripada jumlah itu lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan lebih 720,000 permohonan daripada isi rumah.
Katanya 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara online.
"Kita akan membuat pembayaran pada suku tahun pertama (2013), jadi untuk pembayaran tersebut, kita minta kepada mereka yang masih belum mendaftar agar mendaftar sebelum 31 Dis kerana permohonan ini perlu diproses supaya mereka dapat bayaran bila kita mula buat pembayaran.
"Kalau dia lewat, dia akan dapat lewat. Mereka boleh daftar secara online atau manual supaya apabila kita buat pembayaran pada suku pertama nanti, yang dah daftar semua akan dapat," katanya selepas merasmikan Karnival Usahawan SME Bank di sini hari ini. - BERNAMA
P/s : Faham-faham lah noo.. 2.3 juta bukannya sikit..,Orang PAS dulu yang bakal sapu dulu nanti, halal puloks ! yang tak daftar lagi cepat-cepat daftar online ok..!! e-br1m : Klik Sini.
Sumber Klik Sini
UrukHai.
No comments:
Post a Comment