Saturday, 23 December 2017

Bongkar: Noh Omar mendapat habuan 30 Juta.?


Bongkar: Noh Omar mendapat habuan 30 Juta.? 

Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'.

Oleh Warga MOA. 

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.


UrukHai. 

SOLD YOUR SOUL TO THE DEVIL! - antara jampi serapah pengamal Freemason, Pemimpin Malaysia antara yang terlibat?..


Close up bangunan Freemason at oug/Bukit Jalil (rumah Dajjal, Satanic Ritual)

(boleh rujuk peta) di percayai di bina berhampiran projek penyambungan station LRT aliran ampang.


Mereka adalah penyembah syaitan, pengamal sihir dan agen Rothschild. Apa nak jadi ni ??? Lodge freemason makin bertambah dan apa gunanya loji ini di kawasan ini ??? sedangkan kawasan ini terkenal dengan pengumpulan jemaah Tabligh nampak gayanya pihak zionis malaya ini tidak senang akan perkembangan islam antarabangsa yang berada di lokasi berdekatan masjid.



Maka agenda untuk menyesatkan umat bermulalah operasi dan memperluaskan dakyah mereka di kawasan ini Pertubuhan Freemason seluruh dunia ditaja sepenuhnya oleh Keluarga Rothschild. Jacob Rothschild adalah dalang peperangan di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Myanmar, Lahad Datu, tragedi MH370 & MH17 etc……. Yang mendukacitakan terdapat juga orang Melayu yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar menyertai pertubuhan Dajal.

Lihat logo Freemason dan bumbung Unfinished Pyramid dibahagian paling atas seperti wang kertas dollar AS. Mengapa unfinished pyramid? Kerana bahagian paling atas akan disiapkan oleh Al Masih Ad Dajjal semasa New World Order. Bertambahnya kuil Freemason di Malaysia, bererti agenda New World Order semakin giat berjalan..

Mungkin ini HQ bagi freemason di Malaysia?


UrukHai

DSNAJIB ADA TELUR KE?!

Nah Telur aku Mahfuz... 

ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar membuat pengumuman lebih awal tarikh pembubaran Parlimen dan mengundi, selewat-lewatnya pada hari pertama Januari tahun depan.

Alahai keciknye Jib... Hehe... 

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengumuman awal itu penting supaya rakyat dapat membuat persediaan dan tidak terlepas menunaikan tanggung jawab sebagai pengundi.

“Najib mesti berani umumkan tarikh bubar Parlimen dan tarikh hari mengundi, rakyat Malaysia berhak tahu lebih awal. Beliau tidak perlu takut berdepan ‘hari perhitungan’ daripada rakyat,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak sewajarnya melengahkan pengumuman tarikh itu kerana ia kelak menyusahkan rakyat .

“Sepatutnya sistem pilihan raya di Malaysia harus lebih berani dan demokratik dengan menjadualkan lebih awal tarikh bubar Parlimen,” katanya.

Mahfuz berkata, pengumuman awal sangat penting bagi melancarkan penjadualan pergerakan percutian rakyat, khususnya pengundi yang akan meraikan Tahun Baru Cina termasuk umat Islam yang berhasrat mengerjakan ibadah Umrah.

“Ia juga bagi mengelak beban kos berganda jika rakyat sedang bercuti perlu pulang mengundi di kampung, selain mengelak pengundi Islam terlepas peluang jika bertembung tarikh umrah dengan hari mengundi,” katanya.

Mahfuz mempersoal sikap Najib yang masih berdiam diri, sehingga membuatkan rakyat tertanya-tanya apakah mereka perlu menunggu sehingga penghujung tempoh penggal.

“Bukan sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pihak keselamatan perlu lakukan persiapan awal, rakyat juga perlukan persiapan berdepan PRU14, seperti pengundi berdaftar perlu pastikan mereka tidak terlepas peluang mengambil bahagian dalam menentukan masa depan negara,” katanya.

Menurutnya, PRU14 akan diadakan pada 2018, memandangkan Dewan Rakyat akan terbubar pada 24 Jun 2018.

“Parlimen akan terbubar pada 24 Jun 2018, ini termasuk beberapa Dewan Undangan Negeri yang terbubar lebih awal daripada tarikh itu jika Najib masih tidak bubarkan Parlimen sebelum Jun 2018. Sebab itu proses pilihan raya hendaklah memudahkan rakyat menjadualkan pergerakan mereka dan perlu umum lebih awal,” katanya.

UrukHai


Thursday, 21 December 2017

Seram Malam Jumaat, Pontianak Di PJ!

Dari kamera amatur mangsa gangguan... 
Uruk nak ajak hangpa semua kita pakat layan Seram balik nak tak? Okay,  mai pakat baca di bawah ini ada bingkisan kisah yang melanda keluarga beliau....., 

kisah ni benar2 terjadi kat aku..kisah nya bermula dengan aku dan suami baru berpindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dapat rumah sewa area Taman Medan dengan harga yang not bad la. Rumah sewa aku ni berdekatan dengan Pasaraya Matahari So, senang la aku nak beli apa-apa kan? Jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.

Masa first masuk rumah sewa tu aku dah rasa lain macam dah. Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering kat dalam bilik tidur aku. Siap ada 2, 3 helai rambut panjang lekat kat kain tu. Dalam hati aku terdetik, "kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dalam bilik ni ke?". Aku gelak kecik dengan diri aku sendiri. Aku tanpa banyak soal, aku terus campak kain tu dalam tong sampah luar rumah. Hari pertama aku kat rumah tak ada apa2 yang berlaku pun. Siap aku menari2 lagi dengan suami dalam rumah.

Masuk hari kedua, start dah perkara2 aneh dalam rumah tu. Suami pergi kerja. Aku dalam bilik ni main Candy Crush, selamba je aku dengar ada orang mandi macam org gila kat bilik air di luar bilik. Dia punya jirus air tu macam gelojoh sangat nak mandi. Aku menangis dan terus call suami aku. Suami suruh baca apa2 yang patut. Bila bunyi orang mandi dah hilang, aku pi la tengok kat bilik air tu. Ya Allah, berus gigi aku dan suami betul2 landing dalam lubang jamban duduk tu. Lepas tu ada najis dekat ats lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak keluar2.

Bukan itu je, ada satu malam tu lagi teruk kena. Suami balik kerja nak makan nasi. Aku hidang nasi kat suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah2 rumah. Habis je suami azan, ada suara ikut azan, suara tu datag dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda tu azan main2, gelak2 dan ianya sangat menyeramkan campur ngeri. Gigil habis tangan dibuatnya, ..memang first time kena dengan bende2 aneh macam ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbukak! Nyalakan lampu, tapi takde apa2 pulak. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.
Tanpa banayk cakap, suami dengan bengang call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lepas tutup call, dah takde apa2 gangguan dah. Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur macam nak pecah. Ketuk bertalu2 macam pencegah maksiat yang ketuk dah bunyinya. Kuat sangat, suami terkejut sampai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut ya amat sangat, suami jerit smpai nak tkeluar anak tekak barulah benda tu diam. Kami tido sambil pasang ayat2 suci al-quran kat telefon. Gangguan tiada sampai ke pagi.

Besok bangun, ada kesan lebam dekat peha dan dekat perut, besar2 pulak tu. Aku takut duduk rumah sorang2, aku nak ikut suami pi kerja, suami kata jangan takut dengan benda tu nanti dia lagi suka. Aku beranikan diri duduk sorang2 kat rumah. Tapi aku terperap dalam bilik la. Dari pagi hingga ke petang tak ada apa yang berlaku, tapi ada pekara aneh yang terjadi waktu suami balik kerja, suami kata "awak bermantera apa dengan sy ni?", aku tak paham dan tanya suami, "mantera apa bang?". Suami suruh tengok whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kt suami aku dlm whtsapp. Manteranya berbunyi,

"Terbang melayang-layang, ada di dahan, ada di darat. Masuk ke dalam jasad, terus ke hati. Menangis dijemput, menangis dihantar pulang, rambut mengurai, terkena sampuk, sehingga mati."

Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whatsapp pulak? Pandai main teknologi? Aku cakap kat suami bukan aku yg hantar, suami aku diam je masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain memang dah tak ada duit dah. Lepa makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dah start main bakar2 pulak, tengah sedap2 tido sambil pasang ayat suci, ada terbau asap, alih2 dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dn kad bank semua hangus. Memang seram campur sakit hati. First time tgok suami menangis. Belum reda lagi kes terbakar ni, tiba2, semua frame gambar kahwin aku dengan suami semua tiba2 retak serentak. Lepas tu terdengar bunyi benda mengilai kat ruang tamu.. punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sebab lain macam dia punya mengilai. Suami tak tahan, suami call ustaz yang dia kenal dan mintak tolong datang ke rumah. Ustaz tu kata, "saya dekat Kuantan, Pahang ni."

Lepas je ustaz cakap mcm tu, ada satu suara garau cakap dekat depan pintu bilik aku mcm ni, "di Kuantan ya? Hihihihi." Suami aku terus bukak pintu luas2 dan cakap, "jangan kacau la setan!", sebab benda tu dah berani mendekat dan bersuara. Lepas tu suami sambung cakap dengan ustaz, "ustaz dengar tadi?". Ustaz tu tak jawab tapi dia baca sesuatu, dalam beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan di setiap penjuru bilik. Suami cepat2 buat, lepas tu, gangguan dah pulih sikit, kami sambung tido.

Pada esok hari aku bangun, aku tiba2 ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dah macam orang tak betul dah asyik ketakutan saja. Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kat luar naik motor. Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dalam rumah, terkejut betul aku. Lepas tu ada najis dekat atas meja makan. Hilang selera makan aku. Suami tampar meja dengan tangan sambil cakap, "melampau la ni!". Suami suruh kemas baju2 nak blah. Suami ckp rumah ni puaka tahap gila. Aku tanpa berlengah terus kemas baju. Suami pergi buang air besar. Masa aku tgh kemas baju. Aku dengar ada benda tengah pung pang pung pang masak kat dapur. Aku terus pergi tengok. Alangkah terkejutnya aku tengok ada pontianak dengan rambut panjang sampai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yang aku buang sebelum ni. Selamba je diri dekat dapur macam patung sambil dua tangan letak kt perut (macam orang tengah solat). Benda tak guna tu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sangat tak tipu. Mulut aku terkunci, kaki pun tak boleh jalan. Badan gigil2. Serious aku tak pernah nampak benda2 ghaib ni. Sekarang dah nampk, memang rasa macam nak tercabut skru lutut. Terdetik dalam hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini?! Pagi pulak tu. Nak panggil suami tak boleh, mulut tkunci habis! Aku ingat dalam filem je bentuk pontianak macam ni. Rupanya in reality pun sama. Lepas terketar2 sambil menangis, aku pengsan. Sedar2 aku dah ada kat pusat rawatan islam.


Sekarang aku dan suami dah tinggalkan rumah syaiton tu. Kami cari rumah sewa yg baru. Kami dapat rumah flat dekat Taman Desa Perangsang jln PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun depan rumah je. Kat sini tak ada puaka2 syaiton ni. Alhamdulillah ok je. Cuma satu je yang pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku tnampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hilang la pulak. May be khayalan aku je kot sebab still trauma. Tapi yg penting, gangguan yang menimpa keluarga kecil ku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa.


UrukHai

Wednesday, 20 December 2017

Ni Musti Spesis Dr.Alban From Africa! #Biadap


Kesian pun ada,  pangkat aja doctor tapi hampeh.... Haha okaylah x mau lebih2 takut nanti depa tak suka... Hahaha ade ku kesah ke siak?😂😂

Ceritanya begini,.. Ini adalah kata2 yang keluar dari seorang yg berstatus seorang Doktor.... 

Kenapa saya perlu panggil awak doktor...
Saya tak kisah gelaran anda...

Yang sebenarnya saya tak peduli kebodohan anda cuma betul ke anda ni doktor..?

Budaya kita bersopan...
Belajar hormati orang maka orang akan hormat kita ok..

P/s : Rambut rebonding atau hanya shampoo guna jari pun bole...?

#takperlubiadap

UrukHai "DemiRakyat"!

DULU CAKAP LAIN, SEKARANG CAKAP LAIN MACAM PUNYA LAIN...ITS POLITIC BEB!!



Uiihh biaq betoi depa nih?..Dikatakan PAS dan UMNO akan berkumpul bersama , alahai makin intim pula mereka ini. 

Nanti bolehlah claim kejayaan seperti kes Rohingya dahulu, kononnya berjaya mempengaruhi Trump membantu Rohingya dan menekan Myammar.

Hangpa janganlah memandai nak mengaitkan benda ini dengan islam pula ya ini apa yang Uruk pikiaq la, ....

Yang sebenarnya mereka lakukan ini hanya sebab kepentingan politik sahaja. Tunggu sahaja Himpunan Raksaksa Ayahnda Tun Dr #Mahathir dan sekutunya nanti. Kita tengok macam mana punya taring pulak... 



UrukHai "Demi Rakyat"!

SIAPA BAKAL PERDANA MENTERI LEPAS PRU14 ?! RILEKS JANGAN KELAM KELIBUT!


Perkara 43(2)(a) Perlembagaan menyebut: Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu.

Tidak ada disebut di dalam Perlembagaan bahawa jawatan Perdana Menteri mesti terdiri daripada orang Melayu.

Rileks beb jgn kelam kelibut.... 

Ia hanya menjadi kontroversi, sensitif, tegang, dan bersifat perkauman apabila pemimpin-pemimpin UMNO sendiri mempolitikkan isu siapa Perdana Menteri itu terutama setiap kali menjelang pilihanraya.

Kebetulan yang menang dengan majoriti yang mencukupi di dalam pilihanraya sejak Merdeka hingga sekarang ialah Perikatan dan Barisan Nasional. Umno merupakan parti terbesar dalam Perikatan dan sekarang dipanggil Barisan Nasional. Pemimpin Umno, tentunya Melayu, sebab Umno parti Melayu, maka secara konvensyen dipilih menjadi Perdana Menteri kerana Umno mempunyai paling ramai ahli parlimen di dalam Dewan Rakyat.

Hal ini disebabkan dari awal kemerdekaan negara sehingga sekarang, Perdana Menteri Malaysia adalah dalam kalangan orang Melayu sendiri, dan sejarah belum lagi tercipta yang mana bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Faktor utama mengapa orang Melayu amat berat menerima Perdana Menteri bukan Melayu adalah kerana ia berkait rapat berkenaan peruntukan Perlembagaan Persekutuan 153 yang mana bersangkut paut dengan hal-hal berkaitan hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, dan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Amalan atau konvensyen ini telah digunapakai sejak sepuluh kali pembentukan kerajaan selepas sepuluh kali pilihanraya umum.

Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi sama ada jawatan Perdana Menteri akan terus dipegang oleh orang Melayu atau mungkin dijawat oleh orang Cina, India atau sebagainya pada masa akan datang. Satu daripadanya ialah dari segi corak pembahagian kawasan pilihanraya berdasarkan kaum. Dari segi statistik, jika diambil pilihanraya umum 1999 sebagai rujukan, dari 193 kawasan parlimen di seluruh negara, 98 adalah kawasan majoriti Melayu, x31 Cina, 30 kawasan campuran, 20 kawasan Bumiputera Islam dan 13 kawasan Bumiputera Bukan Islam.

Psst~Jangan marah haa.... 


UrukHai "DemiRakyat"!






Tuesday, 19 December 2017

LAGI SALAH DSNAJIB ?!


3 kali RM2.6 Billion telah digunakan. 

Kali pertama
RM2.6 dimasukkan ke akaun MO1 iaitu bapa tiri kepada Reza Aziz. (Awalnya di tipu rakyat Malaysia bahawa Raja Arab yang derma).

Kali kedua
Rm2.6 Billion dibayar kepada IPIC sebagai bayaran pertama (kes silap akaun).

Kali ketiga
RM2.6 Billion lagi akan digunakan untuk bayaran kedua kepada IPIC.

RM2.6B x 3 bersamaan RM7.8Billion.

Untuk pengetahuan yang lebih jelas RM1B ialah RM1000juta dan dengan nilai 1B kita mampu buat 30 Hospital. 

UrukHai "Demi Rakyat"

Sumber fb page. 

SALAH DSNAJIB KAH SEMUA INI ??!!


Well, Assalammualaikum, pembuka kata bicara, lama bersawang dah blog Uruk ni , Nak buat macam nasib tak menyebelahi Uruk, benda apa yg Uruk cakapkan ni? ahakss,..aderla tak apa,its okay rezeki kat mana mana aja.rasanya baik Uruk ngan bala tentera have a seat,then think something that can makes All Malaysian proud to kan?"oklah jom kita skip dulu apa yang terjadi pada Uruk okay, bila ingat sakit hati siak! Haha... 

Dok review punya review, dok follow tunduk superman semua cukupla nah,..ternyata sememangnya tuduhan terhadap 1MDB meyalurkan dana pada akaun DSNajib adalah sememangnya tiada penyelesaian yang sehingga hari ini dilihat DS Najib seumpama seorang Pemimpin yang kebal dari sudut undang2 Malaysia... Upss pulse stop.

Gambar Hiasan, azam Tahun depan.. In ShaAllah..

Uruk tak mahu bercakap panjang mahupun menuduh tanpa sebarang bukti kukuh. Dan pada pendapat Uruk sendirilah, ianya adalah berpunca dari sudut tatbir Kerajaan BN yg Di Nakhodakan oleh DSNajib sendiri menjadi titik puncanya mengapa Rakyat Malaysia pada hari ini dan PRU14 yang akan tiba nanti,  sememangnya menolak intipati yang mahu DSNajib teraskan didalam sudut geososio pembangunan ekonomi dan Sosial pada hari ini bukan?..Upss stop takat ni dlu kot pasai politik?..."mana boleh,  sat sambung sikit aja lagi.. 

Uruk pun kadang kadang merasakan hairan dan semakin jelik dengan provokasi media perdana yang bersifat BERAT SEBELAH dan seolah olah tidak mahu membiarkan YAB Tun M membuka segala rahsia dan penyelewengan yang berlaku di dalam mengurus tatbir Kerajaan bukan?! "bagaimana pendapat hangpa? Adakah hangpa rasakan apa yang Uruk rasa? , Sewaktu tibanya masa untuk arus ini memainkan peranan menyampaikan berita ianya perlu disampaikan secara "EQUALS & BALANCE" pada Rakyat Malaysia? Bukankah begitu? Dan tidak sepatutnya disampaikan secara mengungkit segala hal2 yang dah pun selesai tatkala hari ini bukan?  Apa lagi mengelupurlah masing2 dengan menuding jari menyalahkan satu dengan yang lain?.. Kan?


Uruk sedih bilamana melihat Scenario politik di Malaysia sekarang ini yang bersifat masing2 mula mengunakan platform media baharu ini untuk menghentam, memutar belit, mencipta propaganda dan memanipulasi segala daya isu berita yang pada zahirnya akan meyebabkan Rakyat Malaysia membacanya mulai membuat pelbagai  andaiyan yang pada yang akan memburukkan kedua dua belah Pihak,  mahu di pihak BN dan Pembangkang.... "Bak kata orang, seolah masing2 mahu menegakkan benang yang basah....  Hangpa rasa?..... Tak ka macam tu?!

Okay sikit2 cukup nanti Uruk cari lagi bahan ya... Haha

Buat pengetahuan hangpa semua,  Uruk telahpun membuat sedikit perubahan dari sudut isi artikel ya, lain dari yang sebelum ni,  sebabnya kali ini Uruk rasa Uruk lebih mengenali apa yang ada disebalik Politik itu sendiri, berdasarkan pengalaman Uruk yang dah Uruk lalui, suka duka Uruk tempuhi,  kali ini Uruk betul2 sudah mengenal apa sebenarnya yang dikatakan Politik, siapa itu kawan siapa itu lawan.., lama rasanya Uruk tinggalkan Blog Uruk ni, dan buat pertama kali Uruk rasakan agak kekok juga tadi untuk menulis "almaklumlah lama dah tak mengarangkan... Kalau tak silap Uruklah lama juga uruk tinggalkan, dari tahun 2014 kalau hangpa boleh tgk "last entri Uruk kan... Steady.... 

Last but Not listed....  Tgu Entri2 yang bakal menyusul.... 

Assalammualaikum.... "Demi Rakyat"!