Thursday, 15 November 2012

SALAM MAAL HIJRAH..LADY GAGA,BRITNEY SPEARS,RIHANNA BERTUDUNG??!!



Hidup ini memang penuh dengan masalah..,Adakah ia terlalu 'menyerabutkan' fikiran hingga buntu kita dibuatnya?

Jadi untuk 'meringankan' otak yang serabut itu,berbagai cara dibuat manusia demi memuaskan hati.

Terbaru, entah siapa yang telah memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan penyanyi-penyanyi seksi seperti Lady Gaga,Britney Spears dan Rihanna dalam keaadan yang cukup sopan...siap bertudung dan berbaju kurung tu!..

Mungkin si pembuatnya tak ada apa nak dibuat waktu itu lalu dia cuba 'berimaginasi' sambil menggunakan kemahiran komputernya.

Teknik Photoshop yang digunakan sungguh menarik sehingga kita boleh tersenyum melihatnya.

Tetapi yang lebih baik, mulai hari ini dan untuk menghilangkan 'serabut' tu, eloklah kita umat Islam menanamkan azam baru sempena Maal Hijrah 1434H hari ini untuk lebih beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.


UrukHai.

1 comment: