Followers

Thursday, 28 February 2013

Masih Ada Yang Tergila-gilakan Seluar Dalam Nuar ??!!


Anwar Ibrahim, masih ada yang gila terhadapmu, tidak dinafikan kau memang pandai berhujah..,kau juga pandai berbohong dan kau juga memang pandai berevolusi.

Apa yang rakyat mahu sekarang ini adalah penentuan terhadap PRU13 kali ini, Adakah kau masih mempunyai peluang? adakah kau masih mampu untuk berbohong ? tidakkkah kau malu disetiap pembohongan yang kau buat terhadap rakyat dan bangsamu Nuar?

Ada mata kita melihat, ada telinga kita mendengar, ada mulut kita berbicara dan ada jari kami menaip...

Tunggu dan tunggulah waktu pilihanraya kali ini, pastinya Pakatan Rakyat akan tumbang dihembus angin BN yang semakin kuat dari hari kehari...

BN Pilihan Rakyat! BN Pilihan Rakyat ! BN Pilihan Rakyat....!

Namun masih ada yang tergila-gilakan seluar dalammu Nuar.....hahahahaha..!!!



UrukHai.

Habislah !! 'Siapa Bunuh Altantuya' Adakah Najib Dan Rosmah Terlibat ??!!


Ceramah 'Siapa Arah Bunuh Altantuya' yang disampaikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam malam tadi jelas menunjukkan tiada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan berhubung penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Beliau yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa bahawa Najib terlibat dengan kes itu, namun menarik kembali tuduhan berkenaan dalam SD kedua telah tiba di tanah air Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa orang pemimpin parti pembangkang. 

Penyiasat persendirian itu gagal mengemukan bukti mendakwa Najib terlibat dengan kematian Altantuya dengan memberi alasan bahawa kes itu sudah lama berlaku dan sudah lupa.

"Minta maaf, sudah lama…jadi saya lupa," katanya dihadapan hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.



Mengapa P.Balasubramaniam masih lagi GAGAL MENGEMUKAKAN BUKTI mengaitkan DS Najib dalam isu pembunuhan Altantuya 

A) Kenyataan Balasubramaniam A/L Perumal (Bala) dalam siasatan kes kematian Altantuya –

i) Telah beri percakapan kepada pihak polis. Polis tidak memasukkan ceritanya berkenaan Najib. Percakapannya kepada polis tidak nyatakan apa – apa berkenaan Najib.

ii) Percakapan telah dibaca semula dan diterangkan. Beliau diberitahu hak untuk membuat pindaan atau tambahan. Beliau telah mengakui benar dan menandatangani pernyataan tersebut. (Sebagai bekas anggota polis, beliau tahu hak beliau untuk menyatakan segala keterangan dengan benar dan mengubah percakapan jika ada)

iii) Balasubramaniam telah memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau tidak langsung memberi keterangan berkaitan penglibatan Datuk Seri Najib. Beliau telah disoalbalas oleh peguambela dan tidak terdapat sebarang keterangan berkaitan perkara tersebut.

iv) Dalam keterangan Bala di Mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya, isu RM50,000.00 diminta oleh Altantuya bersama 3 tiket kapalterbang ke Mongolia sebagai syarat Altantuya tidak membuat laporan polis terhadap Razak Baginda.

v) DPP tidak tanya sebab Bala tak sebut apa – apa berkenaan Najib. Bala telah berkhidmat sebagai anggota polis selama 17 tahun dan jawatan terakhir adalah di Cawangan Khas.


B) Perakuan Bersumpah (SD) Balasubramaniam -

i) SD1 dibuat pada 3/7/2008.
ii) SD2 dibuat pada 4/7/2008.



C) Kenyataan Suresh A/L Subramaniam –

i) Pada bulan Mei 2008 beliau berjumpa dengan Bala di sebuah PubBulldog di Hartamas. Di sana beliau telah diperkenalkan dengan beberapa orang termasuk Ahli Parlimen Sivarasa dan peguam Amrick Singh Sidhu. Mereka membincangkan kes Altantuya dan bertanya sama ada beliau tahu tentang kes tersebut. 

Suresh menyatakan beliau tidak terlibat dalam ke situ. Mereka meminta Suresh untuk membuat Pernyataan Bersumpah (SD)untuk mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Razak Baginda dalam kes Altantuya. Suresh menyatakan beliau tidak berminat dengan cadangan mereka.

ii) Pada 2/7/2008, Bala meminta bantuan Suresh untuk menghantarnya ke Corus Hotel di hadapan KLCC. Dalam perjalanan telah singgah di DUO Residency yang mana Bala mengambil satu envelope yang ditinggalkan oleh peguam Amrick Singh. Bala memaklumkan “something big is going on tomorrow”. Suresh telah menonton berita dan mendapati Balasubramaniam telah membuat pengakuan bersumpah melibatkan Timbalan Perdana Menteri yang mana semasa tersebut Dato Seri Anwar Ibrahim berada di sebelah Bala.

iii) Selepas itu, Bala menghubungi Suresh menyatakan beliau takut dan telah pergi bersama ke pejabat Amrick Singh di Ampang. Amrick Singh memujuk Bala agar jangan takut dan meminta pembantu Bala bernama Suras Kumar juga membuat Penyataan Bersumpah bagi mengaitkan TPM dengan Altantuya dan Razak Baginda. Suras enggan walaupun Amrick Singh menyatakan akan membincangkan bayaran kepada Suras kemudiannya.

iv) Bala telah memaklumkan kepada Suresh bahawa pihak Amrick Singh dan PKR telah menjanjikan RM700,000 dan peluang perniagaan kepada Balasubramaniam bagi membuat Penyataan Bersumpah tersebut. Bala juga menyatakan beliau bersetuju memberi Penyataan Bersumpah tersebut kerana marahkan pihak polis yang telah menangkap beliausemasa siasatan kes Altantuya dan menyebabkan pendapatannya hilang.

v) Berkaitan RM50,000 Suresh dimaklumkan oleh Bala bahawa Altantuya mengugut untuk mendapatkan jumlah wang tersebut, jika tidak Altantuya akan mencolek anak Razak Baginda.



D) Kenyataan Suras Kumar (Pembantu Bala dalam tugas sebagai penyiasat persendirian) -

i) RM50,000.00 – Altantuya sendiri memaklumkan kepada beliau bahawa Altantuya memerlukan wang itu untuk merawat anak dan emaknya serta membayar hutang.

ii) Sepanjang bertugas dengan Bala, beliau tidak pernah dimaklumkan apa –apa tentang penglibatan Datuk Seri Najib.

E) Kenyataan Abdul Razak bin Abdullah (Razak Baginda) -

Dalam penyataannya kepada pihak polis, beliau menafikan dan menyatakan tidak memberitahu Bala sepertimana dalam SD1 mengenai penglibatan Datuk Seri Najib.



F) Penyataan Bersumpah Kedua -

i) Menurut Bala, dalam siasatan peguam Arulampalam yang menyediakan Penyataan Bersumpah (SD2) tetapi disangkal oleh peguam tersebut. Bala menyatakan bahawa dia bertemu dengan peguam Arulampalam pada 3/7/2008 di Lotus dan peguam tersebut yang membawa ke Hotel Prince pada 4/7/2008. Manakala peguam tersebut menyatakan dia bertemu kali pertama dengan Bala di Prince Hotel atas permintaan Bala dan di situ, Bala menunjukkan SD2 tersebut dan Bala memberitahu dia bahawa dia membuat atas paksaan (duress), oleh kerana itu Bala hendak menarik balik SD1.

ii) Menurut Bala lagi, beliau membuat SD2 kerana marahkan pihak PKR mengadakan kenyataan akhbar sepanjang penyataan SD1 bagi mempolitikkan perkara tersebut. Sebaliknya Peguam Amrick Singh Sindhu dan peguam Sivarasa menyatakan bahawa Bala sendiri bersetuju membuat kenyataan akhbar tersebut.

G) Perjumpaan di The Curve –

i) Dalam kenyaaan Bala, beliau menyatakan terdapat 6 orang hadir dalam perjumpaan tersebut iaitu Bala, Suresh, Deepak, Dhanesh, Datuk Nazim dan isteri Datuk Nazim.

ii) Suresh menafikan ada perjumpaan di The Curve pada malam3/7/2008.

iii) Dhanesh Jaikishan A/L Jaikishan Rewathand menafikan ada hadirperjumpaan tersebut.

iv) Deepak menafikan ada perjumpaan tersebut.

v) Datuk Nazim juga menafikan berlakunya perjumpaan tersebut.

H) Keterangan Pegawai – 

Pegawai polis yang menjalankan soal siasat ke atas Bala dalam kes Pembunuhan Altantuya. Mereka menafikan bahawa Bala ada menyatakan penglibatan Datuk Seri Najib dalam kes berkaitan Altantuya.


Fakta-fakta di atas adalah penyebab mengapa P.Balasubramaniam sehingga kini GAGAL MENGEMUKAKAN SEBARANG BUKTI. !!

Rakyat perlu mengetahui dengan jelas setelah lama menghilangkan diri, P.Balasubramaniam muncul di saat-saat akhir sebelum berlangsungnya pilihanraya umum.

Ini bukan andaian namun hakikat sebenar permainan politik licik Anwar Ibrahim dan PKR untuk menjatuhkan DS Najib sejak beliau memangku jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi.

Mana dia bukti-bukti kukuh DS Najib terlibat ? Anwar Ibrahim jangan lari dari persoalan ini ...






UrukHai.

Mengapa Harakah Membiarkan Sahaja Video Ini Disebarkan ??!!

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Layan beb kah kah kah kah kah !!


UrukHai.

Nabila Huda Nafi Bukan Gambar Seksinya Yang Di Kongsi ??


Ya, kalau anda mengikuti Instagram Nabila Huda, sememangnya dipenuhi dengan gambar-gambar dirinya berposing dengan pakaian yang agak seksi di tempat-tempat pelancongan dalam dan luar negara. Banyak cacian dan makian yang telah Nabila terima kerana berkongsikan gambar-gambar ini.

Namun jangan salah anggap, Nabila sebenarnya ingin berkongsi kecantikan pemandangan dan latar belakang di dalam gambar-gambar tersebut. Bukannya berkongsi gambar seksi dirinya. Bila tengok gambar yang dikongsi oleh Nabila memang tak nampak langsung muka Nabila cuma nampak gambar pemandangan yang cun melecun kat belakang tue je.
Ia adalah perkara normal, semua orang akan muat naik gambar-gambar menarik mereka cuma mungkin pakaian saya sedikit seksi tapi sebenarnya bukan itu yang saya ingin tunjukkan kepada umum sebaliknya gambar pemandangan dan latar belakang gambar itu. Jangan menilai saya hanya dengan gambar-gambar tersebut, itu adalah kehidupan saya dan saya tidak mahu hipokrit.

Bagus betul Nabila Huda ini. Bukan semua orang dapat pergi berjalan-jalan macam Nabila. Jadi kesudian Nabila berkongsi gambar pemandangan yang cantik amatlah dihargai. Dapat jugalah orang macam kita ni menikmati kecantikan tempat yang dilawati oleh Nabila. Lagipun kini Nabila Huda dah buat 'derk' dengan pandangan masyarakat sekitarnya.
Dulu saya pernah rasa give up, saya rasa hidup saya tidak berguna apabila mengambil pusing apa yang orang ramai cakap. Namun sekarang saya buat tidak tahu sahaja, biarkan mereka cakap apa yang mereka mahu.

Diharap Nabila Huda teruskan berkongsi gambar-gambar dirinya melancong. Teruskan berkongsi gambar-gambar pemandangan dan latar belakang yang menarik. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi photographer pulak. Tak ke gitu? Hehehe.



UrukHai.

Wednesday, 27 February 2013

Pakatan Mula Goyah, BN Akan Menang Pilihanraya Di Penang PRU13 Kali Ini !!


Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan kekal berpegang pada formula agihan kerusi pada 2008 di mana DAP bertanding 19 kerusi negeri, PKR (16) dan PAS (5) untuk berdepan Umno yang bakal bertanding 15 Umno, Gerakan (13), MCA (10) dan MIC dua kerusi.


Ia bagi mengelak sebarang kemungkinan konflik dalam gabungan tersebut, sebagaimana yang berlaku dalam Pakatan di Johor baru-baru ini di mana pemimpin DAP dan PKR bertelagah secara terbuka kerana berebut kerusi yang bertindih.

"Kami akan kekalkan status quo di Pulau Pinang," kata . Pengarah Pilihan raya DAP Pulau Pinang, Ng Wei Aik (kanan), sambil menambah bahawa keputusan itu adalah muktamad dan menolak sebarang kemungkinan berlaku konflik berkaitan dengannya.

Bagaimanapun, DAP tidak mengambil mudah pilihan raya umum kali ini, dengan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berterusan mengingatkan semua pihak supaya bersiap sedia untuk berdepan dengan serangan lawan.

Kebimbangan Lim adalah munasabah, terutama dengan laporan penilaian dalaman BN yang menunjukkan ia sudah 90 peratus bersiap sedia untuk merebut kerusi yang majoriti pengundi Melayu.

Terdapat 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, di mana 29 dimenangi Pakatan. Sekiranya DAP dapat mengekalkan semua 19 kerusi yang dimenanginya sebelum ini, maka Pakatan memerlukan PKR dan PAS menyumbang dua lagi kerusi untuk kekal berkuasa di negeri itu. 

Persoalan yang lebih besar ialah sama ada Pakatan akan dapat mengekalkan majoriti dua pertiga, iaitu sekurang-kurangnya 27 kerusi.

Difahamkan, kajiselidik dalaman Pakatan juga menunjukkan bahawa ia mungkin mampu meraih hanya 25-30 peratus undi Melayu yang diharapkannya, meletakkan ia pada risiko kehilangan kerusi majoriti Melayu dan kerusi pengundi bercampur, yang kebanyakannya dipegang oleh PKR dan PAS.

"Ini adalah kerana (BN) sedang memainkan isu perkauman di Pulau Pinang," kata Lim. merujuk kepada dakwaan Umno bahawa kerajaan negeri dan DAP telah meminggirkan orang Melayu dan kedudukan Islam terancam oleh kewujudan mereka.

BN melihat peluangnya untuk menawan semula Pulau Pinang melalui kawasan majoriti Melayu yag dikuasainya sejak Merdeka.

Bagi Pakatan, menurut spekulasi, PKR merancang untuk menggugurkan atau memindahkan semua penyandang bukan Melayu di Pulau Pinang - sesuatu yang dilihat sebagai merugikan gabungan itu.

Kerusi terbabit ialah Tambun (dipegang oleh timbalan ketua PKR negeri dan exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang), Bukit Tengah (Liew Chee Wen), Kebun Bunga (Jason Ong Khan Lee), Pantai Jerejak (Sim Tze Tzin), Batu Uban (S Raveentharan) dan Machang Bubuk (Tan Hock Leong).

Law mungkin dipindahkan ke Bukit Tengah untuk menangani "cabaran terbesar" dari BN, yang dilaporkan merancang untuk membariskan pengerusinya, Teng Chang Yeow (kiri) di situ, manakala ia Sim, seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini, akan bertanding kerusi Parlimen Bayan Baru.

Dengan kerusi Pantai Jerejak ditawarkan kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon, maka "kuota" bagi kerusi DUN bukan Melayu untuk PKR Pulau Pinang akan 
berkurang dari lima kepada empat.


Sumber MPP Online


UrukHai.

#Manifesto Bukan Janji, Itu Semua Bohong Pakatan ??!!


Manifesto Pakatan Rakyat yang dirangka dan dinamakan Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat. Dibuat tanpa kajian terperinci termasuk tersasar dari kerangkaan jangka pendek dan panjang untuk pertumbuhan ekonomi negara. 

Pakatan Rakyat terus menjadi bahan kritikan apabila manifesto mereka dibidas sebagai tidak praktikal dan bakal memufliskan negara. 

Bagaimana Pakatan akan membiayai janji-janji manifesto mereka? 

Manifesto Pakatan Rakyat terang-terang tidak disertai dengan rancangan menyeluruh, malah banyak perkara telah pun dilaksanakan oleh kerajaan, contoh ETP/GTP. 

Harus diingat rakyat terutama dari Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah sudah serik dan menolak manifesto Pakatan, dan menuduh Pakatan tidak akan menunaikan janji-janji mereka lagi. Manifesto 2008 pun Pakatan tak terbuat. Lupakan saja Manifesto 2013 ini. Pakatan Manifesto: Tindakan populis terlampau Pakatan mahu beri percuma serta turunkan harga pelbagai jenis barangan/perkhidmatan tapi tidak beritahu bagaimana mereka hendak biayai semua itu. Jika separuh manifesto pakatan terlaksana, negara akan muflis. 

Jika Pakatan Rakyat bertindak melaksana segala ini tanpa mempedulikan kemampuan negara akan memyebabkan negara akan alami difisit hingga RM233bilion dan yang pasti setelah menggugur dan menutup sumber pendapatan negara seperti Lynas, menghapuskan cukai kereta, memansuhkan PTPTN, dan banyak lagi bakal menyebabkan negara kekurangan dana dan sumber pendapatan. Akibatnya level yang wajib bayar cukai akan diturunkan keparas hingga petani nelayan kena bayar cukai hingga 80% rakyat terpaksa membayar cukai. Atau Petronas menjadi mangsa tidak dapat melebarkan cari gali baru kerana kekurangan dana dan akhirnya pendapatan semakin berkurangan. 

Lepas itu apa? Adakah negara perlu melutut depan IMF memohon bantuan dan pakai dahulu dan bayar kemudian? Bayar dengan apa kalau dah miskin, hendak bayar dengan aset atau menjual aset utiliti negara seperti yang pernah berlaku di Indonesia?




UrukHai.

Hassan Ali 'Pangkah' = TOLAK Pembangkang KAW-KAW ??!!


Isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat ditakdirkan menawan Putrajaya terus dibincang. Nada perbincangan kelihatan semakin hangat dan goyah. Rakyat yang tidak menyokong Pakatan Rakyat pun turut memberi perhatian kepada isu yang masih belum ada penyelesaian yang melibatkan jawatan nombor satu itu.

Rata-ratanya rakyat samada penyokong Pakatan atau penyokong BN ataupun mereka yang berada di atas pagar dilihat memberi perhatian istimewa kepada isu ini kerana yang terlibat ialah manusia yang namanya Anwar Ibrahim. Sebut sahaja Anwar Ibrahim berbagai imej akan terpancar dan hampir semuanya menjurus kepada negatif untuk dirinya, negatif untuk Pakatan dan malapetaka untuk Negara.

Tiada siapa yang memiliki akal yang siuman dapat menerima seorang Perdana Menteri dengan imej yang berpecah-pecah dan sehingga kini dari dirinya sendiri, dari partinya dan daripada Pakatan sendiri belum kelihatan ada usaha membersihkan arang yang tercalar di sana sini pada muka Anwar Ibrahim.

Kebanyakan kita bersetuju bahawa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan latar belakang sosio budaya yang beranika dan kekuatan tatasusila masih ampuh dalam kehidupan sebahagian rakyat, maka mana-mana individu yang tidak dapat memenuhi prasyarat-prasyarat ini sudah tentu tidak diberi ruang dan tempat oleh majoriti rakyat negara ini.

Rakyat Malaysia boleh memilih dengan menggunakan kriteria masing-masing seorang Perdana Menteri yang benar-benar menjadi kebanggaan bukan sahaja di kalangan Melayu Islam, dikalangan orang Cina orang India dan suku kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Bahkan dengan sistem demokrasi yang diamalkan, siapa sahaja yang mempunyai kelayakan boleh bersama-sama menentukan bakal Perdana Menteri melalui undi yang mereka berikan.

Dalam Konvensyen Pakatan Rakyat kelmarin terdapat usaha untuk menonjolkan Anwar Ibrahim sebagai penyandang jawatan Perdana Menteri. Pimpinan utama DAP dan PKR cuba
mengambil kesempatan untuk mendapatkan endorsement untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Tetapi atas respons yang seolah-olah kaku daripada perwakilan di tambah pula dengan posisi PAS terhadap isu ini yang sudah diketahui lebih awal maka percubaan “memasarkan” Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri gagal sama sekali.

Pada masa yang sama PAS kelihatan tidak terpanggil untuk membincangkan soal tersebut lantaran PAS melalui Majlis Syura Ulama dikatakan telah membuat keputusan tidak bersetuju menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri. Rasional PAS mudah ditelah. Sebagai sebuah parti Islam sudah tentu Anwar Ibrahim gagal memenuhi prasyarat parti Islam itu untuk melayakkannya menjadi Perdana Menteri.

Kalau kita semak ke belakang sejarah melantik Perdana Menteri diperingkat awalnya hampir tidak menghadapi masalah. Tidak ada gelombang, tidak ada ribut dan tidak kelihatan tanda- tanda wujudnya gelora. Apa yang disaksikan hari ini berbeza sekali. Rakyat daripada berbagai kedudukan dan latarbelakang telah mara ke hadapan menyatakan pendirian mereka berhubung dengan siapa yang sepatutnya duduk di kerusi Perdana Menteri seandainya Pakatan menawan Putrajaya.

Tinjauan yang telah dibuat sekian lamanya di seluruh negara menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim bukan calonnya. Anwar Ibrahim tidak layak. Anwar Ibrahim akan menimbulkan aib di mata dunia dan pemilihan Anwar Ibrahim akan dilihat sebagai kebaculan rakyat Negara ini memilih seorang manusia yang dari segi moral mengamalkan prinsip membujur lalu melintah patah. Dari segi agama pula fahaman pluralisme agama dan Islam liberal kini dipenuhi dengan tanda soal yang beliau sendiri pun tidak mampu menghujah balik kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Indikasi penolakan terhadap Anwar Ibrahim menjadi semakin menyeluruh. Ulasan-ulasan, pandangan-pandangan, observasi-observasi dan kajian-kajian yang dibuat oleh para intelektual samada yang mewakili NGO-NGO Islam yang terkemuka telah menambahyakinkan rakyat bahawa tidak ada gunanya mana-mana pihak termasuk DAP dan PKR menghabiskan masa memberikan berbagai alasan untuk terus menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Apapun yang hendak dilakukan rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu Islam tidak mempunyai apa-apa hujah lagi bila neraca moral dan agama digunakan untuk dijadikan kriteria asas menentukan siapa Perdana Menteri.

PAS kelihatan seolah-olah baru sedar bahawa dari lamunan mereka majoriti orang Melayu yang bakal menjadi pengundi mereka menolak Anwar Ibrahim. Seingat saya, sewaktu saya didalam PAS, saya adalah di antara pimpinan Pas yang dari awal-awal lagi mencadangkan supaya Perdana Menteri Malaysia mesti datang daripada jalur kepimpinan PAS. Bahkan saya telah menamakan Presiden PAS Ust Hadi Awang sebagai calon yang paling layak jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim. Dengan tidak perlu memanjang hujah, letakkan dua gambar insan ini dihadapan kita. Kita yakin secara naluri dan ditambah dengan bisikan dhamir yang cintakan kebenaran, gambar Anwar Ibrahim akan menjadi malap dan terus gelap.

Satu perkara yang perlu diberi perhatian supaya rakyat Melayu Islam tidak kelihatan begitu naïve terhadap apa yang berlaku dalam isu Perdana Menteri Pakatan itu. Di satu sudut ada sedikit kelegaan di hati kalangan ahli dan penyokong PAS bila Parti islam itu dilihat menolak Anwar Ibrahim. Penolakan terhadap Anwar Ibrahim seperti yang disebutkan sebelum ini timbul dengan agak tiba-tiba setelah buat sekian lamanya pimpinan tertinggi PAS menyebut melalui lidah mereka sendiri nama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Perubahan yang agak drastik seperti ini perlu dilihat dari kaca mata yang lebih berhati-hati. Dikhuatiri keputusan PAS walaupun tidak menyebut Anwar Ibrahim tetapi sehingga ke hari Konvensyen semalam PAS masih tidak menyebutkan siapakah di antara pemimpin PAS yang layak menyandang jawatan itu.

Saya menjangkakan tindakan PAS tidak menamakan sesiapa adalah merupakan satu taktik untuk meraih semula sokongan ahli, penyokong dan masyarakat Islam terhadap PAS dalam PRU ke 13. Ditakdirkan semuanya berjalan seperti yang distrategikan, PAS akan mengolah semula keputusan parti mengenai calon Perdana Menteri. Saya tidak terperanjat kalau nama Anwar Ibrahim ditimbulkan semula oleh PAS untuk menjadi Perdana Menteri sebagai salah satu daripada percaturan politik terutama dalam situasi dimana PAS memenangi jumlah kerusi yang paling kecil dalam Pakatan Rakyat tersebut. Saya juga berkeyakinan DAP dan PKR akan terus meremehkan dan memperkecilkan PAS seperti yang telah mereka lakukan sebelum ini. Keputusan pilihanraya yang tidak memihak kepada PAS akan menjadikan Parti Islam itu tidak lebih seperti melukut ditepi gantang sekadar untuk mencukupkan korum sahaja.

Akhirnya, isu mengenai Perdana Menteri Pakatan Rakyat sepatutnya tidak perlu dipanjangkan lagi. Tidak ada logiknya mengulang-ulang hujah yang sama terhadap manusia yang sama yang sebahagian besar daripada rekod kewibawaannya telah diketahui di seantero dunia.

Anwar Ibrahim tidak lagi relevan dalam konteks kepimpinan politik negara. Beliau juga tidak relevan dari segi membincangkan isu politik semasa terutama PRU ke 13. Rakyat sudah muak dengan apa yang berlaku dan rakyat juga tidak mampu lagi menanggung aib disebabkan masalah moral yang bertimpa-timpa tanpa berkesudahan. Apa yang berlaku kepada dirinya akan dipalitkan kepada majoriti penduduk negara ini yang terdiri daripada penduduk Melayu Islam.

Rakyat Malaysia sudah dewasa. Rakyat Malaysia sudah matang dan rakyat Malaysia tidak perlu disogok ke telinga mereka setiap waktu dan masa mengenai Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia lebih prihatin dan cenderung untuk melihat gambar yang lebih besar tentang kerukunan dan kesejahteraan hidup bersama ahli keluarga dan masyarakat sekitar. Mereka tidak mahu dan serik dilibatkan dengan cerita-cerita yang memualkan.

Inilah masanya rakyat perlu bangkit menolak Pakatan Rakyat. Bukti Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu begitu terang dan jelas dihadapan kita terutama dalam konteks siapa bakal menjadi Perdana Menteri. Kalau isu asas melantik Perdana Menteri tidak selesai, apa isu yang boleh diselesaikan oleh Pakatan Rakyat yang dikatakan akan menjadi peneraju di Putrajaya nanti.

Rakyat tidak sepatutnya memperjudikan masa depan negara dengan mengizinkan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya. Seandainya kita lakukan juga, ertinya kita redha melihat anak bangsa kita menerima bahana daripada ketidakprihatinan kita itu.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL




UrukHai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Pun Kata #Manifesto PR Tak Kaji, Hanya Main Bentang Sahaja ??!!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pakatan Rakyat (PR) kini kemaruk untuk ke Putrajaya dan sanggup melakukan apa sahaja bagi memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Oleh itu tegas beliau, manisfeto Pakatan Rakyat, yang dilancarkan semalam, membuktikan mereka akan melakukan apa sahaja tanpa mengkaji kesan tindakan PR.

"Mereka tak kaji, tahu bentang sahaja dan tidak fikir bagaimana mereka boleh buat," kata beliau semasa berucap pada sesi lawatan rasmi ke bahagian Parlimen Wangsa Maju dan mendengar taklimat gerak kerja BN Parlimen Wangsa Maju, hari ini.

Sebelum itu, Muhyiddin turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Baju Uniform kepada kepada pemandu-pemandu teksi kawasan Parlimen Wangsa Maju di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Wangsa Maju.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutan berkata, kalau dilihat secara keseluruhan yang dijanjikan, persoalan timbul dari mana sumber pembangkang boleh memperolehi sekiranya semua diberikan secara percuma.

Sehubungan itu kata beliau, pembangkang akan sedaya upaya dan berbuat apa sahaja sama ada halal atau haram untuk menumbangkan BN.

"Malah pembangkang akan lebih agresif untuk cuba memenangi pilihan raya ini nanti dan menggunakan pelbagai cara termasuk blog untuk melakukan pembohongan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerusi Parlimen Wangsa Maju mesti kembali ke pangkuan BN walaupun berhadapan senario yang sukar pada pilihan raya kali ini.

Katanya, tidak kira siapa calon yang bertanding, apa yang lebih penting adalah kemenangan BN di Wangsa Maju, selain Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu bekerja keras memastikan kejayaan BN.

"Melihat muka-muka yang cerah di sini, saya yakin BN akan menang di Wangsa Maju dan mesti menang ," katanya.


UrukHai.

[VIDEO] Jangan Percaya #Manifesto Pakatan Haram, Itu Semuanya Bohong ??!!


Tertipu, tertipu dan terus ditipu, sekiranya rakyat masih percaya dan memilih Pakatan Haram dan sesungguhnya mereka akan terus ditipu oleh mereka yang selalu menjanjikan bulan dan bintang.

Korang tengoklah apa Janji-janji pembangkang pada PRU12 lalu, ada mereka tunaikan ke? chhaaaiitt...LU SEMBANG LA NUAR !! Contoh lihat di Selangor dan Pulau Pinang dah cukup siott.

Kelmarin pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang PRU 13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pakatan pembangkang seolah-olah mempermainkan sistem demokrasi negara apabila menjadikan manifesto itu sebagai dokumen 'main-main' dan tidak serius.

Manifesto pakatan pembangkang itu juga menimbulkan banyak persoalan kerana tidak dibuat dengan satu kajian yang menyeluruh dan penjelasan mengenai pelaksanaannya.

Contoh pengurangan duti eksais kereta supaya kereta import menjadi murah yang akan mengakibatkan kerajaan akan kehilangan pendapatan sebanyak RM6.4 bilion.

Pembangkang nak 'cover' macam mana, apa yang mereka nak buat untuk 'cover' pendapatan kerajaan melalui duti eksais yang akan hilang.

Pakatan pembangkang juga masih berteka-teki berhubung calon perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya nanti.

Macam mana mereka boleh umum manifesto tapi tidak berani umum siapa bakal perdana menteri. Kalau siapa bakal perdana menteri pun tak berani nak umum, di mana rakyat nak ada keyakinan tentang kesungguhan mereka nak melaksanakan manifesto itu. Mereka kena tegas siapa nak memimpin negara ini.

Sekali lagi kita mesti tolak segala apa yang pembangkang janji sebab belum tentu depa akan tunaikan janji jika menang.

Jangan jadi macam si Tipah cukuplah.





P/s : NUAR SI RETORIK !!


UrukHai.

Saya Janji, Saya Akan Masukkan Dalam Buku Jingga ??!!


Tudia,...Saya Janji...saya akan masukkan dalam buku Jingga..Kah kah kah kah
Layan....



UrukHai.

Tuesday, 26 February 2013

Kenapa Hadi Awang "Kelupoq" Tak Tentu Pasal ??!!


PAS kian tercabar dengan Barisan Nasional yang sentiasa menunaikan janji-janjinya kepada rakyat. PAS hanya gah memalu gendang sebagai intro janji-janji manisnya. Namun selepas itu terus senyap tidak ada sebarang pelaksanaan. Sebenarnya mereka tidak sedar yang rakyat semakin meluat dengan parti yang hanya bersandarkan nama dan mengharapkan nama untuk ke syurga.

Jika sebelum ini, Nik Aziz mengatakan bahawa penerima BR1M diumpamakan seperti haiwan ternakan seperti 'ayam dan lembu' klik Sini, Semalam Hadi Awang pula meneruskan kesinambungan mulut celupar 'boss'nya siapa lagi kalau bukan Nik Ajieh yang sedikit yang telah nyanyuk tu.

Firaun pun bagi 'BR1M', kata Hadi Awang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mengumpamakan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan BN dengan tindakan Firaun di Mesir yang menurutnya memberi kekayaan demi menyesatkan pemikiran rakyat
Hadi yang membacakan kutipan ayat daripada Al-Quran itu menceritakan semula kisah Nabi Musa berhubung sikap Firaun yang cuba "membodohkan rakyat" itu. 
"Cerita BR1M ini bukan cerita baru. Al-Quran sudah menceritakan lebih lima enam ribu tahun yang lalu, Firaun telah (agih) BR1M," katanya sambil diringi gelak ketawa perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam. 
Beliau menceritakan bawah Nabi Musa pada awalnya meminta Allah menjelaskan mengapa Firaun diberi kekayaan yang banyak. 
"Nabi Musa berdoa wahai Tuhan kami, mengapa engkau beri kepada Firaun, kekayaan yang melimpah ruah. Dengan kekayaan itu, digunakan untuk menyesatkan rakyat bukan untuk membela rakyat," katanya. 
Seterusnya, beliau menceritakan pula mengenai keangkuhan Firaun yang mendakwa berkuasa untuk memberi nikmat kepada rakyat berkenaan. 
"Firaun telah mengarahkan rakyat Mesir, dikumpul beramai-ramai, dan Firaun berucap. Tidakkah aku menjadi pemerintah berkuasa di Mesir ini? 
"Sungai-sungai yang mengalir di kampung-kampung, ini adalah projek aku. Di bawah penguasaan aku. 
"Aku (Firaun) yang bagi. Satu lagi projek aku (Firaun). Al-Quran berkata maka Firaun menjadikan rakyat ringan (meremehkan) akal dan membodohkan rakyat," katanya diiringi ketawa yang menggamatkan dewan konvensyen. 
Beliau seterusnya menyeru rakayt agar tidak mengundi BN walaupun menerima bantuan tersebut. 
"Cara BR1M, adalah tangungjawab kita untuk membijakkan rakyat. Rakyat dibijakkan, terima BRIM jangan undi BN. BRIM itu duit rakyat.  Bukan duit poket BN. Beritahu rakyat, bahawa BR1M itu duit kamu, ambil," katanya lagi  
Katanya, beliau yakin Pakatan mampu mentadbir Putrajaya selepas membuktikan kecemerlangan memimpin di negeri dikuasai Pakatan selama satu penggal. 
"Insya-Allah kita buktikan sekiranya kita ke Putrajaya. Kita menunaikan janji Buku Jingga. Janji yang akan ditepati, bukan menepati janji selama 50 tahun. 
"Kita tahu rakyat diperkudakan. Buku jingga menyelesaikan masalah, bukan membodohkan rakyat. Insya-Allah rakyat tidak boleh dibodohkan. Tanggungjawab kita mencerdikkan rakyat," katanya. malaysiakini 
Anda semua mahu tengok siapa 'Firaun' ?? 








Senarai kuli-kuli dan macai 'FIRAUN' di Malaysia yang telah lama menipu rakyat ??!!.










Jeng Jeng Jeng.....



P/s : Biarlah gambar yang memberitahunya...



KREDIT Sumber


UrukHai.

Manifesto Bukan Janji, BN Janji Ditepati !!


Ketua Biro Penerangan BN negeri Tan Cheng Liang berkata rakyat tidak akan terpedaya untuk kali kedua dengan manifesto itu memandangkan janji-janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 belum ditunaikan.

Beliau menyifatkan manifesto itu sebagai retorik dan percaya kesemua manifesto itu tidak akan dilaksanakan.

"Mereka tidak akan laksanakan kerana track record mereka dalam menunaikan semua janji tak ada, dulu punya janji pun tak kotakan. Macam mana rakyat nak percaya mereka. Satu kali ditimpa tangga cukup la, tidak ada kali kedua," katanya.

Tan yang juga Ketua Wanita MCA berkata rakyat kini semakin bijak untuk menilai parti mana yang benar-benar ikhlas menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.- Bernama



UrukHai.

[Video] Nik Aziz Tak Faham Islam, Hadi Awang Pak Turut- Kata Anwar ??!!


Anwar Ibrahim, mengutuk Hadi Awang, Nik Aziz dan mempersoalkan pada rakyat Sabah yang juga sedang dikelirukan olehnya sebagaimana Isu Kalimah Allah dimainkan ?.


Hebatkan Anwar Ibrahim sewaktu beliau berucap ??, Dasar Manusia yang berbagai-bagai...hikhikhik


UrukHai.

Hadi Kecewa, Nik Ajis Menitis Air Mata...Konvensyen Hambar Kekecewaan Jelas...??!!


Perwakilan di konvensyen Pakatan Rakyat memberikan sambutan hambar kepada desakan Lim Guan Eng supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Sambutan dingin itu menyerlahkan isu kepimpinan Pakatan Rakyat susulan keengganan PAS untuk mencalonkan Anwar secara terbuka bagi jawatan tertinggi itu.

Sebilangan besar perwakilan yang hadir hari ini adalah akar umbi PKR dan PAS dan dewan persidangan agak “sunyi” apabila Guan Eng menyatakan sokongan bulat beliau untuk Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Jika kita mahu selamatkan negara, kita perlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Guan Eng.

Pengisytiharan terbuka Guan Eng yang saban kali diulang sebelum ini bertentangan dengan ketetapan tidak rasmi PAS yang mengambil sikap tunggu dan lihat.

Hanya kira-kira 300 orang mengisi dewan apabila Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution memulakan ucapan, sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan PAS belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik menjadi PM jika PRU memihak kepada Pakatan Rakyat.

"Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.

"Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan... bergantung kepada keputusan," katanya kepada Antarapos semalam.



Kredit Sumber


UrukHai.

SAH Anwar Terlibat Dalam Isu Di Lahad Datu ??!!



Melihat kepada senario yang berlaku baru-baru ini di Lahad Datu, Manila Times dalam laporannya mengatakan sememangnya Anuar Ibrahim terlibat dalam kancah berkenaan.

Anwar dalang menghancurkan negara..Ini yang dibuktikan oleh Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia saudara Ramesh Rao dalam laman twitter beliau..




UrukHai.

Monday, 25 February 2013

[Video] Luahan Hati Guru Di Kelantan, Sebak Kerana Puak Bangsat 'R' ??!!



Tindakan tidak bertamadun yang menyebat patung 'Tok Pa' tempoh hari membangkit perasaan benci warga pendidik terhadap mereka. Rakaman mengejut ini dirakam ketika program bersama guru-guru kaunselor di sekitar Kelantan.

Tanpa disangka-sangka seorang guru wanita bangun meluahkan rasa sedih beliau di atas tindakan tersebut, sebagai seorang guru mereka tidak mendidik rakyat Kelantan untuk menjadi biadap. Aksi guru wanita itu membuatkan dewan sebak seketika sehingga menarik perhatian para wartawan.


Dalam pertemuan itu juga, seorang guru yang berkhidmat lebih 25 tahun ditukarkan ke sebuah sekolah yang dipenuhi pengikut PAS hanya kerana mengkritik PAS kerana tidak menunaikan janji yang dibuat untuk menaik taraf sekolah.

Inilah realiti yang berlaku di bawah pentadbiran PAS Kelantan sepanjang 23 tahun pentadbiran mereka, tindakan tidak bertamadun puak NGOk 'R' tempoh hari persis tindakan puak Syiah. Mungkin ini Islam yang disuntik oleh Nik Aziz sejak memegang tampuk pemerintahan Kelantan sejak tahun 1990.

Terima kasih NGOk 'R' -  lagi banyak kamu buat benda bodoh macam ini, lagi ramailah golongan atas pagar menolak kamu.

TUKAR Kelantan kepada BN PRU13!




UrukHai.

PAS Dan UMNO Digesa Bersatu Demi Alif Ba Ta ??!!



Anak kepada bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor menyarankan PAS dan Umno kembali mempertimbangkan untuk mengadakan kerjasama politik demi kepentingan Melayu dan Islam.

Ahmad Fauwaz Fadzil yang merupakan penceramah bebas berkata kedua-dua parti mempunyai matlamat yang sama iaitu menjaga kedaulatan agama dan kepentingan orang Melayu.Justeru katanya, PAS dan Umno harus bersatu dan berganding bahu menggalas amanah menjaga negara sebaik mungkin."Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan."Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.Lontaran cadangan dari Fauwaz itu dilihat bertitik tolak daripada beberapa insiden yang berlaku membabitkan kedaulatan agama Islam yang akhir-akhir ini sangat membimbangkan umat Islam di negara ini.

Sikap agresif parti pembangkang yang mahu 'merampas' hak esklusif umat Islam apabila menuntut kalimah Allah dibenarkan digunakan dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.Lebih memburukkan keadaaan apabila terdapat segelintir pemimpin Islam menyokong tuntutan itu yang dilihat oleh penganalisis politik sebagai strategi mereka untuk memaut undi golongan bukan Islam terhadap mereka.

Pada 13 Januari, Majlis Syura Ulama PAS bersidang dan memutuskan kalimah itu tidak boleh digunakan dalam Bible kerana ia akan menimbulkan kekeliruan yang nyata.Namun ketetapan itu tidak didokong sepenuhnya oleh rakan kompenannya PKR dan seakan-akan ditolak sepenuhnya oleh DAP. Ia boleh dilihat menerusi reaksi Pengerusinya, Karpal Singh yang berkali-kali meminta PAS mengkaji semula keputusan yang dibuat itu.Terdahulu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan ahli akar umbi PAS mendesak parti Islam itu menarik diri daripada Pakatan Rakyat kerana prinsip PAS tidak diendahkan dan tidak dihormati dua rakan kompenannya yang lain.



UrukHai.

Sunday, 24 February 2013

3 Ribu RELA Sambut Hishammudin Di Nibong Tebal !!


Bertempat di USM Trans Krian Nibong Tebal Pulau Pinang hari ini , 3 ribu anggota RELA berjaya dikumpulkan dalam satu program bersama Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.Kehadiran beliau di sambut dengan penuh meriah para anggota RELA yang menunggu ketibaan beliau seawal jam 10.00 pagi tadi.

Dalam majlis tersebut Datuk Hishamuddin turut mengingatkan para sukarelawan khususnya anggota RELA supaya memperkuatkan semangat dan jati diri masing-masing.

YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengingatkan gerakan kesukarelaan bukan  untuk menanam kebencian, menabur fitnah atau  melaga-lagakan antara  kaum, tetapi untuk penyatuan  dan untuk  keamanan.

Malah ia sekaligus mewujudkan gelombang untuk  mematahkan arus kebencian, perpecahan, pertembungan kaum, budaya, agama, serta menolak aktiviti  keganasan.







Sumber Artikel Oleh MMI

Petikan Dari Sinar Online Sewaktu PC...


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yakin Polis Diraja Malaysia dapat membongkar dua lagi sindiket pemerdagangan bayi di negara ini dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaan membongkar dua sindiket pemerdagangan bayi dalam operasi 'Ops Pintas Sayang I dan II' yang dilakukan polis Pulau Pinang.

"Ada lagi tahanan akan dibuat dan bayi-bayi diselamatkan...dalam Ops Pintas Sayang I polis menyelamatkan 10 orang bayi manakala dalam Ops Pintas Sayang II seramai 22 bayi diselamatkan.

"Kami juga akan menjalin bekerjasama rapat dengan badan bukan kerajaan, Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan beberapa agensi berkaitan untuk membanteras sindiket pemerdagangan bayi ini," katanya kepada pemberita selepas program bersama Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri juga akan bekerjasama dengan agensi antarabangsa di negara transit yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan bayi seperti China, Bangladesh dan Australia.

"Kerjasama dengan pasukan risikan di peringkat antarabangsa amat diperlukan agar sindiket ini dapat dibanteras, dan yang bersalah dibawa ke muka pengadilan dan didakwa mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007," katanya.

Hishammuddin juga menjelaskan bahawa pemburuan suspek yang terlibat dengan sindiket pemerdagangan bayi bukan bertujuan menghukum ibu bapa yang membeli bayi itu, sebaliknya melindungi bayi terlibat dari aspek perundangan demi masa depan mereka.

"Sekiranya bayi-bayi itu mempunyai sijil kelahiran atau dokumen yang diperoleh daripada saluran yang salah atau tidak sah akan timbul masalah apabila mereka besar dan mahu bersekolah, ini akan menjejaskan masa depan mereka.

"Kita akan cari jalan penyelesaian untuk masalah ini, jika tidak bersalah jangan rasa takut, kesemua bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan akan ditempatkan di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Pada 22 Feb lepas, polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan 22 orang bayi dan kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa sindiket terbabit dan menahan 45 orang dalam Ops Pintas Sayang II.

Terdahulu pada 24 Jan, polis Pulau Pinang membongkar sindiket menjual bayi dan kanak-kanak yang bergerak aktif di negeri ini, Kedah dan Perak apabila menahan 33 individu dan menyelamatkan lapan bayi serta seorang kanak-kanak. - Bernama


UrukHai.

Premis Menjual Arak Dekat Dengan Penduduk Orang Islam Di Pulau Pinang, Siapa Harus Dipersalahkan ??!!


Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan minuman yang memabukkan (arak) disetiap  premis-premis tertentu. Apa yang paling membimbangkan, Premis ini kebanyakkannya berdekatan dengan kawasan pendudukan orang Melayu.


Kerajaan Negeri sebelum ini dikatakan begitu megah & mendabik dada kononnya selepas memerintah P.Pinang, mereka lebih alim dari kerajaan pimpinan dahulu. Boleh blah la DAP Penipu.!

Setiap hari  akan ada anak-anak muda datang membeli arak ini. Melayu di Pulau Pinang kini dilalaikan dengan  penjualan arak yang berleluasa di sini seolah-oleh tanpa  adanya pemantauan dari Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang..

Siapakah Exco yang berperanan dalam hal melibatkan Ehwal Islam di P.Pinang ini?? Tak lain tak bukan Malik Kassim yang dilantik dari PKR.

Lanjut mengenai ini Klik Darah Satria


UrukHai.

Apa Kaitan Anwar Dan Misuari ?? BONGKAR ..



Ada sebab kenapa nur misuari nak sangat berjumpa anwar ibrahim, akibat rasa dendam yang teramat sangat kepada kerajaan malaysia, misuari sanggup menggigit tangan orang yang pernah suap nasi ke mulut dia dulu...

Ada secret deal antara anwar dan nur misuari, ini cerita lama, ini dendam lama, hanya anwar sahaja yang mampu menolong misuari membalas dendam ini...

RUNDINGAN ANWAR-NUR MISUARI TERBONGKAR.

ANWAR telah menggunakan hubungan lamanya dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dan mantan Gabenor Mindanao yang dipecat oleh Kerajaan Filiphina kerana penyelewengan kuasa dan Rasuah. Anwar dan Nur Misuari memiliki banyak persamaan. Kedua-dua mereka pernah memegang jawatan tinggi di tempat masing-masing dan kedua-dua mereka dipecat kerana salah guna kuasa dan kes-kes lain.

Kejayaan DS Najib menjayakan Keamanan kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina sangat-sangat menggeramkan Anwar tetapi sangat-sangat menyakiti hati Nur Misuari. Dendam Nur Misuari bermula apabila MILF mengambil alih peranan MNLF di Selatan Filipina.

Semasa Nur Misuari menjadi Gabenor Mindanao, dan Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan, Anwar telah memberi wang belanja yang sangat banyak kepada Nur Misuari sehingga integriti Nur Misuari tercemar. Nur Misuari mula lupa daratan, bersosial, berglamour dan akhirnya dipecat oleh Kerajaan Filipina.


Orang-Orang Sulu mempunyai ramai keluarga di Pantai Timur Sabah, di persisiran pantai di Tawau, Lahad Datu hingga ke Sandakan. Ramai di kalangan mereka dihantar ke Malaysia (Sabah) ketika perang di negara mereka (Selatan Filipina) dan mereka menjadi Pelarian Perang semasa zaman Marcos dan Estrada. Kedua-dua Presiden ini anti umat Islam di selatan Filipina. Walaupun Anwar pernah menjadi TPM dan bersahabat rapat dengan Presiden yang terkenal dengan kaki minum dan kaki rasuah ini, namun Anwar gagal menghalang Estrada daripada menghantar Tentera Filipina untuk menghapuskan pejuang-pejuang Islam di Selatan Filipina.

Laporan ManilaTimes. Net.

Apa Tian Chua Buat Dengan Nur Misuari 4 Bulan Lepas? Melalui maklumat dalaman PKR, Anwar Ibrahim telah mengutuskan Tian Chua untuk berjumpa rakan baiknya, Nur Misuari 4 bulan yang lepas?

Anwar Ibrahim Gelabah Dalam Insiden Lahad Datu? Askar Sulu Mencari Pemimpin Pembangkang. 

Nampaknya apa yang dibocorkan oleh sumber dalaman PKR memang benar. Kini Askar Sulu mencari pemimpin pembangkang menjanjikan sesuatu kepada mereka. Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.

"Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues."


UrukHai. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...