Followers

Monday 31 December 2012

Peserta Mogok Lapar Sepatutnya Minum Air Longkang ??!!



KUALA LUMPUR (MyNewsHub) – Sebahagian daripada kumpulan 18 ‘pejuang alam sekitar sejati’ yang menganjurkan mogok lapar selama 100 jam bermula pukul 8 malam Khamis lalu hari ini dikesan makan tengahari di sebuah hotel dan beberapa restoran berhampiran Dataran Merdeka.

Jurugambar kami berjaya mengesan perbuatan itu sebentar tadi (semalam) yakni ketika mogok baru sahaja mencecah masuk ke 63 jam.

Menurut jurugambar berkenaan, peserta mogok pada awalnya memperlihatkan kepada orang ramai sekitar dataran bahawa mereka dalam keadaan yang sangat lemah. Bagaimanapun selepas beberapa ketika, seorang demi seorang mula hilang dari tempat mogok lapar terbabit.

Mengesyaki sesuatu, jurugambar Mynewshub mula menjejaki mereka secara senyap dan akhirnya berjaya menemukan sebahagian peserta yang makan dengan pantas di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Malah lebih memeranjatkan, sebahagian peserta yang dikatakan merupakan ahli DAP dilihat menerima bungkusan makanan yang dihantar kepada mereka.

Memetik kenyataan penganjur program berkenaan sebelum ini, Tan Woen Tian berkata, mogok lapar selama 100 jam itu sebagai protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan. Mogok lapar itu jelas beliau akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru 2013.

Pesertanya – yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara – hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut (petikan Malaysiakini).

Woen Tian berkali-kali menegaskan aspek hanya minum air berkenaan ketika sidang media pada malam pelancaran kempen itu. Beliau bagaimanapun sama sekali tidak menyentuh mengenai ‘aktiviti makan diam-diam’ seperti yang ditemui pihak kami hari ini.

Beliau juga tidak sekali pun mengatakan ia adalah kempen ‘sepatutnya lapar’ tetapi bertegas ia adalah mogok lapar selama 100 jam. Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang sebelum ini bersemangat juga tidak kelihatan di Dataran Merdeka hari ini. Mogok ‘sepatutnya lapar’ berkenaan dianjurkan oleh Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH). -MyNewsHub


P/s : Kalau dah bermotifkan politik macam nilah jadinya !! Lapar konon !! PPPuuuiiii!! meh sini Uruk kasik minum air longkang mau ???!!!

UrukHai.

Budget 2013 : Senarai Telefon Bimbit 3G Yang Mendapat Rebet RM200 (Telefon Pintar Belia) !


HTC Wildfire

Sempena Budget 2013 yang diumumkan Perdana Menteri 28 September lalu, belia warganegara Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun kini boleh mula memohon rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G yang terpilih daripada peniaga-peniaga yang dicalonkan dan berdaftar dengan syarikat-syarikat telekomunikasi. 

Permohonan bagi Pakej Komunikasi Belia (PKB), di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara ini boleh dibuat dengan mendaftar secara dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ bermula dari tarikh 1 Januari 2013. Skim ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada.


Berikut senarai model telefon pintar yang akan ditawarkan adalah :

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Nota: Di atas adalah senarai model pada 26 Dis 2012 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web penyedia perkhidmatan.

Belia yang layak memperoleh rebat RM200 akan dapat membeli telefon pintar 3G daripada senarai yang ditawarkan yang berharga sehingga RM500 sahaja, hanya daripada peniaga yang terpilih dan ejen yang telah dilantik oleh pembekal perkhidmatan. 

Orang ramai perlu mencari logo "Pakej Komunikasi Belia" yang akan dipaparkan di kain rentang dan sepanduk di kedai-kedai tersebut. Mereka juga perlu menyemak laman web penyedia perkhidmatan untuk senarai telefon pintar dan pengedar yang mengambil bahagian.

Dengan rebat itu, mereka hanya perlu membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki telefon pintar 3G yang baharu. Idenya ialah untuk meluaskan insentif ini kepada mereka yang belum menggunakan telefon pintar 2G kepada telefon pintar 3G.

P/s : Anda boleh melayari laman sesawang ini untuk mengetahui perisian dan lanjut mengenai telefon diatas Klik : www.gsmarena.com


UrukHai.

Guan Eng Tokong Lari Ikut Pintu Belakang ???!!


Ketua Menteri, Lim Guan Eng sanggup tidak menggunakan lorong khas bagi orang kenamaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini malam ini semata-mata tidak mahu bertembung dengan sekumpulan ahli daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu 'menyambut' kepulangannya.

lanjut mengenai ini Klik : mypenangonline.

P/s : Yang Guan Eng ni Takut sangat apa pasal?. apa tak dak teloq ka??!! PPuuuuiii!!!

UrukHai.

Saturday 29 December 2012

SERAM SABTU !! 50 Hantu Seram, Anda Berani ??


Masih di Jepun, Bagi Uruk, Seram Malam Jumaat yang lalu, Uruk rasakan belum cukup puas dan mendebarkan pada sesetengah pembaca dan peminat setia Seram Uruk-Hai.

Namun bagi tidak menghampakan peminat-peminat seram malam ini, Uruk mahu berkongsikan sekali lagi tentang penampakan roh atau hantu di Jepun. Seram tak !!??

Jangan bimbang, entri kali ini pasti lebih seram dan yang paling menyeramkan bagi Uruk adalah penampakan "Kaki" hantu air, entah semena-mena seram sejuk Uruk dibuatnya, walaupun waktu sekarang ini baru menunjukkan pukul 10malam.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita saksikan : 


Seram bukan ??, Sekiranya pembaca mempunyai video seram atau apa-apa menarik, politik Umno dan apa sahaja info, bolehlah emailkan kepada Uruk supaya kita semua dapat berkongsi di dalam halaman blog Uruk nanti...emailkan kepada, mediauruk@gmail.com

Selamat Malam.


UrukHai.

Ustaz PAS Buat 'FAKE ACCOUNT FB' Untuk Sembang SEKS ??!!



Uruk tak heran la pasal perangai Ustaz-Ustaz PAS. Uruk dah tahu sangat berselindung dari serban dan jubah. Tapi sebenarnya perangai macam syaitan.

Kalau ceramah, hentam UMNO kata syaitan. kafir dan entah apa lagi caci maki hamun. PAS pulak dalam diam punya perangai busuk macam hantu pocong. Ini pembongkaran kisah seorang ustaz yang didakwa sebagai AJK PASTI Pulau Pinang bersembang lucah dengan perempuan bukan muhrim.  Lawak jugak lah. Kesian jugak la sebab dah kemaruk dan sangap sangat dah la tu.

Kisah ini didedahkan oleh Blogger Pakatan Rakyat sendiri, Abu Nawas, Korang  ikuti lah kisah lawak dan tragisnya yang ustaz ni menyamar jadi perempuan selepas mengaku dia menyamar.  Apa punya lawak.  Tapi jadi jugak jerat ustaz ni. Kesian pulak Uruk tengok perempuan yang kena naya tu.

Lanjut Mengenai ini : Klik Budak Sri Kinta.

UrukHai.

SESAT !! PAS Salibkan Patung Isa Samad ??!!




Demo ANAK iaitu Persatuan Anak Peneroka Felda melakukan demostrasi jalanan di hadapan bangunan Felda. Khabarnya nak serah memorandum kepada Felda utk menuntut Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad supaya letak jawatan.

Demostrasi nie bermula selepas solat jumaat semalam bermula dari Masjid UTM menuju ke Wisma Felda, Jln Semarak.

Yang Uruk sedih tengok, bila mereka ini berarak sambil membawa patung yang berwajah Isa Samad. Dah la bawak patung, pastu digantung pulak dengan rotan yang menyerupai salib. Apa nak jadi ni dengan puak-puak PAS ni ??

Lanjut mengenai ini : Klik Budak Conan.

UrukHai.

Lagi DEMO Di Pulau Pinang !!



GEORGETOWN - Kira-kira 100 anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai demonstrasi secara aman membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng membangkitkan semula isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.
   
Mereka mendakwa kenyataan itu berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.
   
Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam di sini, selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) membawa sepanduk dan kain rentang, sebelum menyerahkan satu memorandum kepada wakil kerajaan negeri.
   
Antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan yang diketuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP) itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta), Perkasa, dan anggota-anggota Pas.
   
Jurucakap penganjur perhimpunan itu, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata demonstrasi itu bagi melahirkan rasa marah umat Islam berhubung kenyataan Guan Eng selain mendesak Setiausaha Agung DAP itu menarik balik kenyataannya yang dianggap boleh mencetuskan perbalahan kaum.
   
"Amat jelas sekali, kandungan perutusan berkenaan sangat biadab, serta berniat mahu mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut Kristian di negara ini.
   
"Sebelum ini Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja dan mengapa beliau sengaja tidak mahu memahami perkara ini," katanya kepada pemberita di lokasi perhimpunan di sini hari ini. - Bernama

Lagi Gambar : Klik MMI.


UrukHai.

Friday 28 December 2012

Karpal Singh Akan Terlanjangkan Anwar Ibrahim Dan Shamsidar ??!!

Gambar Superimpose jer k..( Bukan hak cipta UrukHai )

Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar membuat penafian secara terbuka Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar Taharin seperti didakwa Datuk S. Nallakaruppan.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, Karpal perlu menyahut cabaran itu kerana beliau dan anaknya, Gobind Singh Deo mahukan Anwar menjadi calon Perdana Menteri bagi pakatan pembangkang.

Selanjutnya MPP.

UrukHai.

Umat Islam Melayu Akan Berperang Salib Pada 2014 ??!!



DAP sudah begitu sinonim dengan sikap rasis, chauvinis, kiasu dan memusuhi Islam-Melayu.   DAP juga tidak pernah berselindung mengenai agenda mereka untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu di mana secara terbuka menolak sebarang darjah kebesaran dari Institusi tersebut.   Tindakan itu kita ambil sebagai simbol penolakan total terhadap Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Secara amnya, rakyat Malaysia cukup kenal siapa DAP.   Namun, jika kita merasakan yang kita sudah cukup mengenali DAP melalui deskripsi di atas maka, ia agak kurang tepat.

Ini kerana, terdapat satu perkara lagi mengenai DAP yang mana ramai di kalangan masyarakat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu masih belum arif atau sedar iaitu mengenai agenda Kristianisasinya.

Yang lebih arif mengenai agenda Kristianisasi DAP ini adalah dari kalangan kaum Cina.  Antara blog yang rajin mendedah serta mengupas secara terperinci dan sinis mengenainya ialah, helenang.wordpress.com dan juga shuzheng.wordpress.com.  Mereka mendedahkan bagaimana ceramah-ceramah DAP di hadapan kaum Cina sering meletakkan garis pemisah jelas antara ‘orang Melayu-Islam’ dan ‘orang bukan Melayu dan bukan Islam’ dan kemudian menyeru agar ‘bukan Melayu dan bukan Islam’ agar bersatu-padu, secara tersiratnya, untuk menentang ‘Melayu-Islam’ (UMNO).

Pendedahan mereka di perkukuhkan dengan pendedahan-pendedahan oleh blog-blog berbahasa Melayu terutamanya di Pulau Pinang serta laporan semasa di media berkaitan kes murtad yang berleluasa.

Antara pendedahan oleh blog-blog tersebut ialah mengenai mesyuarat tertutup DAP yang jelas menyebut agenda menjadikan Malaysia negara Kristian, serta program-program politik yang dihadiri paderi-paderi atau pastor dari serata negeri.   Kes-kes murtad yang terdedah juga membuktikan agenda ini benar wujud apabila pemimpin-pemimpin DAP pantas membela pihak gereja dan cuba menutup taktik kotor mereka, sehingga akhirnya berjaya memastikan PAS menyingkirkan Dato’ Dr. Hasan Ali.

DAP menyangkal pendedahan ini tetapi lebih banyak mengambil sikap membisu agar perkara ini tidak menjadi besar.  Memandangkan pendedahan lebih banyak dilakukan oleh blog berbahasa Inggeris oleh blogger berbangsa Cina, maka DAP percaya yang rahsia agenda besar mereka ini masih dalam keadaan selamat.  Apatah lagi dengan sikap PAS yang memilih untuk membela DAP dalam kebanyakan isu, termasuk isu murtad, maka DAP yakin mereka tidak perlu bimbangkan sebarang tindak-balas dari pihak Islam.

Benar, selagi Pakatan Rakyat terus menjadi pembangkang, dan selagi PAS dan DAP memerlukan satu sama lain untuk menawan Putrajaya, maka agenda kristianisasi DAP mungkin boleh terus-terusan diremehkan oleh PAS dan ditutup oleh DAP dari pandangan ramai.

Walaubagaimanapun, selagi ‘pusat penyebarannya’ iaitu Subang Jaya, Selangor masih berada di bawah kekuasaan PR, yakni DAP, dan selagi sumber kewangan mereka terus bertambah dan semakin kukuh, maka selagi itulah ia akan berkembang di negara ini di mana tidak mustahil akan mencetuskan persengketaan antara agama di suatu hari nanti.

Atau lebih buruk dan malang bagi Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat ditakdirkan menang dalam PRU-13.   Memandangkan PR mengambil prinsip “menang dahulu fikir kemudian” maka kita boleh menjangkakan kekecohan di dalam parlimen yang berlanjutan dan tiada kesudahan.  DAP pastinya konsisten serta tegas ingin membentuk negara sekular manakala PAS pula berdegil ingin menyerapkan Islamisasi di dalam perlembagaan sekular tersebut yang mana pasti dibantah oleh DAP.

Negara akan berada dalam keadaan terumbang-ambing arah tuju selama beberapa lama menyebabkan pelabur menjadi ‘cuak’, dan akhirnya menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.

Seterusnya, kita menjangkakan pemimpin PAS mengalah kepada DAP bagi memastikan kedudukan jawatan dan kewangan mereka selamat.  Sifat mengalah PAS kemudiannya  membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong mereka serta semua rakyat yang beragama Islam termasuk yang menyokong UMNO kerana tidak sanggup negara ini menjadi negara sekular.

Hanya dalam masa tidak sampai setahun dari pengambilalihan kuasa, iaitu pada tahun 2014, demonstrasi mula menjadi sesuatu yang rutin dan bertambah buruk seiring dengan kejatuhan ekonomi negara.

Apa yang dijangka berlaku jika PR memerintah ini adalah tidak jauh berbeza dengan keadaan yang membawa kepada keganasan Reformasi di Indonesia.   Krisis ekonomi yang buruk telah menggandakan kepayahan hidup rakyat Indonesia yang telah sedia susah dan miskin akibat kelemahan pemerintah.   Kesusahan hidup telah membangkitkan kemarahan dan seterusnya keperluan untuk melepaskan kemarahan tersebut.

Rasa tidak puas hati yang telah lama terbuku di dalam hati rakyat kebanyakan terhadap kaum Cina-Kristian yang menguasai ekonomi negara itu, menjadi pemangkin kepada kemarahan yang meluap-luap.   Kemarahan kemudiannya dilepaskan dengan kaum Cina disembelih, dirogol, dirompak dan disiksa, sekadar untuk memuaskan hati.   Akhirnya, apa yang bermula sebagai krisis ekonomi bertukar menjadi penghapusan etnik dan seterusnya ‘perang Islam-Kristian’.

Jika ini berlaku di Malaysia di mana DAP secara dasarnya berdiri atas perjuangan Kristianisasi, maka tidak mustahil apa yang bakal tercetus ialah satu lagi ‘Perang Salib’.

Pastinya, ada di kalangan PAS yang mempersoalkan artikel ini sebagai satu imaginasi atau usaha terdesak menakut-nakutkan rakyat dari mengundi PR.  Namun, dengan rekod sedia ada dan terdedah serta boleh dicapai dengan sedikit usaha dan keinginan untuk mencari kebenaran, persoalan mengenai ‘cuba menakut-nakutkan’ tidak harus timbul sama sekali, kerana anda sememangnya wajar merasa takut.

Satu-satunya persoalan yang mungkin wajar ditanya jika ini berlaku ialah, apakah agaknya pendirian Hadi Awang dan pengikut-pengikutnya yang terus percaya bahawa UMNO itu kafir?  Apakah mereka akan berjuang di belakang DAP, atau bersama UMNO dan umat Islam yang lain untuk mencapai cita-cita syahid?

Sumber SGB.


UrukHai.

Skandal Nga-Ngeh + ( Ngok ) Bakal Hancurkan DAPigs ??!!


Keadaan rumahtangga Dap sudah menjadi bertambah kacau bilau berikutan beberapa pendedahan skandal tanah yang amat mengejutkan pimpinan parti cauvinis Cina itu.


Pendedahan itu membuka rahsia besar Dap bahawa wujud 'perjanjian setan' antara Parti Al-Islam Se Malaysia (Pas) dengan parti itu berhubung jawatan Menteri Besar Perak apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

Walaupun Dap muncul sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak berbanding Pas dan PKR namun undang-undang tubuh negeri Perak hanya menerima individu Melayu untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Maka termaktublah satu persetujuan antara ketiga-tiga parti itu untuk menerima calon Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Atas persetujuan tersebut, Pengerusi Dap Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha Dap Perak menerima imbuhan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh bernama Upayadaya Plantation Sdn Bhd.


Lanjut mengenai ini : Politik Harian.

UrukHai.

Anwar Ibrahim , LU MAU TUNJUK HERO KA ??!!



Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat ini bagi membincangkan 'Isu Kalimah Allah' yang sengaja dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang perkara ini dibangkitkan semula, saya rasa ia memerlukan pertemuan tergempar untuk kepimpinan Pakatan,” katanya kepada pemberita.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas percanggahan pendapat antara DAP dan PAS sama ada perkataan “Allah” boleh digunakan masyarakat Kristian di negara ini bagi merujuk kepada Tuhan mereka dalam Al Kitab.

Selanjutnya : Klik MMI.

Ini baru Hero Beb, Hero Malaya Lagi Auuuww!!



UrukHai.

Kebodohan SUA PAS Kelantan Di Tahap Banggang !!


Persoalannya sekarang melalui surat di atas, adakah surat tersebut menunjukkan pertukaran hak milik tanah seluas 10,526 hektar kepada Upaya Padu Plantation Sdn Bhd? Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15 juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51% atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana. Dan 99% saham syarikat Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga.

Lanjut mengenai ini Klik gOSsIp RaKyaT.

UrukHai.

Thursday 27 December 2012

SERAM MALAM JUMAAT !! 10 Hantu, Anda Berani ??!!


Entri kali ini Uruk tidak mahu bercerita panjang mengenai hantu atau penampakan hantu, tapi Uruk bawakan untuk pembaca kali ini pula adalah sebuah rakaman kamera yang dirakam secara tidak sengaja oleh masyarakat di Jepun.

Jepun sememangnya hebat dengan teknologi tapi harus diingat dalam kemajuan teknologi yang dikecapi mereka, sememangnya Jepun juga tidak boleh lari dari cerita-cerita mistik dan seram sehinggakan mampu membuatkan kita lemah jantung apabila melihat video yang bakal Uruk tayangkan dibawah.

Sebelum itu ingin Uruk pesankan, kepada mereka yang mempunyai lemah jantung atau mempunyai lain-lain penyakit yang membawa kepada serangan jantung dinasihatkan supaya lebih baik batalkan sahaja niat anda untuk melihatnya.

Anda sudah bersedia?..Jom kita saksikan : 

     


P/s : Amacam seram bukan? Uruk gerenti to "all viewers" compom malam ini tak boleh tidur terkenangkan penampakan tadi....hehehe...


UrukHai.

Monday 24 December 2012

LYNAS : Apa punya Mangkaq Fuckatan ni ??!!



Nampaknya, masih ada tangan-tangan ghaib yang berdegil ingin terus mempolitikkan Kilang Lynas di Gebeng walaupun terbukti kilang tersebut menepati tahap keselamatan serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa alam sekitar dan badan antarabangsa bagi sebuah kilang kimia.


Usaha untuk menghentikan operasi kilang ini melalui proses mahkamah dan undang-undang gagal memandangkan pihak yang menentang, iaitu Himpunan Hijau tidak mampu mengemukakan sebarang hujah yang bernas dan bukti yang kukuh bagi menyokong tuduhan bahawa kilang tersebut tidak selamat. Manakala, hujah pihak Lynas disokong dengan fakta, angka, serta bukti dari pakar serta pihak berkuasa dan badan antarabangsa.

Taktik Himpunan Hijau ialah membangkitkan keraguan dan prasangka buruk kononnya kerajaan tidak telus dalam meluluskan operasi Lynas. Ini tidak mengejutkan kerana majoriti peserta Himpunan Hijau adalah kaum Cina yang cukup gemar mempercayai apa-apa saja yang buruk tentang kerajaan. 

Tidak mengejutkan lebih separuh daripada mereka yang menentang Lynas itu langsung tidak tahu menahu mengenai fakta dan angka mengenai Lynas dan sebaliknya hanya menelan sahaja hasutan bahawa kerajaan Melayu korup sepenuhnya sepertimana yang disogok oleh akhbar berbahasa Cina dan pemimpin rasis kaum itu. 

Sikap bodoh sombong atau kiasu ini terserlah dalam laporan akhbar mereka apabila mengambil sikap tidak malu apabila tersalah lapor atau mungkin sengaja melaporkan fakta yang salah iaitu kononnya Datuk Mashal Ahmad, Pengarah Urusan Lynas Corporation berkata bahawa sisa logam tanah jarang tidak boleh dieksport. Datuk Mashal pantas menafikan laporan yang salah tersebut dengan menegaskan bahawa beliau ada menyebut sebanyak 5 kali bahawa sisa berkenaan akan dijadikan produk untuk dieksport, siap dengan penjelasan secara teknikal tentang cara dan bagaimana ia akan dilakukan. 

Malangnya, kumpulan Himpunan Hijau ini bengap-bengap belaka dan tidak mampu memahami fakta dan angka. Mungkin mereka hanya bijak mengira wang tetapi tidak cukup bijak untuk memahami sains dan matematik mahupun bahasa yang mudah. 

Justeru, mereka terus berdegil untuk menentang Lynas bermati-matian. Jika sebelum ini mereka telah berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur, kali ini mereka bercadang untuk mengadakan mogok lapar selama 100 jam pada 27 Disember depan bermula dengan berkhemah di Dataran Merdeka sebelum memulakan pemanduan ke Gebeng. Dalam protes berjalan kaki sebelum ini, Wong Tack telah disertai oleh 80 orang aktivis. 

Menurut Wong Tack, Ketua Himpunan Hijau, untuk protes kali ini pula, mereka menjangka 10,000 kereta akan turut menyertai pada hari tersebut.

Apa yang mengesahkan keraguan kita bahawa ada tangan ghaib di belakang Himpunan Hijau ialah apabila Wong Tack bukan sahaja bercakap mengenai 100 hari menentang Lynas tetapi juga mengenai menjatuhkan ‘kuasa jahat di belakang rejim yang korup’. Kononnya undang-undang telah diceroboh, dan penggubal undang-undang sendiri yang mencerobohnya. 


Menurut laman www.fz.com Datuk Ambiga Sreevenasen akan turut serta untuk meraikan ‘kejayaan’ mereka berjalan dari Kuantan ke KL dalam protes sebelum ini. Dengan penyertaan Ambiga, maka terbuktilah akan wujudnya kaitan kumpulan ini dengan rangkaian musuh yang ingin melihat kerajaan Malaysia tumbang. 

Jelaslah kini bahawa Himpunan Hijau juga turut memainkan peranan yang mana Ambiga atau BERSIH dan juga SUARAM telah gagal, iaitu memburukkan imej dan nama kerajaan Malaysia. Setakat ini, BERSIH dan SUARAM telah mengakui menerima dana dari rangkaian Yahudi yang beroperasi bersama George Soros dalam merealisasikan agenda menukar kerajaan di negara-negara yang memiliki kepentingan serta tidak sehaluan dengan cita-cita mereka. 

Atas prinsip bahawa musuh kepada musuh adalah kawan, maka tidak mustahil Himpunan Hijau juga mempunyai agenda lain selain dari memburuk dan menjatuhkan kerajaan Malaysia. Penulis berkata begini berdasarkan hakikat bahawa ianya disertai hampir 100% kaum Cina yang terkenal dengan sifat rasis, serta hakikat bahawa Lynas diterajui oleh Melayu dengan majoriti pekerja juga adalah Melayu. 

Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan penentangan terhadap Lynas ini juga bermotifkan perniagaan dan kepentingan seseorang atau sesuatu pihak. 

Perlu dimaklumkan bahawa antara projek yang sedang dibangunkan di kawasan tersebut ialah projek usahasama antara Tan Sri Tiong Hiew King, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rimbunan Hijau dengan China, iaitu Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang mana terletak hanya 1 km dari Lynas. 

Jangan juga kita lupa bahawa Lynas juga merupakan pesaing terdekat yang bakal menjejaskan kedudukan China sebagai pengeluar nadir bumi terbesar di dunia. 

Mungkinkah projek Lynas telah mengganggu rancangan projek pembangunan masa depan yang diangan-angankan oleh pihak tertentu? Mungkinkah sikap rasis yang terlalu tebal telah meletakkan kepentingan negara China melebihi negara sendiri? Mungkinkah sikap rasis itu juga telah membangkitkan rasa dengki dan iri hati apabila melihat anak Melayu berjaya? Kerana bukan kita tidak tahu bagaimana sakitnya hati kaum Cina terhadap Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary… 

Segalanya mungkin.. terpulanglah kepada fikiran masing-masing untuk menyelesaikan teka-teki ini. Yang pasti, Himpunan Hijau bukan berjuang untuk alam sekitar tetapi untuk satu agenda gelap yang berangkai dan bertindih antara satu sama lain. 

Justeru, kita alu-alukan rancangan mereka untuk mogok lapar. Seeloknya, mereka teruskan saja mogok lapar itu sehingga 100 hari sama dengan kempen mereka. Setakat 100 jam, tak ada maknanya bagi satu ‘perjuangan yang murni demi alam sekitar’. Lihat saja Mahatma Ghandi yang sanggup bertahan sehingga matlamatnya tercapai.

Atau lebih baik jika kumpulan Himpunan Hijau ini mengugut untuk bakar diri beramai-ramai sekiranya Lynas tidak ditutup. Atau mungkin juga boleh mengugut membunuh diri dengan mendedahkan diri kepada radioaktif bagi memperlihatkan kesannya kepada orang ramai. Cara ini tentu lebih berkesan dan meyakinkan. Apakah Wong Tack tidak mahu menyahut cabaran ini?



Sumber Rakan FB Uruk.



UrukHai

Sunday 23 December 2012

18SX HOT !! Tudia Raja Seks !


Gambar Hiasan.

Seorang lelaki yang berasal dari Bekasi, Indonesia, Otong Gunawan, 64, mengaku pernah menikahi 37 orang wanita sepanjang hidupnya.

Lelaki yang bekerja sebagai penjual ubat perangsang seks dan memiliki tujuh orang anak itu tidak menampakkan riak malu ketika diminta menceritakan bagaimana dia boleh berkahwin dengan sebegitu ramai wanita.

“Ya, memang benar. Saya pernah berkahwin sebanyak 37 kali. Kebanyakan perkahwinan itu tidak kekal lama. Sekarang isteri saya tinggal tiga orang sahaja.

“Saya mula menjadi kaki perempuan ketika berumur 24 tahun. Pada masa itu, saya sudah berkahwin dengan Wani, salah seorang daripada tiga isteri saya sekarang.

“Keinginan untuk berkahwin ramai semakin memuncak pada tahun 1981. Saya tidak pernah melupakan kesemua wanita yang pernah menjadi isteri saya antaranya Pipit, Siti, Djuju, Miah, Siti, Tumin, Sarah, Anah dan Isah.

OTONG dikenali sebagai Raja Seks di Indonesia.

Nikah

“Mereka sah menjadi isteri saya hanya dengan berakad nikah di depan saksi nikah.

“Tiada satu pun daripada mereka yang berkahwin secara rasmi dengan saya di pejabat agama,” ujar Otong yang secara purata berkahwin dan bercerai setiap dua bulan sekali.

Di Indonesia, perkahwinan secara rahsia itu dikenali sebagai nikah siri.

Otong memberitahu, dia akan membayar sesiapa sahaja yang sanggup menjadi saksi perkahwinannya. Setiap kali berkahwin, dia akan mengambil gambar bersama pasangannya sebagai bukti mereka sah bergelar suami isteri sebelum menyimpan gambar itu dalam sebuah fail.

“Sayangnya fail itu hanyut dalam kejadian banjir pada tahun 2007. Sebahagian besar perceraian berlaku bukan disebabkan oleh isteri tetapi saya yang cepat bosan dengan mereka,” dedahnya.

Tambahnya, dalam perkahwinan bersama isteri pertama, Tian Wani, 60, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata tetapi salah seorang daripadanya meninggal dunia.


Otong memperoleh seorang anak masing-masing hasil perkahwinan bersama isteri kedua dan ketiga, Ujan, 58, dan Kami, 50.

Otong juga mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan sekumpulan wanita dalam masa dua jam.

“Saya dicabar oleh seorang rakan untuk membuktikan kejantanan saya tanpa menggunakan ubat perangsang seks,” kata Otong yang pernah dipenjarakan selama empat tahun atas kesalahan bergaduh.

Otong bertaubat daripada melanggan pelacur selepas dia dijangkiti penyakit kelamin iaitu sifilis. Selepas sembuh, barulah Otong berkahwin dengan seorang demi seorang wanita.

Ilmu

Rupa paras Otong yang berketurunan Tionghua menyebabkan dia menjadi kegilaan ramai wanita. Selain itu, dia turut mempelajari ilmu mistik daripada ilmu kebal sehinggalah ke ilmu pengasih.

Ilmu itulah kata Otong yang menjadi kunci kebahagiaan dia bersama isteri-isterinya.

“Semua ilmu sudah dipelajari. Saya juga pernah tidur dengan semua jenis perempuan termasuk seluruh suku di Indonesia.

“Tidak ada seorang pun wanita itu yang menolak. Saya kan Raja Seks,” ujarnya yang akan membahagikan wang keuntungan menjual ubat seks kepada ketiga-tiga isterinya.

MENJUAL ubat kuat di Pulogadung, Jakarta Timur menjadi pekerjaan Otong sejak tahun 1975.


Tetapi kini rezekinya sudah merosot namun dia beruntung kerana semua isterinya ada sumber kewangan sendiri.

Otong merupakan anak kepada seorang petani di Babelan, Bekasi.

“Saya ada seorang adik yang kini menjual rokok. Saya belajar tidak tinggi. Saya terpaksa berhenti sekolah kerana keluarga tidak mampu membayar yuran.

“Saya mula menjual ubat pada tahun 1975 apabila secara tiba-tiba diminta membelikan ubat kuat oleh seseorang yang tidak dikenali di tepi stesen kereta api di Pulogadung, Jakarta Timur.

“Sejak itu, ramai yang beranggapan saya seorang penjual ubat kuat, lalu saya pun membuka sebuah kios menjual ubat sampai sekarang,” cerita Otong.

Jelas Otong, walaupun beristeri ramai, dia tidak pernah mengambil ubat kuat yang dijualnya apabila ingin bersama isterinya.

Isteri ketiga Otong, Kami mengakui kegilaan suaminya itu terhadap perempuan sukar dibendung.

“Saya tidak tahu bagaimana boleh jatuh cinta kepadanya. Saya cuma suka padanya dan kami terus berkahwin,” ujarnya yang tinggal di sebuah rumah sewa di Pulogadung.

Rumah sewa yang bersaiz sederhana itu hanya mempunyai sebuah ruang tamu, bilik tidur dan dapur. Rumah itu terletak di kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai.

Ujar Kami, walaupun suaminya itu gemar bertukar-tukar pasangan, dia akan tetap setia menjadi isteri Otong.

Malangnya, Otong kini boleh melupakan lautan nafsunya itu. Sejak enam bulan lalu, dia mengalami mati pucuk akibat penyakit diabetes.

“Alat kelamin saya sudah tidak berfungsi, sudah lebih enam bulan,” katanya yang sekarang berpantang daripada makan kambing dan makanan laut.


UrukHai.

Rakusnya Azizan Dan Nafsunya ??!!



Kerakusan di tahap melampau untuk membolot kekayaan hasil balak negeri Kedah secara mudah itu menjadi salah satu dosa kerajaan negeri pimpinan Azizan Razak, yang tidak dapat dimaafkan oleh seluruh rakyat negeri Jelapang Padi itu.

Sebenarnya, gambar dibawah merupakan salah satu gambar yang berjaya dirakam ketika tinjauan dari udara dilakukan di sekitar hutan simpan kekal bernilai tinggi kira-kira 200 meter dari empangan Tasik Pedu yang menjadi kawasan tadahan air utama bagi kawasan utara semenanjung.


Dulu ketika Kedah ditadbir BN di bawah Datuk Seri Syed Razak, pernah ada cadangan untuk membalak di kawasan tersebut secara sistematik yang melibatkan 3 batang balak secara berjadual. Namun mengenangkan anak cucu dan alam sekitar, hasrat tersebut dibatalkan secara total.

Namun tidak sampai 5 tahun Kedah ditadbir PAS, kawasan yang diharamkan BN untuk sebarang aktiviti balak itu telah “didogolkan” Azizan Razak tanpa rasa bersalah dan secara automatik landskap di kawasan itu bertukar wajah!

Lanjut Mengenai Ini Klik Sini.


UrukHai.

Puak PAS Ni Ada Teloq Ka ??!!



Portal HarakahDaily pada hari ini telah melaporkan bahawa PKR dan PAS menolak cadangan supaya setiap calon perlu ditapis SPRM.

Mereka memberi alasan dengan mengatakan SPRM itu sendiri tidak berwibawa, mempersoalkan siapakah individu di dalam SPRM yang akan membuat tapisan tersebut dan pelbagai lagi alasan untuk menolak cadangan tersebut.

Adakah mereka ini takut sebenarnya untuk membuat pemeriksaan?

Malah, Mustapha Ali, Setiausaha Agung PAS berkata kepada harakah, PAS mempunyai mekanismanya sendiri dan tidak memerlukan badan luar untuk membuat tapisan.

Sama ada Mustapha Ali tidak faham dengan kaedah audit dari luar ini ataupun beliau mempunyai sesuatu untuk disembunyikan.

Nampaknya isu tapisan calon oleh SPRM ini telah menakutkan kedua-dua parti PAS dan PKR ini. PAS dan PKR kini sudah tidak senang duduk memikirkan perkara ini.

Hanya mereka yang bersalah sahaja takut dengan tapisan sebegini. Sekiranya mereka tidak mempunyai apa-apa untuk disabitkan kesalahan, maka mereka tidak perlu takut.

Bukan setakat itu sahaja, kewibawaan dan kecekapan pegawai-pegawai SPRM telah dihina secara terbuka oleh Saifuddin Nasution.

Nampaknya cadangan ini telah berjaya 'menjolok lubang yang betul untuk mengeluarkan ular-ular yang bersarang' di dalamnya.


Sumber Klik Sini.


UrukHai.

Laptop Terkini Untuk Bloggers Pro BN !!



Uruk ingin berkongsi dengan pembaca kali ini berkenaan Laptop, namun laptop ini bukan jenis laptop biasa  kegunaan harian kita.

Laptop ini merupakan laptop terbesar di dunia yang telah dihasilkan oleh Fujitsu-Siemens. Laptop ini dipamerkan di CeBIT Show 2012 di Hannover, Jerman. #Saiz 100Inci?

Gambar di bawah. :




P/s : Tudia...jenoh tekan hahaha...


UrukHai.

APA KAITAN GANGNAM STYLE DENGAN RAMALAN KIAMAT NOSTRADAMUS ?



Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku hari ini dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?

Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.Siapa sebenarnya Nostradamus? Dia ialah penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan.

Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.


Petikan ramalan Nostradamus yang berkaitan dengan Gangnam Style :

“From the calm morning, the end will come when of the dancing horse the number of circles will be nine,” Nostradamus, 1503.“From The Calm Morning dirujuk oleh peramal sebagai negara Korea Selatan sebagaimana negara itu mendapat jolokan Calm Morning dalam bahasa Inggeris.

“Dancing Horse? Jelas sekali yang dimaksudkannya ialah Gangnam Style yang sememangnya berasal dari Korea Selatan. Bagaimana dengan maksud “Circle Will Be Nine?” Ungkapan ini masih diperdebatkan. Beberapa peramal berkata maksudnya ialah angka kosong iaitu jumlah penonton YouTube yang mengakses klip video Gangnam Style. Ia bermakna angka satu bilion yang memiliki sembilan kosong (bulatan) sama dengan ungkapan Nostradamus.

Dalam erti kata lain apabila diterjemahkan kesimpulannya dalam bahasa Melayu, ramalan Nostradamus bermaksud: “Dari Korea Selatan, kiamat akan berlaku ketika tarian kuda menunjukkan bulatan hingga sembilan.” Jadi, apakah ramalan Nostradamus bakal terbukti? Apa pun, ketika ini klip video Gangnam Style sudah ditonton sebanyak 971,518,818 dan kelihatan terus bertambah. – Agensi


UrukHai.

PAS Sungguh Pandai 'Mendakwa' ! PUUUIII !!



Marilah kita sama-sama perhatikan statement-statement di bawah berikut ini, terpulanglah kepada kita untuk memuhasabah diri masing-masing (terutamanya buat pencacai-pencacai PAS),

1 – PAS Mendakwa: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang redha dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan calon-calon DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

2 – PAS Mendakwa: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

3 – PAS Mendakwa: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi...”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan mereka menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carslberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. PAS marahkan UMNO atau marahkan kemungkaran?

Dato' Dr.Hasan Ali menyatakan PAS tidak pernah berjanji nak hapuskan kilang arak dan judi. Beliau juga mencabar sesiapa dapat buktikan pemimpin PAS pernah membuat janji sedemikian. (Utusan m.s 15, 27 Mei 08)

4 - PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan babi bahkan mencanggihkan ladang babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan babi’.

5 – PAS Mendakwa: Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Mahathir bukan Pak Lah”.

6 - Ketika Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7 - Ketika Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan pelbagai lagi tuduhan, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8 – PAS Mendakwa: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9 – PAS Mendakwa: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA...

10 – PAS Mendakwa: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah Mendakwa: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

11 – PAS Mendakwa: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

12 – PAS Mendakwa: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13 - Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Terengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14 – PAS Mendakwa: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15 – PAS Mendakwa: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16 – PAS Mendakwa: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen meng-war-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

17 – PAS Mendakwa: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

18 – PAS Mendakwa: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19 - Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS mengutuk mereka semua dan mentohmah dengan pelbagai tohmahan. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

20 – PAS Mendakwa: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

---@@@---

Kembali-lah kita kepada kalam yang benar, tinggalkan perkataan dan prinsip-prinsip yang batil!!!

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengikat perjanjian dengan orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu): Kamu hendaklah menerangkan isi al-Kitab itu kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikannya.” (Ali Imran, 3: 187)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela'nati” (al-Baqarah, 2: 159)

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (ash-Shaff, 61: 2-3)

Dalam sebuah hadis disebutkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi was Sallam bahawa,

““Dibawa seorang lelaki pada hari Kiamat lalu dicampakkan ke dalam api Neraka sehingga terburai usus-usus perutnya, lalu dia berpusing-pusing di dalamnya umpama seekor himar (keldai) yang sedang berpusing di batu kisarannya”.

Penghuni Neraka mengerumuninya seraya bertanya: “Hai sifulan! Apa yang telah terjadi kepada kamu, bukankah dahulu kamu yang menyuruh kami supaya berbuat kebaikan dan melarang kami daripada melakukan kemungkaran?”

Beliau menjawab: “Sungguh aku menyuruh kamu berbuat kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengamalkannya, dan sungguh aku melarang kamu daripada kemungkaran tetapi aku sendiri melakukannya”.” (Hadis Riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no. 2989)

“Barangsiapa yang tidak mahu meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak memerlukan kepada puasanya...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/16).


Sumber Rakan FB Uruk.


UrukHai.

UMNO Kelantan Desak SPRM Siasat Kes Tanah, Nik Ajieh Semak Perut Dah !!



JELI -  Umno Kelantan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera pendedahan sebuah laman blog yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan wakil Pas menjadi Menteri Besar Perak pada 2008.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini penting bagi membolehkan masyarakat terutama rakyat Kelantan mengetahui perkara yang sebenar.

"Kita dimaklumkan beberapa laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan itu dan sudah menjadi 'public interest'.

"Rakyat seluruh negara terutama Kelantan mahu mengetahui sama ada isu itu benar, fitnah atau dongeng dan perkara ini perlu kepada satu penjelasan yang tepat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Mahabbah Imam Muda di Pondok Moden di sini, hari ini.

Isu itu timbul apabila sebuah blog, pisau.net mendakwa Nik Aziz menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di Relai, Chiku, Gua Musang kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya Nga Kor Ming untuk menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008. - Bernama


UrukHai.

Saturday 22 December 2012

18 SG !! SERAM SABTU !! Betul Anda Mahu Melihat Hantu ??!!


Seram Sabtu kali ini Uruk bawakan khas untuk pembaca 'SERAM MALAM JUMAAT' dan 'SERAM SABTU', juga pada malam ini Uruk mahu berkongsi dengan pembaca tentang 12 gambar-gambar seram yang tidak sengaja dapat dirakam oleh kamera.

Hantu merupakan satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut manusia.

Seperti kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan syaitan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran.


Gambar 1. HANTU BUDAK CINA.


Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahu 2007/2008. Uruk tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tentang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.



Gambar 2. ROH @ HANTU BERTUDUNG AYU (Ayu Ker??)

Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.



Gambar 3. HANTU BATU NISAN.

Cuba perhatikan di tepi tingkap terlihat jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat terkenal, Highland Towers.



Gambar 4. ROH @ HANTU GADIS EKSIDEN.

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.



Gambar 5. HANTU BALAI POLIS.

Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.



Gambar 6. HANTU PEGANG BATU NISAN.

Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oelh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.



Gambar 7. HANTU POCONG DI KAWASAN KILANG.

Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.



Gambar 8. IMEJ YANG TIDAK DIKENALI

Gambar ini juga terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.


Gambar 9. HANTU "BLANK" KEBAYA.

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.



Gambar 10. HANTU BUDAK PEREMPUAN RAMBUT PANJANG.

Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Lokasi di I-City, Shah Alam. Tiada pula info disertakan bersama gambar ini. Tak dapat dipastikan adakah amoi (Hantu) sama sibuk nak 'berposing'  ke atau pun benar-benar penampakan hantu.




Gambar 11. HANTU KEPALA.

Penampakan kepala di luar melalui cermin tingkap. Situasi ini berlaku di restoran KFC. Kepala tersebut boleh dilihat jelas apabila gambar di zoom ke arah tingkap restoran itu.



Gambar 12. HANTU @ ROH PEREMPUAN INDIA.

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90'an.



P/s : Seram bulu tengkok weii !!


UrukHai.