Followers

Saturday 31 August 2013

Kecoh Di dataran Merdeka Semalam, Mamat Botak Buat Kacau ??!!


Fuyyoo..walaupun nampak macam gangster tapi Uruk cukup 'Respect' dengan mamat botak ni, kalau semua berpendirian dan bersemangat Patriotik macam mamat tu dan semua rakyat menyokong Barisan Nasional nampak macam tak 'best' la pulak politik di Malaysia ni tak? hehe gurau je..

Punya sanggap si A Samad Said (Sasterawan Gila), Hishammudin Rais (Mangkaq Hayun), Adam Adli (Mat Sanggap) dan Safwan Awang boleh pulak berceramah sewaktu menunggu 'countdown' semalam..apa dioarang ingat Malaysia ni bapak diorang punya ke suka suka nak kibarkan bendera selain bendera Malaysia ?

Apa apa pun korang semua nilaikan sendiri yang mana relevan dan tidak.


UrukHai.

Anwar Ibrahim Tiba-Tiba Gelabah Kerana Ops Cantas Kenapa ??!!


Apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat melancarkan perang besar-besaran bagi membasmi gangsterism di negara ini, tiba-tiba timbul pula cerita Anwar Ibrahim mahu berunding dengan Kerajaan BN bagi mencari penyelesaian masalah negara.  

Dakwa Anwar Ibrahim, “Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,”

Cubaan Anwar Ibrahim mendakwa dirinya menyelamatkan negara daripada masalah isu kaum dan ketegangan agama? Atau sebaliknya? atau ada pemimpin PR yang sudah tidak tahan dengan operasi Ops Cantas PDRM yang menenggelam punca pendapatan dan dana tertentu?


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kesediaannya mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencari titik penyelesaian berkaitan masalah negara.

Menerusi ucapan perutusan bersempena sambutan kemerdekaan ke 56, Anwar turut meminta satu pertemuan segera diadakan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” katanya ketika menyampaikan perutusan itu di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan, perbincangan dijangka akan melibatkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.

Katanya, PR juga menerima keputusan Pilihan Raya Umum e 13 (PRU13) yang berakhir 5 Mei lalu di sampung akan melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

 “Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.

“Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik.

“Bagi mencapai hasrat itu, maka penting kerajaan BN mengurangkan defisit fiskal serta menangani rasuah serta telus dalam pemberian tender,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah menggesa PR menerima keputusan PRU13 sebelum mengadakan sebarang perbincangan bersama BN. (PerakNews)



UrukHai.

Friday 30 August 2013

Geng 04 Dah Mula Masuk Dan Merekruit Pelajar Sekolah ??!!

Gambar di atas meja sekolah.

Polis Perak sedang menyiasat kegiatan anggota kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar sekolah menengah untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ini susulan kenyataan seorang anggota kumpulan kongsi gelap yang ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak pada bulan lepas.

"Kumpulan itu merekrut pelajar sekolah menengah berumur 15 hingga 18 tahun untuk menjual dadah kepada pelajar sekolah dan rakan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Perak di ibu pejabat kontinjen di Ipoh kelmarin.

Polis sedang mengenal pasti kumpulan pelajar dan sekolah yang menjadi sasaran, katanya yang enggan mengulas lanjut.

Mengenai Ops Cantas Khas Perak yang bermula 1 Ogos lepas, beliau berkata polis setakat ini memeriksa sebanyak 5,164 orang dan menahan 46 orang termasuk anggota kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam kegiatan dadah, pelacuran dan perjudian.

"Sepanjang Ops Cantas Khas ini indeks jenayah dilihat semakin menurun, ini bermakna terdapat keberkesanan melalui pendekatan sedemikian," katanya. - Bernama


UrukHai.

CM LGE Lidah Biawak Berdalih Mengenai Isu Filem Tanda Putera ??!!


KERAJAAN negeri Pulau Pinang hari ini menafikan mengharamkan tayangan filem kontroversi Tanda Putera yang dijadualkan tayangannya di pawagam hari ini. Klik Sini (Arahan dari siapa agaknya?)

Ketua Menterinya Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri hanya memberikan nasihat dan tiada tindakan akab diambil sekiranya pawagam di negeri ini terus menayangkan filem itu.

"Ia seperti tiada tindakan dikenakan kepada orang ramai yang melanggar nasihat pelancongan, begitu jugalah tidak ada tindakan akan diambil sekiranya pihak pawagam tidak mengikut nasihat tayangan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata nasihat itu diedarkan kerana filem berkenaan sudah melampaui batas dalam penggunaan dana awam untuk menyebarkan kebencian berbanding menyemai keharmonian dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

Filem Tanda Putera diarahkan oleh Datin Paduka Suhaimi Baba, diserang dan diselar kerana didakwa salah fakta dan rasis berkenaan kejadian 13 Mei 1969 itu.

Bagaimanapun Suhaimi mempertahankan filemnya dengan berkata biarpun ia sebuah filem fiksyen tetapi ia masih dihasilkan berlandaskan cerita sebenar kejadian itu.

Dua hari lalu, Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong berkata ia adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab apabila sebuah filem meletakkan kesalahan tertentu kepada sesebuah kaum.

Beliau berkata dengan menghasilkan babak kontroversi, pengarah filem itu mungkin menjejaskan misi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewujudkan perpaduan kaum di negara ini.




UrukHai.

Thursday 29 August 2013

CM LGE LU Memang Bangsat sekat penayangan Filem Tanda Putera ??!!


Kenapa hanya di Pulau Pinang diharamkan tapi tidak di Selangor dan Kelantan. Kedua-dua negeri berkenaan jugak ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Nampaknya yang terdesak dengan Filem ini hanyalah DAP akan tetapi tidak pada PAS dan PKR.

Lanjut mengenai ini Klik : MKP 

UrukHai.

Polis Buru 40,000 Anggota Kongsi Gelap !!

Gambar Hiasan

Polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Op Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.

Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis akan meneruskan operasi itu sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh negara menurun.

"Operasi itu akan diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi "rasa takut menjadi mangsa jenayah" berkurangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis menandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti LimKokWing di sini, hari ini.

MoU ditandatangani Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Naib Presiden Kanan universiti itu, Datuk Raja Aznil Raja Hashim.

MoU itu membolehkan universiti tersebut mendapat kontrak lima tahun untuk menyediakan bahan seperti poster, animasi dan klip video kepada PDRM untuk kempen pencegahan jenayah siber.

Op Cantas dilancarkan 23 Ogos lalu berikutan peningkatan laporan jenayah kekerasan termasuk kes tembak dan operasi itu merangkumi pemeriksaan di jalan raya, kelab malam serta kenderaan untuk memeriksa individu yang terbabit dalam penggunaan senjata api tanpa lesen, anggota kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, memiliki senjata berbahaya dan mereka dalam senarai dikehendaki polis.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan kumpulan itu dalam tempoh terdekat kerana mereka merupakan pertubuhan haram serta mahu masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

Mohd. Bakri berkata, sejak operasi itu dijalankan, 2,247 orang ditahan sehingga semalam di seluruh negara dengan tujuh senjata api, satu bom tangan dan 77 senjata tajam berbahaya dirampas.

Beliau berkata pihak polis juga telah memeriksa 37,305 kenderaan. - BERNAMA



UrukHai.

DAP Mengaku Mereka Memang Rasis Di Pulau Pinang ??!!


Filem patriotik perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dijadual memasuki pawagam di seluruh negara esok selepas beberapa kali tertangguh, diharamkan penayangannya di negeri ini atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung di negeri ini tentang perkara berkenaan.

"Kita kesal kerana filem tersebut dibenarkan tayangannya oleh kerajaan tanpa mengeluarkan babak fitnah yang dipaparkan iaitu adegan pemuda Cina kencing dalam kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

"Kenapa (adegan) dibiarkan kerana pengarah filem tersebut mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku, namun beliau memasukkan adegan berkenaan dalam filemnya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, pihaknya berharap permintaan mereka akan mendapat kerjasama daripada pemilik panggung di negeri ini.

"Kerajaan negeri berharap mereka tidak menayangkan kerana tidak boleh diterima dan mengandungi perkara sensitif dan amat berbahaya.

"Mereka harus mempertimbangkannya kerana pemberian lesen perniagaan untuk pawagam di negeri ini tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," ujarnya.

Menurut Guan Eng, surat berkenaan akan dihantar pada hari ini juga kerana filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu dijangka mula ditayangkan serentak di seluruh negara esok.

Filem patriotik berkenaan antara lain mengisahkan tentang perjuangan Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mentadbir negara serta cabaran yang dihadapi mereka selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.


Sebelum ini, tayangan filem lakonan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta itu ditangguhkan beberapa kali ekoran bantahan pembangkang.




UrukHai.

49 Pertubuhan Haram @kongsi gelap Dikenal Pasti !!

Gambar Hiasan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengumumkan senarai 49 pertubuhan haram, termasuk kongsi gelap esok, kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Beliau berkata senarai yang mengandungi nama pertubuhan, lokasi dan aktiviti yang terlibat pertubuhan haram itu akan diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media. 
    
“Pengazetan nama pertubuhan-pertubuhan haram telah saya tanda tangani.
    
“Mereka (pertubuhan-pertubuhan haram) tidak boleh menggunakan nama, lambang, menggunakan premis atau bergerak dalam satu pasukan atas nama atau simbol yang disenaraikan itu,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di pejabatnya di Putrajaya hari ini. 
    
Beliau berkata pertubuhan-pertubuhan haram ini boleh dikenakan denda maksimum RM15,000 dan penjara lima tahun. 
    
Ahmad Zahid berkata langkah mendedahkan senarai pertubuhan haram kepada umum telah mendapat sokongan NGO termasuk Majlis Peguam dan pertubuhan-pertubuhan pencegahan jenayah.
    
Selain mengembalikan keyakinan rakyat, beliau berkata langkah ini juga menunjukkan polis serius dalam membanteras jenayah di negara ini,” katanya.  
    
“Langkah ini diambil selepas Ops Cantas Khas dan usaha mewartakan nama pertubuhan atau entiti haram ini, yang pada asasnya untuk menformalkan tindakan undang-undang di samping membasmi kegiatan jenayah.
    
"Saya kira apa yang dilakukan adalah mengikut undang-undang yang diperuntukkan bagi kami melaksanakannya dengan sewajarnya," katanya.
    
Ahmad Zahid juga berkata KDN akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk memantau aktiviti perniagaan pertubuhan-pertubuhan haram.
    
"Kita tidak berkompromi dengan aktiviti haram yang dijalankan pertubuhan-pertubuhan haram. Yang penting ialah rakyat diberi perlindungan sepenuhnya," katanya.
     
“Saya kira kerjasama rapat dengan SSM merupakan usaha yang dijalankan polis atau ROS (Pendaftar Pertubuhan). Apa yang penting orang ramai perlu diberi perlindungan sepenuhnya,” katanya. 

- Bernama

UrukHai.

Wednesday 21 August 2013

Gambar Gangster 04 Ugut Polis dan Sekitar Perarakan Pengebumian Semalam !!


5 penjenayah berjaya dibunuh oleh pihak polis di Pulau Pinang mencetuskan kemarahan oleh pihak pakatan terutamanya DAP. Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP tampil kehadapan membela nasib para penjenayah ini.

Kongsi gelap dan gengster sekarang ini mendapat pembelaan daripada DAP dan pakatan ..kita boleh lihat bagaimana dengan beraninya mereka membuat perarakan membawa bendera dan lambang kongsi gelap.
Hari ini mereka sudah menghantar isyarat  seperti gambar diatas di tembok sebuah balai polis .

Gambar dibawah anda saksikan bagaimana para kongsi gelap ini cukup berani…tidak pernah didalam sejarah negara mereka seberani begini..mereka naik tocang apabila mendapat pembelaan DAP..









UrukHai.

Ustaz Ini Mengatakan Sultan Itu 'SETAN' ??!!


Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dan sewajarnya terhadap ahli PAS ini.

Sudah lama PAS sememangnya bercita-cita untuk MENGHAPUSKAN INSTITUSI SULTAN DAN RAJA di negara ini dalam mencapai gagasan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara REPUBLIK.

Ini bukan lagi omong-omong kosong ... 

Saksikan video dibawah !!


Lanjut mengenai Ustaz Banggang ni Klik : mediawangsamaju


UrukHai.

Sunday 18 August 2013

KENAPA MALAYSIA TIDAK MENGHANTAR BANTUAN KETENTERAAN KEPADA NEGARA ISLAM YANG DALAM KRISIS?


Bercakap mengenai dakwaan bahawa kenapa kita tidak menghantar jet pejuang kita untuk menolong mereka di Mesir misalnya, kenapa tidak menghantar kereta kebal kita misalnya untuk menolong rakyat Palestine, kenapa kita tidak menghantar askar-askar kita untuk menolong kaum Rohingya. Saya rasa ini adalah pemikiran mereka yang dunggu akalnya. Kenapa saya bertanya demkian? Mari, saya ajak kalian untuk berfikir.

Dalam isu ini, bukan jet pejuang kita yang menjadi persoalan tetapi bagaimanakah kita mahu menghantar jet tersebut tanpa ditembak oleh negara lain kerana menceroboh ruang udara mereka sebelum sempat sampai ke Gaza dan negara-negara yang berkaitan? Pernah dengar tak mengenai Air Invasion, Sea Invasion, DAN Land Invasion? Kalau kita hantar jet pejuang kita, menceroboh ruang udara negara-negara yang akan kita lalu ketika melintasi negara-negara lain, sudah pastinya kita akan ditembak oleh roket mereka. Tak perlu sampai Israel pun sebab perbuatan bodoh hasil cadangan beliau.

Malaysia tak ada aircraft carrier dan tak ada satu negara Islam pun didunia yang mampu membina aircraft carrier ni. Ohh, kamu tahu ke aircraft carrier ni apa ? Hehehehe... Untuk pengetahuan ustaz, aircraft carrier adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk ‘Kapal Pengangkut Pesawat’. Bentuknya sebegini, dan ini adalah contohnya:


Nak tahu ini kapal apa? Inilah aircraft carrier bertenaga nuklear, Kelas Nimitz. Tahu berapa harganya? US$4.5billion.

Negara yang mempunyai aircraft carrier yang paling banyak ialah Amerika Syarikat dengan 11 aircraft carrier manakala 9 negara lain sekadar menmpunyai dua atau 1 sahaja aircraft carrier. Hanya ada 10 sahaja negara di dunia yang mempunyai aircraft carrier. Dan Persekutuan Rusia pun hanya mempunyai dua sahaja, kelas Admiral Kuznetsov.

Nabi sendiri mengajar kita untuk berperang menggunakan strategi, bukannya melulu macam cadangan MELEIS yang akan memberikan semua hak yang diperlukan pentadbiran Amerika Syarikat untuk merogol kedaulatan tanahair kita yang tercinta ini. Nabi tak akan dapat menawan Kota Khaibar, kota yang menjadi rebutan Rom dan Parsi daripada umat Islam kalau tanpa strategi dan taktikal, bukannya nabi suruh kita melulu berani mati. Begitu juga dengan sekarang, kita harus membuat analisis dan strategi untuk menyerang. Tanpa analisis, anda hanya turun untuk mati dalam peperangan. Jom kita buat analisis. Analisis itu ialah salah satu taktikal perang.

Hayati bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh mahu menawan Kota Konstatinople, bukan sehari dua perancangan. Sudha banyak raja-raja sebelum ini yang tewas dan tidak berjaya menawan kubu kuat umat Kristian itu. Apakah kita melulu untuk pergi menyerang? Tidak! Sultan Muhammad Al-Fateh memastikan askar-askarnya menjadi antara yang terhebat dengan latihan demi latihan. Bahkan bukan dengan itu sahaja, baginda turut melengkapkan askarnya dengan teknologi canggih seperti Meriam yang dicipta oleh rakyat Byzantine yang memeluk Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh membuat kajian demi kajian mengenai kelemahan-kelemahan kota yang disebutkan.

Mengenai isu Mesir, tahukah yang berlaku di sana adalah isu dalaman? Apabila kita masuk campur, maka ini bermakna kita mencabul kehormatan negara demikian. Kita bukannya negara seperti USA yang mempunyai kuasa VETO. Kita hanya boleh masuk tanpa diserang oleh tentera-tentera bersekutu PBB melalui tentera pengaman yang akan dibentuk oleh PBB sendiri. Apabila ini berlaku, tahukah anda bahawa Malaysia tidak pernah terlepas dalam membantu umat Islam?

Tentera pengaman di Bosnia, Somalia dan Lubnan misalnya, siapakah yang negara yang menjadi wira menyelamatkan umat Islam bahkan menyelamatkan tentera USA dalam pertempuran? Malaysia! Siapakah yang mengajar anak-anak Bosnia ilmu pengetahuan mengenai dunia bahkan akhirat? Malaysia! Siapakah yang menghantar pasukan komando Khas ke Bosnia untuk membuat kerja 'kotor'? Malaysia!

Tolonglah fahami bahawa JIHAD itu bukan BERMAKSUD, ANDA "BERBOGEL" memasuki negara orang lalu mengajak berperang! Ya, tentera Islam memenangi peperangan dengan bantuan ALLAH. Tetapi ingatkah kalian janji ALLAH bahawa ALLAH tidak akan membantu sesuatu bangsa andai bangsa itu tidak mengubahnya?

Tentera Islam dulu berperang bukan dengan semangat sahaja, tetapi TEKNOLOGI DAN AKAL! Pedang lengkung yang digunakan oleh umat Islam mampu memotong BENANG SUTERA! Akal fikiran nabi Muhammad, Khalid Al-Walid dan Sultan Muhammad Al-Fateh merancang taktikal dalam peperangan itu membantu umat Islam!

Tolong! Saya seru kita jangan jadi MEREKA YANG RENDAH IQ! Anda bijak! Saya tahu! Gunakan akal sebelum bercakap mengenai satu perkara!

Islam mengajar kita jangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Tetapi kenapa cara kalian berfikir sebaliknya?

Hayati kata-kata dari genius yang merangka strategi perang:

"Victorious warriors win first before going to war, defeated warriors go to war then seek to win." Sun Tzu




UrukHai.

KJ Pertahan Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia !


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang dalam pemilihan parti akan datang.

Beliau membuat pengumuman itu dalam acara rumah terbuka di Kampung Gadong, dekat Seremban hari ini.

Khairy, 37, dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno pada 2008.

Beliau berjaya mengalahkan menteri besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo dalam pertembungan tiga penjuru.

Sebelum ini, seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno dari Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafii mengumumkan akan bertanding jawatan itu jika Khairy tidak mempertahankannya.

UrukHai.

Samun Kemudian Rogol !!

Gambar Hiasan

Kota Tinggi: “Saya terkejut apabila dua lelaki bertopi besbol merah, bersarung muka dan bersenjatakan parang tiba-tiba meluru ke dalam rumah sewa kami (rumah kedai) dari pintu belakang.

“Bimbang nyawa kami terancam, kami mengikut arahan mereka dan pada mulanya lega apabila semuanya dibebaskan, namun tidak menyangka seorang daripada kami bernasib malang apabila dilarikan dan dirogol,” kata mangsa samun di Jalan Kijang, Taman Kota Batu 2, di sini, Myat Soe Thu, 25, semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 malam, seorang pekerja wanita sebuah kilang elektronik warga Vietnam berusia 20-an dipercayai diculik dan dirogol sekumpulan tiga lelaki selepas memecah masuk dan menyamun sebuah rumah kedai yang dijadikan asrama.

Ketika itu, mangsa bersama 14 rakannya dikejutkan apabila dua suspek bersenjatakan parang meluru masuk selepas memecahkan pintu belakang rumah kedai diduduki mereka.

Myat berkata, dua suspek meluru masuk ke dalam rumah sewa sambil mengacukan parang manakala seorang lagi suspek yang berbadan besar menunggu di luar.

“Kami disuruh berkumpul di tengah rumah sambil suspek meminta kami menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai dan telefon bimbit ke dalam baldi.

“Selepas mengambil barangan kami, kami disuruh keluar melalui melalui pintu depan tetapi sebaik suspek beredar, kami mendapati seorang rakan kami hilang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Myat berkata, rakannya dipercayai dibawa menaiki kereta Proton Gen2 berwarna kelabu sebelum dirogol. Katanya, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan atas bukit di Jalan Air Terjun, 200 meter dari asrama yang diduduki jam 12.15 tengah malam.

Sementara itu, penolong pengurus operasi syarikat berkenaan Loo Soon Fah berkata, beliau mendapat panggilan telefon daripada seorang pekerja mengenai kejadian pecah rumah teres yang dijadikan asrama membabitkan pekerja lelaki warga Nepal di Jalan Belinjau, Taman Kota Jaya, di sini, jam 10.10 malam semalam.

Katanya, beliau menghubungi penyelia, Ahmad Pauzi Ikhsan yang tinggal di kawasan berhampiran untuk pergi membantu mangsa membuat laporan polis.

“Bagaimanapun, pada jam 10.45 malam saya sekali lagi menerima panggilan telefon mengatakan berlaku kejadian sama membabitkan sebuah rumah kedai setingkat yang dijadikan asrama pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam di Taman Kota Batu 2, di sini.

“Walaupun tiada kecederaan, kami kesal apabila seorang mangsa diculik dan dipercayai dirogol suspek,” katanya yang tiba dari Taman Daya, Johor Bahru.

Ahmad Pauzi berkata, selepas membuat laporan polis berkata, jarak antara lokasi kejadian pertama dan lokasi kedua adalah 2.5 kilometer.

Katanya, berdasarkan keterangan mangsa pertama (Taman Kota Jaya), pihaknya percaya jenayah dilakukan kumpulan sama.

“Kejadian pertama membabitkan 12 pekerja lelaki warga Nepal. Antara barangan disamun, termasuk lima telefon bimbit; wang tunai RM400 dan satu pemain cakera padat video (DVD).

“Kejadian kedua pula membabitkan 15 pekerja wanita warga Myanmar dan Vietnam dan antara barangan disamun termasuklah tiga kad ATM; lima telefon bimbit dan wang tunai RM400,” katanya.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap suspek secepat mungkin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Mohd Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.



UrukHai.

Awas Pasangan Hidup Anda, Mungkin Ahli Syiah ??!!


Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya hari ini menasihati umat Islam di negara ini yang ingin berkahwin, agar tidak memilih pengikut ajaran Syiah sebagai pasangan hidup.
    
Katanya selain menjaga keharmonian akidah umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunnah Wal Jamaah, langkah itu juga mengelakkan konflik jika pasangan bercerai.
    
"Kita tidak mengharamkan pernikahan tersebut sebaliknya kita melarang dan memberi peringatan agar pasangan terbabit berfikir sedalam-dalamnya jika berlaku masalah dalam  perkahwinan tersebut," katanya dalam sidang media di Kuching hari ini.
    
Juanda berkata larangan itu juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dan diperakui Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis (MAIPs) November tahun lepas.
    
"Langkah tersebut bertitik tolak daripada satu kes yang dilaporkan di Mahkamah Syariah Perlis melibatkan seorang isteri yang menuntut cerai daripada suaminya iaitu pengikut tegar ajaran Syiah, empat tahun lalu.


"Kes itu masih belum selesai berikutan perbezaan ajaran antara pasangan tersebut sekaligus menyebabkan status perkahwinan wanita yang mempunyai dua anak terbabit ibarat digantung tidak bertali," katanya. 
    
Ditanya langkah yang diambil pihaknya jika pasangan berkeras untuk meneruskan perkahwinan, Juanda berkata pihaknya akan menemu bual pasangan yang mengikuti ajaran Syiah bagi mengenal pasti tahap pemahamannya mengenai ajaran itu.
    
Mengulas langkah yang diambil untuk menyekat penyebaran ajaran Syiah, Juanda berkata Perlis mengambil langkah awal, antaranya tidak menerima kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran itu.
    
"Kita telah melihat dan mengkaji bagaimana ajaran Syiah ini tersebar, satu caranya ialah melalui kemasukan pelajar dari Iran, Pakistan dan Lubnan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di Perlis tidak menerima mana-mana kemasukan pelajar dari negara-negara yang mengamalkan ajaran tersebut," katanya.

- Bernama

UrukHai.

Saturday 17 August 2013

Sah Mat Sabun Pertahan Syiah ??!!


Kalau tak sokong, cakap la tak sokong, kalau sokong, cakap sokong..Ini pergi kaitkan dengan hubungan negara lah apa lah..

Itu lah yang cuba digambarkan oleh Timbalan Presiden PAS iaitu Mat Sabu apabila ditanya tentang isu syiah di Malaysia..dia kata isu syiah hanya timbul apabila hubungan Iran renggang dengan Amerika Syarikat..Apakah??




UrukHai.

Saturday 10 August 2013

Bongkar : Siapa Yang Duduk Dibelakang Fahaman Politik Komunis ??!!


Bila menilai menggunakan mata hati bukannya mata yang cantik tapi tuli, pasti mampu ketemu hasil yang sebenar, ini kajian yang telah berjaya di buat dan hasilnya

hasil penulisanya yang menunjukan sesuatu yang menarik pemikiran kita untuk berfikir berkenaan sesuatu didalam usaha mengubah pemikiran rakyat Malaysia yang semakin tertipu dengan permainan politik Pembangkang PAKATAN RAKYAT. 


Lihat dan baca link yang telah diberikan oleh diatas. Baca dan fahamkan apa yang cuba diterjemahkan oleh penulis blog tersebut. 

Secara peribadinya kita berfahaman Pakatan Rakyat di bumi Malaysia kini sedang membawa pemikiran atau lebih tepat lagi idealogi yang dibawa oleh Komunis satu masa dahulu. Mereka adalah penyambung turun temurun warisan perjuangan komunis.

Secara terang dan jelasnya Lim Guan Eng (LGE) yang bernaung dibawah parti DAP berkepalakan Karpal Singh, berjaya menggerakakan fahaman politik Komunis di Malaysia. Gerakan ini telah bergerak sejak 50 tahun lebih yang lalu. Sejak dari zaman Chin Peng lagi mereka telah memulakan gerakan fahaman ala komunis di Malaysia sehingga lah mereka mampu menubuhkan sebuah parti besar iaitu PAKATAN RAKYAT. 

Contoh pembuktian atau pendedahan ini adalah , Demostrasi Jalanan yang selama ini puak-puak pembangkang adakan disekitar Kuala Lumpur. Demostrasi yag diasaskan oleh Chin Peng telah berjaya diadakan, tujuannya adalah untuk mendesak Kerajaan menurut kata mereka agar senang mereka menggulingkan kerajaan yang sedia ada.

Jika anda adalah seorang pemnbaca dan pengkaji atau yang seumpama denganya, anda akan melihat gerakan yang telah diaturkan oleh Chin Peng yang kuat berfahaman Politik Komunis, menyusun atur gerakan mereka. 

Dan kini usaha 50 tahun Chin Peng mula menunjukan hasilnya contohnya :- 

1) DAP berjaya ditubuhkan 
2) Orang Melayu mula berpecah belah 
3) Perjuangan yang meilbatkan dua fahaman politik Pro Pembangkang dan Pro Kerajaan juga berjaya dilakukan
4) Menggunakan isu sensitif untuk menjentik semangat orang Melayu
5) Menubuhkan beberapa NGO kecil untuk menjadi kayu api dan nasi tambah kepada setiap isu yang mereka timbulkan. Contohnya SUARAM, SAMM, JINGGA 13, ABU

Terdapat pelbagai lagi contoh yang tidak dapat untuk kita catatkan dalam ini. Namun ianya pasti akan terdedah samada dari blog blog, page page penulis atau dari rakan rakan bloggerians dan page page yang lain.

Secara kesimpulanya adalah, fahaman politik pembangkang adalah hasil dari gerakan ala Komunis yang halus bagi memastikan Malaysia huru hara dan akan mereka perintah sama seperti Singapura. Pelbagai gerak saraf mereka gunakan, antaranya adalah, menyerang kewibawaan Ketenteraan Malaysia yang mereka sendiri sedar bahawa Ketenteraan adalah dibawah tangan Yang Di Pertuan Agong, maka sekiranya ketenteraan goyah ini membawa maksud mereka sedang mempertikaikan Sistem Raja Raja Melayu yang kini mereka ingin musnahkan Institusi Raja Raja Melayu di Malaysia. 

Gerakan Komunis ini terlalu halus dan ianya dikenali atau famous dengan gelaran "The Art Of War. Selaku rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka, perlu lah berfikir secara halus dan sehalusnya untuk menerima PEMBANGKANG sebagai peneraju utama Negara pada akan datang. Masa untuk mengubah kepimpinan memang senang dan singkat, tetapi sekiranya rakyat tersilap pilih didalam percaturan halus Komunis In Town ini, maka Malaysia akan menjadi seperti Singapura. Renung renungkan.


UrukHai.

Astro AEC Diantara Tali Barut DAP ??!!


Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri ni semestinya seperti tahun-tahun sebelumnya stesen-stesen tv akan menyediakan pelbagai rancangan yang menarik khusus dengan tema hari raya.Seperti biasa rancangan-rancangan ini akan di nantikan oleh banyak pihak sambil melayan tetamu yang berkunjung.

Namun dalam keseronokan kita mengikuti rancangan-rancangan yang menarik tu rupa-rupanya ada juga stesen tv yang buat perangai sambil-sambil selam minum air kata orang tua-tua.




Astro nampaknya langsung tidak menghiraukan tentang sentimen politik yang wujud dalam salah satu produk mereka iaitu ASTRO AEC melalui akaun facebooknya yang secara jelas menyiarkan berita yang tidak mesra kerajaan.

Komentar-komentar sedemikian rupa terdapat di dalam FB AEC yang rata-ratanya terdiri daripada kaum Cina dan ianya sudah tentu dapat membakar rasa benci serta sikap perkauman lebih ramai lagi kaum ini terhadap kerajaan BN di bawah pentadbiran Najib Razak.

Cubalah kita bayangkan, media perdana yang mendapat business daripada kerajaan BN tetapi produknya dilihat seperti mengigit tangan pihak yang membantu mereka.

Sebelum ini, akhbar The STAR milik parti MCA turut dipersoalkan kiblat politik mereka apabila dilihat mesra Pakatan pembangkang. Malah, salah seorang daripada kolumnis akhbar milik MCA itu adalah Setiausaha Nurul Izzah, anak Anwar Ibrahim.

Tak pastilah apakah motif sebenar pihak ASTRO , apa mungkin petugas yang sepatutnya memantau perkara-perkara sebegini bercuti raya ? Hahaha rasanya kalau itu jawapannya tak logik sangatlah...

Apa yang pasti pihak berwajib khususnya kerajaan perlu serius dalam isu seperti ini kerana ia mampu merosakkan bukan saja kerajaan tetapi juga negara.

Ada yang bertanya bukankah menyekat komentar-komentar sebegini seolah-olah kita menghalang kebebasan bersuara ? Blogger Dr MiM ada jawapannya Klik Sini 


Kredit MMI


UrukHai.

Tidak Puas Hati Kerana Bekalan Air Untuk Mandi, Mangsa Mati Dibunuh !!


Baru-baru ini kita sering mendengar akan perkhabaran kes dimana berlakunya kejadian tembak menembak dan kes bunuh yang melibatkan kongsi gelap dan bermacam-macam lagi kes jenayah yang dilaporkan oleh media.

Tumpuan kita hanya pada pihak Polis yang menjalankan tugas bagi menangini kes sebegini, jadi tak perlu kita risau akan kewibawaan pihak Polis dalam menjalankan tugas bagi memastikan keadaan sekeliling aman dan tenteram.

Di Kuala Lumpur semalam, lebih kurang jam 10.30 malam  di rumah kongsi, kawasan tapak pembinaan perumahan Seksyen 2 Bandar Mahkota Cheras.

Menurut sumber, ianya berpunca dari keluarga mangsa (mungkin isteri mangsa) meminta agar paip air dari rumah suspek di tutup sementara supaya beliau dapat alihkan aliran air ke takungan rumah kongsinya untuk mandi namun suspek, yang di katakan dari Madura enggan membenarkannya. Maka terjadi pertengkaran.

Suspek, warga Madura yang di kenali dengan nama Gemuk tidak berpuashati dengan pertengkaran tersebut lalu mengajak beberapa rakannya yang lain untuk menyerang mangsa, warga Vietnam d rumah kongsi mangsa yang tidak jauh dari rumah suspek.

Mangsa cedera parah dengan tikaman di dagu menembusi mulut dan mati di tempat kejadian selain dari beberapa kesan tetakan d badannya.

Rakan mangsa turut cedera terkena senjata dalam usaha beliau untuk membantu si mati. 

Menurut sumber lagi, suspek dan rakannya melarikan diri dan kini di buru pihak Polis.



UrukHai.